Bab 35 🦋

15.2K 1.3K 222
                                    

"Apa ni?"

"Painting things" jawab Harraz dan dengan selambanya melabuhkan diri di atas sofa ruang tamu Hannah. Gadis itu turut duduk di hadapan Harraz.

"Kenapa awak beli?" soal Hannah sambil membelek-belek isi di dalam plastik putih di hadapannya itu.

"Kau kan suka melukis. Kebetulan aku pergi mall tadi and terjumpa kedai lukisan ni so alang-alang tu aku belikan la"

"Nanti saya bayar balik-"

"Aku hadiahkan untuk kau sweetheart. Kau pernah dengar ke hadiah kena bayar balik? Tak kan?" kata Harraz sedikit tegas apabila Hannah mahu membayar barang-barang lukisan yang dia beli sebentar tadi.

Hannah mencebik. Bibirnya dimuncungkan dan dia berpaling daripada memandang Harraz. "Ceh. Itu pun nak marah"

"Hey, janganlah merajuk sweetheart. Setakat barang-barang melukis ni kau tak perlulah bayar balik. Bukan mahal pun" kata Harraz lagi. Hujung lengan baju Hannah ditarik sedikit apabila gadis itu mula menghiraukannya.

"Sweetheart.... Don't ignore me please" kata Harraz perlahan. Namun Hannah tetap mendiamkan diri.

"Look at me sweetheart. I want to see your beautiful face" ujar Harraz sekaligus membuatkan pipi ranum Hannah memerah.

"Sweet talker"

"Who?"

"Awak lah"

"Only for you sweetheart" kata Harraz sambil mengeyitkan sebelah matanya. Hannah sudah menjeling lelaki itu. Hanya satu perkataan saja yang dia fikir apabila melihat Harraz tika ini. Miang.

"Malam ni kau teman aku boleh?"

"Tak boleh" jawab Hannah bersahaja. Cawan kopi di hadapannya dan dia menghirup air kopi itu.

"Please. Aku kena pergi majlis dekat hotel untuk wakil daddy. Aku tak nak la pergi sorang" rayu Harraz lagi.

"Pergi jelah. Tu, Aniq dengan Zyad kan ada" kata Hannah cuba untuk mengelak.

"Tak nak. Aku nak bawa kau, please... Teman aku malam ni sweetheart?"

"Tak boleh Harraz. Malam ni saya ada jemputan juga. Kawan saya ajak saya pergi majlis company abang dia" kata Hannah lagi.

"Choose. Me or your friend"

"Ala Harraz...."

Mendengar kata-kata itu, Harraz mula mencebik. Kali ini dia pula mahu merajuk.

"Kau tak sayang aku la tu"

"Bila masa saya pernah sayang awak?" kata Hannah. Sengaja mahu mengusik lelaki itu.

"Sampai hati kau sweetheart. Tak apalah, aku ni siapa je nak sayang kan? Aku terjun bangunan jela macam ni"

Harraz berura-ura mahu bangun dari sofa itu namun pantas lengan bajunya ditarik oleh Hannah. Gadis itu menatap wajah Harraz dan dia mengeluh berat.

"Okay, saya ikut awak" kata Hannah berat. Mendengar itu bibir Harraz pantas mengukir senyuman. Dia kembali duduk dengan posisi yang betul dan membalas tatapan mata Hannah.

"Aku tahu, kau akan pilih aku. Kau siap-siap okay, petang ni kita pergi cari baju" kata Harraz. Senyumannya tidak hilang dari bibir.

Hannah mengeluh. Dia hanya mengangguk. Mahu atau tidak dia harus bersetuju dengan ajakan Harraz itu. Gadis itu bangkit dan menuju ke tingkat atas, meninggalkan Harraz sendirian di ruang tamu itu.

"Woi anak anjing"

Harraz yang sedang meneguk air kopi itu hampir tersedak apabila ada satu suara garau yang memanggilnya anak anjing.

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now