Bab 1

2.6K 89 0
                                    

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

Azan berkumandang telah menandakan masuk waktu maghrib. Ramai yang berpusu-pusu datang ke masjid untuk menunaikan fardhu solat.

"Siapa yang azan kan tu? Suara macam orang muda." Soal Tihani yang baru sahaja masuk ke dalam masjid.

"Suara macam abang kau lah Farhani." Andaian Fatihah membuatkan Tihani memukul bahunya.

"Abang dia kan tengah sambung belajar." Ujar Tihani.

"Betul lah tu suara abang aku, dia baru habis belajar minggu lepas. Ini pun dia ambil alih Tok Zahar atas faktor kesihatan." Farhani merangkap adik kepada Haider menerangkan kepada mereka supaya tiada yang keliru.

Fatihah dan Tihani hanya mengangguk perlahan.

"Eh jom lah ambil saf untuk solat." Sambung Farhani.

Mereka bertiga cepat-cepat mengambil saf di belakang.


"Nak pergi mana Tiara? Baru sahaja balik kan tak kan nak keluar lagi?" Soal Encik Taufiq yang baru sahaja keluar daripada dapur.

Tiara memberhentikan langkah apabila Encik Taufiq menegurnya.

"Jumpa kawan." Dengusan nafas kasar keluar dari hidung Tiara yang menandakan tidak kepuasan hati apabila ada yang sibuk menegurnya.

"Kawan mana?" Soal Encik Taufiq.

"Kawan Tiara lah, papa bukannya kenal pun kalau Tiara bagitau."

"Tak kan maghrib nak keluar? Solat dulu Tiara."

"Nanti Tiara solat lah." Ujar Tiara lalu dia terus keluar daripada rumah itu. Malas nak dengar bebelan ayahnya , nanti mula lah buka segmen ceramah.

"Haih apa nak jadi dengan Tiara ni." Encik Taufiq mengeluh kesal dengan sikap anaknya yang susah nak dengar kata. Tidak tau nak didik macam mana lagi.

"Biar lah Tiara tu , pandai-pandailah dia hidup." Celah Puan Nisah yang baru sahaja turun dari biliknya.

"Kita sebagai ibu bapa perlu menegur anak-anak kita , awak nak ke anak-anak kita jadi orang yang tak berguna?"

"Awak tak dapat nak ceramah kan Tiara , ceramah kat saya pulak." Puan Nisah menjeling suaminya. Salah anak yang kena ceramah dia pulak.

"Bukan ceramah tetapi nasihat." Isterinya yang sorang ni tiba-tiba mahu panas hati pulak.

"Jom lah solat dah masuk waktu." Puan Nisah meninggal suaminya dan terus naik ke atas untuk solat. Duduk lama-lama disitu makin sakit hati pulak dia.

Encik Taufiq hanya menggeleng kepalanya. Tidak tau apa nak jadi dengan keluarga ni, dari dulu sampai sekarang sama sahaja tiada siapa yang mahu berubah. Tunggu dia mati rasanya baru ada yang nak kembali ke pangkal jalan.

🌸🌸🌸🌸

Happy reading ❤️ Don't forget to vote !!

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now