Bab 40 🦋

18.4K 1.4K 337
                                    

"Allahuakbar...." Harraz mengangkat takbir.

Mereka sekarang sedang berada di rumah Haji Safuan. Hasif mahu membuat majlis tahlil untuk arwah ibu dan abahnya.

Aniq, Zyad, Harraz, Hasif dan Rayyan berdiri mengikut saf di ruang tamu. Mereka sedang solat berjemaah bersama dan diimamkan oleh Harraz.

Hasif hanya menjemput rakan-rakan terdekat sahaja. Saudara-saudara mereka tinggal berjauhan jadi semua tidak dapat datang pada majlis malam itu.

Rissa, Hannah, Husna dan Ernie pula berada di ruangan dapur. Semuanya sedang dalam keadaan haid kecuali Husna. Kerana tidak mahu bersendirian dia solat terlebih dahulu. Mereka berempat sedang menyediakan makanan untuk makan selepas tahlil nanti.

"Husna pregnant ya?" soal Rissa apabila perasan dengan benjolan pada perut gadis itu. Husna hanya mengangguk kecil.

"Wahh! Best tak pregnant?" soal Ernie. Serta-merta bahunya ditolak kuat oleh Hannah.

"Mulut kau jaga sikit boleh? Jangan macam-macam" kata Hannah garang. Dia tahu Ernie mahu membahaskan soal kisah silamnya dengan Rayyan pada Husna. Namun awal-awal lagi sudah dilarang Hannah. Gadis itu tidak mahu menyakiti perasaan adiknya jika dia tahu hubungan Hannah dan Rayyan yang dulu.

"Apa-" Ernie memberhentikan kata-katanya apabila terdengar bunyi ketawa yang kuat. Pasti gelak tawa itu datang dari lima jejaka yang berada di ruang tamu.

"HAHAHAHAHAHA!" tawa Harraz bergema di ruang tamu itu.

"Kau gelak kenapa bodoh! Dah kena solat semula!"

"Kau Harraz, kenapa kau gelak?! Dah rakaat terakhir baru gelak! Penat aku tonggang tonggeng solat last-last batal macam tu je!" marah Aniq tidak puas hati.

"Aku nampak cicak jatuh sebab tu aku gelak! Janganlah salahkan aku! Salahkan cicak tu!" bantah Harraz pula. Air mata yang mengalir akibat ketawa dikesat dengan hujung jari.

"Kau tepi. Jadi imam pun tak boleh harap" kata Aniq lagi. Tubuh Harraz ditolak ke belakang. Kini dia yang berada di posisi imam.

Aniq mengambil nafas dalam. Khusuknya kembali semula.

"Allahuakbar-"

"Pfft-" suara halus Harraz yang menahan ketawa dari belakang dapat ditangkap oleh Aniq. Lelaki itu memejamkan matanya namun suara Harraz itu sungguh mengganggunya.

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!" suara mereka berempat bergema lagi. Hasif hanya menggelengkan kepala melihat perangai keempat-empat lelaki itu. Tidak semena-mena solatnya juga turut terbatal.

"Woi syaitan! Kau gelak lagi kenapa!" jerkah Zyad pula. Perutnya ditekan, penat ketawa. Melihat Harraz  yang sudah terduduk kerana menahan ketawa itu membuatkan dia rasa ingin tergelak lagi.

"Cicak tadi langgar dinding!" Harraz menekup mulutnya supaya berhenti ketawa. Namun bayangan cicak yang terlanggar dinding itu sentiasa bermain di kotak mindanya membuatkan lelaki itu tidak berhenti ketawa.

"Kau kenapa? Tengah solat pun boleh usya cicak ke!" kata Rayyan pula. Dia juga turut terduduk di sebelah Harraz.

"Kau la ni! Habis batal solat semua orang!" kata Aniq, masih lagi tidak puas hati dengan Harraz.

"Korang yang ikut aku gelak kenapa?!" Harraz menekan perutnya. Pedih terasa luka pada perutnya itu apabila dia ketawa terlalu kuat.

