Bab 25 🦋

17.8K 1.4K 361
                                    

"Kau kenapa ni Hannah? Tak pernah-pernah menangis kalau aku nak balik kerja" soal Hafiz tidak senang hati dengan perangai adiknya itu.

Gadis itu masih lagi merengek. Matanya bertakung menahan air mata yang tidak lama lagi akan mengalir.

"Kau kata nak balik minggu depan kan? Kenapa balik awal pula?"

"Jadual aku berubah Hannah. Aku pun tak tahu aku kena balik awal. Bulan depan aku balik la semula kau ni..." jelas Hafiz perlahan. Dirinya melutut menyamakan kedudukan dengan Hannah yang duduk bersila di hadapannya itu.

"Habis siapa nak teman aku? Aku takut"

"Kak Irah kan ada. Tak pun kau call Hani suruh dia tidur rumah abah ni dengan kau untuk seminggu. Kalau kau takut sangat, pergi tidur dekat resort abah, okay?" pujuk Hafiz lagi. Dia bangkit dan mencapai bagasi yang bersebelahan dengan Hannah. Gadis itu turut bangun dan melangkah ke arah pintu rumah bersama abangnya.

"Aku pergi dulu, jaga diri baik-baik. Kalau ada apa-apa bagitahu aku" pesan Hafiz sebelum lelaki itu melangkah pergi dan masuk ke dalam keretanya.

Honda Civic hitam itu hilang dari pandangan Hannah. Entah mengapa dia terasa mahu menangis.

Hannah menapak masuk ke dalam rumah semula. Segala pintu dan tingkap dikunci mengikut pesanan Harraz pada tempoh hari.

Dirinya direbahkan di atas sofa panjang. Matanya dipejamkan seketika. Bunyi ketukan pintu membuatkan Hannah yang baru sahaja terlelap itu terjaga semula.

"Sekejap..." kata Hannah perlahan. Tudung dicapai dan disarungkan pada kepalanya sebelum gadis itu membuka pintu rumahnya.

Gadis itu terkaku seketika melihat siapa yang sedang berdiri di hadapan pintu rumahnya itu. Lelaki yang sangat dikenalinya. Siapa lagi kalau bukan Harraz Rizqi.

Lelaki itu mengenakan t-shirt putih CELINE bersama kot panjang dan seluar slack berwarna coklat. Tangannya pula berada di dalam poket seluar.

"Hi sweetheart. Am I bothering you?"

"Bila je awak tak kacau saya?" soal Hannah kembali membuatkan Harraz tertawa. Lesung pipit lelaki itu terserlah apabila dia ketawa begitu.

"Abang Hafiz ada tak?"

Hannah hanya menggeleng. Pintu dibuka sedikit memberi ruang untuk dia menatap wajah tampan Harraz itu. Hidung mancung lelaki itu selalu menjadi perhatiannya.

"If like that, kita bercakap dekat taman mini rumah kau ni jela. Boleh?"

"Awak pergi la dulu, saya nak buat air-"

"No need sweetheart. I already bring you food, let's go?"

Hannah terdiam seketika. Matanya melirik ke arah tangan kekar Harraz yang sedang memegang dua beg plastik putih.

"Pemurahnya awak hari ni" ujar Hannah sebelum mengambil plastik makanan pada tangan Harraz itu. Dia berlari anak menuju ke pondok di dalam taman mini rumahnya. Bibirnya mengukirkan senyuman lebar.

Yeay, makanan!

"Don't run sweetheart.." kata-kata Harraz hanya diendahkan. Fokus Hannah kini pada makanan. Harraz berjalan perlahan mendekati Hannah yang sedang membelek-belek isi makanan di dalam plastik itu tadi.

Dia mengambil tempat di sebelah Hannah. Dirinya hanya memerhatikan gelagat Hannah yang masih terpegun dengan makanan yang dibawanya itu.

"You want to eat first or talk first?" soal Harraz walaupun dia sudah mengetahui jawapan yang bakal diberi oleh Hannah.

"Of course lah eat first! Saya lapar tahu..."

"Tak tanya"

"Ceh! Tak cakap dengan awak pun" mata cantik itu menjeling Harraz yang sedang tersenyum mengusik ke arahnya. Tanpa memperdulikan lelaki itu, dia mengambil sekeping pizza yang dibawa oleh Harraz.

Hai Encik Lanun [C]Where stories live. Discover now