Bab 11 🦋

15K 1.3K 3
                                    

Hannah memulas tombol pintu. Matanya melilau mencari kelibat Haji Safuan. Abahnya sedang terbongkok-bongkok cuba untuk mencapai sebuah album yang terjatuh di atas lantai.

Hannah pantas mendekati abahnya dan mengambil album itu kemudian diletakkan di atas peha Haji Safuan semula. Abahnya hanya mendiamkan diri. Wajah lelaki tua itu tidak beriak.

"Abah, Doktor Wafri datang nak tengok abah. Boleh ya abah?" soal Hannah lembut. Melihat Haji Safuan yang mengangguk itu melegakan sedikit hatinya.

Hannah memanggil Doktor Wafri yang duduk di tepi pintu bilik abahnya untuk masuk. Doktor Wafri mengangguk dan melangkah ke dalam.

Doktor Wafri memberi salam dan bertanyakan khabar lelaki tua itu. Haji Safuan menjawab antara dengar dengan tidak saja.

Hannah melihat dari jauh. Agak lama juga Doktor Wafri berbual dengan abahnya. Setelah hampir setengah jam, Doktor Wafri keluar dari bilik Haji Safuan. Pintu dikatup rapat sebelum dia berjalan mendekati Hannah yang sedang duduk di atas sofa.

"Doktor, macam mana dengan abah saya?"

"Alhamdulillah, saya tengok keadaan Haji Safuan dan bertambah baik. Walaupun tak banyak, tapi ada juga peningkatan"

Hannah mengangguk. Hatinya lega. Syukur mendengar kata-kata Doktor Wafri.

"Tapi awak kena selalu pantau dia ya Hannah. Kalau boleh, cuba pujuk abah awak untuk berjalan dekat luar. Ambil udara segar. Tak elok sebenarnya kalau asyik duduk saja dalam bilik tu. Tingkap pun jangan tutup, buka bagi udara masuk"

"Saya selalu pujuk abah tapi abah tetap tak nak. Abah saya tu doktor, dia tak boleh dipaksa. Sekali dia kata tak nak sampai bila-bila la dia tak nak"

"Pada apa yang saya lihat, abah awak mengalami depression. Mungkin abah awak mengalami tekanan disebabkan rasa terkejut akibat kemalangan. Dia masih lagi dalam keadaan trauma. Dia takut untuk terima kenyataan yang dia lumpuh" jelas Doktor Wafri membuatkan Hannah terdiam.

Mungkin itu adalah sebab mengapa abahnya selalu berkasar dengannya sebelum ini. Jika tidak, paling-paling kurang pun abahnya masih memperdulikannya walaupun hanya sedikit.

"Abah saya boleh sembuh ke doktor?" soal Hannah diselitkan dengan sedikit harapan. Bibirnya diketap.

"Kebanyakan pesakit yang lumpuh macam ni susah untuk sembuh. Tapi insyallah, tak ada yang mustahil. Awak doa banyak-banyak. Saya akan usahakan yang terbaik saya ada untuk rawat Haji Safuan. Abah awak ada harapan untuk sembuh cuma dia perlukan rawatan susulan"

Hannah mengangguk lemah. Kegusaran mula menyerbu pintu hatinya. Dia betul-betul berharap yang abah dapat pulih semula. Dia tak mahu lihat abahnya itu kesakitan seperti sekarang ini lagi.

"Doktor, kepala abah saya tak ada yang cedera kan?"

"Saya dah periksa waktu di hospital dulu. Kepala abah awak tak ada luka yang serius. Jadi awak jangan risau ya Hannah" jawab Doktor Wafri.

Hannah menarik nafas lega apabila mendengar jawapan doktor berusia lingkungan 30-an itu. Setidak-tidaknya hanya kaki abah yang tercedera dan tidak melibatkan anggota yang lain.

"Hannah, awak jangan risau. Awak perlu terus pujuk dia untuk keluar dan cuba untuk sentiasa berborak dengan dia. Cuba tarik Haji Safuan dari dunianya. Kalau kita biarkan terus, takut keadaan akan jadi lebih parah" kata Doktor Wafri sekali gus memberi tugas pada Hannah untuk dia dilaksanakan.

Hannah mengeluh. Senak fikirannya saat itu. Pujuk abah? Tengok muka aku pun abah tak nak macam mana nak pujuk abah? Nak berborak lagi la. Belum apa-apa aku dah kena marah.

"For now, saya tak boleh nak jalankan rawatan pada kaki abah awak. Saya dah cuba cakap dengan abah awak tapi dia tetap menolak. Awak cuba ya Hannah? Cuba lembutkan hati abah awak"

Itulah kata-kata terakhir Doktor Wafri kepada Hannah sebelum dia melangkah keluar dari rumah Hannah.

Hannah menghantar langkah lelaki itu hingga ke muka pintu. Matanya dihalakan ke arah bilik Haji Safuan. Hatinya sayu namun dia cuba untuk tidak terlihat begitu jelas.

Satu senyuman tipis muka terukir pada bibirnya. Tanpa dia sedar, kelopak matanya mula bertakung dengan air jernih.

Hannah sayang abah. Hannah akan jaga abah sampai abah sembuh. Tak kiralah kalau abah benci Hannah sekali pun Hannah tetap akan usaha untuk pulihkan abah. Hannah janji.

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now