Bab 24 🦋

15.3K 1.3K 191
                                    

"Apa awak nak lagi ni? Tak ada kerja lain ke?"

Bebelan Hannah itu tidak dihiraukan oleh Harraz. Lelaki itu dengan selambanya menerjah masuk ke dalam pejabat Hannah awal pagi tadi.

Kini dia berada bersama Hannah di dalam pejabat gadis itu. Kakinya disilangkan sambil dia merenung Hannah yang tekun menyiapkan kerjanya.

"Tak ada tempat lain ya awak nak pergi? Zyad dengan Aniq mana?"

"Kenapa tanya? Kau rindu Aniq?" soal Harraz dingin. Mukanya berubah ketat serta-merta.

"Saya tanya aje. Awak ni tak masuk kerja ke? Kalau kena pecat nanti macam mana?"

Harraz yang mendengar soalan itu terus tertawa kuat. Hannah memandang lelaki itu pelik. Apa yang lawak?

"Saya bukan buat lawak, yang awak gelak ni dah kenapa?"

"Banyak betul soalan kau sweetheart. Kau risaukan aku ya sebab tu tanya aku macam-macam, kan?" keningnya diangkat sebelah. Bibir merah Harraz mengukirkan senyuman mengusik membuatkan Hannah berdecit.

"Saya nampak macam risaukan awak ke? Tak kan, jadi jangan perasan sangat" ujar Hannah mendatar namun kata-katanya itu hanya membuatkan Harraz tertawa lagi.

Gadis itu agak pelik. Apa agaknya yang merasuk Harraz hari ini? Lelaki dihadapannya itu sebelum ini senyum pun susah ini kan pula nak bergelak tawa. Namun hari ini tawa lelaki itu begitu senang terlepas dari mulutnya.

"Okay-okay. I'm just kidding"

Hannah menjeling lelaki itu sebelum menyambung kerjanya yang bertimbun. Harraz kembali merenung Hannah yang sedang duduk dihadapannya itu.

"Sweetheart? Why you so quiet?"

Gadis itu tidak memperdulikan Harraz. Fikirannya serabut sekarang. Mahu menyiapkan kerja namun ada pula tetamu yang tak diundang ini mengacaunya.

"You ignore me?" soal Harraz tidak puas hati. Dirinya mengharapkan Hannah menjawab pertanyaannya kali ini namun hampa. Gadis itu masih mendiamkan diri.

"Harraz!!!" jerit Hannah. Matanya menikam wajah Harraz. Terasa mahu menumbuk wajah Harraz yang seolah-olah tidak bersalah itu. Lelaki itu menutup suis komputer yang sedang digunakan Hannah tika ini. Habis segalanya terpadam.

"Siapa suruh kau ignore aku. Jom pergi makan. Nanti lepas makan kau sambung la semula kerja-kerja kau ni" ujar Harraz dengan selambanya. Itu bukan ajakan namun lebih kepada arahan.

"Awak ingat awak bos saya ke nak paksa-paksa saya bagai? Kalau lapar, pergilah makan sorang-sorang. Jangan kacau saya"

"Aku nak belanja kau sebab tulah aku ajak kau. Nak ke tak?"

Hannah masih lagi merenung Harraz dengan pandangan yang tidak puas hati. Tanpa berkata apa-apa dia mencapai beg galasnya bersama telefon pintarnya dan berlalu keluar dari pejabat meninggalkan Harraz seorang diri di dalamnya.

"Wait for me sweetheart!" jerit Harraz riang dari dalam pejabat sebelum dia mencapai telefon dan dompetnya dan melangkah keluar mencari kelibat Hannah.

Gadis itu sudah berdiri di tepi kereta Audi miliknya. Senyuman Harraz semakin melebar. Dia berjalan mendekati Hannah dan berdiri di hadapannya.

Masing-masing mendiamkan diri. Mata bertentang mata. Harraz terpaku seketika apabila dia merenung anak mata hazel milik Hannah yang begitu cantik itu.

"Tunggu apa? Masuklah, kau jangan ingat aku nak buka pintu kereta untuk kau pula" kata Harraz sinis dan dia menerima jelingan tajam Hannah.

"Tak ingin pun awak bukakan pintu. Saya ada tangan, boleh buka sendiri!" bidas Hannah geram. Dia masuk ke dalam kereta lelaki itu lalu menutup pintu kereta dengan agak kuat.

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now