"Kau, dua-dua tak boleh harap. Tepi!" Zyad menolak tubuh Aniq kebelakang. Hampir saja lelaki itu terjatuh.

Zyad memejamkan mata. Nafas dihela sebelum dia berpusing menghadap kebelakang semula. "Siapa gelak, dia keturunan syaitan" kata Zyad tegas. Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Cuba untuk menenangkan diri sebelum mengangkat takbir.

"Allahuakbar...." ucap Zyad tenang. Akhirnya, mereka berjaya solat berjemaah diimamkan oleh Zyad tanpa sebarang gangguan lagi.

"Sedap weh suara Zyad! Macam imam dekat masjid negara tu!" puji Rissa yang menjenguk dari dapur.

Mereka hanya memerhati gelagat jejaka-jejaka itu sejak dari tadi. Terbantut seketika aktiviti memasak mereka.

Ernie mula berdehem apabila mendengar kata-kata Rissa tadi. "Bakal suami aku tu" ucap Ernie sambil menayangkan jari manis sebelah kirinya.

"Wehhh!!! Laju la Zyad!!" kata Hannah sedikit tergamam. Cincin pada jari manis Ernie itu ditelek seketika sebelum dia memeluk tubuh sahabat baiknya itu.

"Sampai hati tak bagitahu aku!" cebik Hannah.

"Ni hadiah jela. Bukannya dia lamar aku lagi" kata Ernie.

"Aku kata bodoh nanti marah. Cincin tu tanda dia nak cop kau la!"

Ernie hanya tersenyum. Haih, hati berbunga-bunga bila dengar Zyad mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran ketika menjadi imam solat. Sudahlah muka segak, suara pula sedap, akhlak pun baik. Full package betul.

Selepas mereka selesai solat dan membaca Yassin serta tahlil, mereka bergerak ke ruangan dapur untuk mengisi perut.

Makanan sudah siap terhidang di atas meja. Menu pada malam itu cumalah mi kari dan ayam BBQ. Mi kari itu dimasak oleh Hannah sendiri, menggunakan resepi arwah ibunya.

"Amboi Zyad.... Senyap-senyap awak buat kerja ya?" kata Hannah tiba-tiba. Zyad berhenti makan seketika. Pandangannya beralih pada Hannah. Keningnya berkerut, tidak faham dengan apa yang gadis itu katakan.

"Tahu-tahu awak dah lamar Ernie. Tak bagitahu saya pula tu" cebik Hannah. Zyad hanya terengih. Belakang tengkuknya digaru perlahan. Kini, semua mata menuju ke arahnya dan juga Ernie.

"Sahabat! Sampai hati kau sahabat! Nak kahwin tapi tak bagitahu aku?! Putus kawan jela macam ni!" cebik Aniq pula. Sengaja mahu membuat drama di situ.

"Aku agak dah dua orang ni..." kata Harraz. Dia hanya menggelengkan kepala.

"Sorry la Hannah. Tu, cincin merisik je. Nanti kitorang tunang, saya mesti jemput semua. Jangan risau, kan Ernie?"

Ernie hanya mengangguk. Hannah masih lagi mencebik. Bibirnya dimuncungkan sedikit.

"Sweetheart... It's okay. Nanti aku dah dapat jawapan dari kau, kita terus tunang okay? Aku tak sabar nak nikah dengan kau-"

"Diamlah! Tahulah masing-masing dah jumpa jodoh! Tak payah la nak bersemut dekat sini! Orang single macam aku ni yang tersakiti, kau apa tahu?!" cebik Aniq lagi tidak puas hati.

Mangkuk makanannya diambil dan dia berjalan ke ruang tamu. Mahu makan di situ kerana tidak tahan lagi dengan kemanisan pasangan-pasangan di meja makan itu.

"Jodoh! Kau sesat dekat dalam hutan ke jodoh?! Penat aku menyingle ni! Cepatlah datang jodoh, kesian aku. Sepi tau!"

sokay Aniq,
awak dengan readers jela ye.
readers pun ramai lagi yang
single ni...kan?😌💅🏻

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now