"Sweetheart? Jom turun?" Harraz memandang Hannah yang masih lagi statik di hadapan cermin. Gadis itu sibuk membetulkan tudung.
Harraz mengeluh kecil. Dia mendekati isterinya dan tangannya mula melingkar pada pinggang Hannah. Tangan lelaki itu mengusap perlahan perut Hannah sebelum pipi gadis itu dikucup lembut.
"Isteri siapa yang cantik sangat ni hmm?"
Hannah tersenyum. Tangan kekar Harraz pada perutnya itu hanya dibiarkan. Gadis itu memusingkan tubuhnya ke belakang menghadap suaminya. Pipi Harraz di tekup dengan telapak tangan.
"Suami siapa yang comel sangat ni hmm?" ajuk Hannah. Lelaki itu berdecit. Tangan Hannah pada mukanya dibawa ke bawah.
"Aku handsome sweetheart, bukan comel" kata Harraz dan dia kembali membetulkan rambutnya. Jubah putihnya dibetulkan sedikit. Tangannya turun menggengam tangan Hannah dan membawa gadis itu berjalan keluar dari bilik hotel.
Mereka menuju ke dewan hotel di mana majlis resepsi Zyad dan Ernie diadakan. Sampai sahaja mereka di dalam dewan itu, mereka disambut oleh Aizat dan Rissa yang menjadi penyambut tetamu.
Hannah dan Harraz berjalan ke arah meja yang berada di barisan ke dua.
"Dah lama sampai sahabat?" soal Aniq pada Harraz yang duduk di sebelahnya. Lelaki itu turut menyapa Hannah.
"Anak siapa yang kau rembat ni?" soal Harraz. Dia meneliti wajah kanak-kanak perempuan yang berada di atas riba Aniq. Lelaki itu hanya tersenyum.
"Anak buah Aizat ni. Aku tolong jagakan" kata Aniq. Rambut Airis dielus lembut sebelum pipi gebu itu dikucup. Tertawa suka Airis apabila menerima kucupan dari Aniq.
"Little girl?" soal Harraz. Dia mencuit hidung kecil itu. Airis tertawa lagi. Suka dilayan oleh pakcik-pakcik kacak di hadapannya ini.
"Aniq" panggil Hannah. Lelaki itu mengangkat keningnya.
"Siti mana? Tak bawa dia ke?" soal Hannah lagi. Rindu pula mahu berjumpa dengan anak berbulu Aniq itu. Aniq hanya menggeleng.
"Dia pergi grooming hari ni. Saya ingat nak carikan dia jodoh la Hannah, kesian dia sepi duduk rumah sorang-sorang" kata Aniq. Hannah hanya menahan ketawa. Lelaki yang suka kucing ni comel tahu tak?
"Alang-alang tu apa kata carikan dia mama sekali?" usik Hannah. Bibirnya diketap menahan ketawa.
"Itulah. Kau pun dah nak masuk 27 kan? Tak akan nak jadi bapak kucing sampai tua?" tambah Harraz pula. Mereka berdua menerima jelingan maut daripada Aniq.
"Kau dua orang diam. Aku tunggu jodoh aku sampai je. Lepastu insyaallah terus nikah. Bukan macam korang, main tarik-tarik tali. Gaduh tapi sayang. Menyampah aku" bidas Aniq pula. Tawa Hannah dan Harraz semakin kuat. Aniq tak nak kalah nampaknya.
Harraz tersenyum manis. Teringat pula sewaktu awal perkenalan dia dan Hannah. Hari-hari bertikam lidah. Kalau tak bergaduh memang tak sah. Boleh kata dah jadi rutin harian. Kalau berjumpa pasti ada sahaja modal yang akan dibuat sebagai bahan pergaduhan.
Tapi siapa sangka? Gadis yang selalu bergaduh dengannya dulu kini telahpun menjadi isterinya yang sah. Bahkan tidak lama lagi akan menjadi ibu kepada anaknya.
"By the way Hannah. Awak punya due date bila?"
"Lagi dua minggu insyaallah lahir la budak kecik ni" kata Hannah sambil tersenyum. Sebelah tangannya digenggam oleh Harraz dan sebelah lagi diletakkan pada perutnya yang semakin membesar itu.
Aniq tersenyum. Dia juga turut gembira melihat rakannya ini yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
"Gender?"
YOU ARE READING
Hai Encik Lanun [C]
RomanceTengku Harraz Rizqi. Seorang lelaki yang dingin dan nakal. Satu-satunya cahaya mata yang dikurniakan kepada daddy dan mummy nya. Kisah dia bermula apabila Harraz mencuba untuk membeli tanah resort milik ayah kepada Hannah Sufiya. Penolakan tawaran...