Bab 53

272 22 2
                                    

Haider menoleh ke arah pintu pejabatnya yang diketuk dari luar. Dia memerhati siapa yang mengetuk pintu itu sehingga terbuka dari luar.

Haider tersenyum lebar apabila dia melihat Puan Aisyah datang ke pejabatnya. Dia terus bangun dari duduk dan menyalami tangan Puan Aisyah.

"Ibu buat apa datang pejabat Haider ni?" Soal Haider. Jarang sekali Puan Aisyah ingin jejak kaki ke sini. Ok

"Apa yang Haider dah buat ni?" Soal Puan Aisyah dengan nada marah.

"Apa yang Haider buat?" Soal Haider semula dengan dahi yang berkerut seribu.

"Ni apa Haider Luqman?!" Puan Aisyah menunjukkan sebuah artikel di dalam telefonnya kepada Haider.

Haider mengambil telefon itu dan membaca artikel yang ditunjukkan oleh Puan Aisyah.

'CEO Haffan Bitara, Hafiz Arfan, dipenjarakan selama dua puluh tahun dan akan dikenakan hukuman sepuluh sebatan kerana dituduh bersalah dalam penyelewengan duit. Segala bukti yang kukuh telah ditunjukkan oleh CEO Bintang Angkasa, Haider Luqman'

Haider mengeluh perlahan membaca artikel itu. Nampaknya Puan Aisyah sudah tahu hal ini. Laju betul media buat kerja.

"Papa bersalah ibu," kata Haider perlahan dengan jujur.

"Baru Haider nak cakap pasal salah? Dulu arwah ayah bunuh arwah kakak ipar Haider kenapa Haider tak buat tindakan langsung? Kenapa bila papa buat kesalahan Haider terus sumbat dia dalam penjara? Kenapa Haider tak berlaku adil dalam kedua-duanya?" Soal Puan Aisyah bertalu-talu dengan nada tidak puas hati.

"Waktu arwah ayah buat kesalahan, Haider kena ugut ibu. Kena ugut! Haider memang niat nak lapor dekat polis tapi masa tu Haider masih belasan tahun. Kenapa ibu nak kena ungkit semua benda ni?" Haider terasa hati apabila Puan Aisyah langsung tidak faham sebab kenapa dia buat semua ni.

"Ibu tak ungkit. Ibu cuma cakap benda yang betul. Ibu tahu Haider kena ugut. Tapi Haider boleh lapor dekat polis!" Kata Puan Aisyah.

"Ibu cakap senanglah. Yang lalui semua benda ni Haider ibu! Lagipun Haider buat semua ni demi bersihkan nama ibu. Haider tak nak maruah ibu tercalar," kata Haider.

"Ibu tak kisah kan semua tu Haider. Dari dulu sampai sekarang ibu selalu difitnah. Jadi ibu dah terbiasa dengan semua ni. Lagipun kita hidup dekat dunia memang akan difitnah baik masih hidup atau mati," ujar Puan Aisyah.

"Tapi Haider kisah ibu! Fitnah tu kita boleh elak ibu! Kita boleh bersihkan semula. Kenapa ibu nak hidup dalam fitnah orang?" Soal Haider dingin.

"Ibu tak kira. Ibu nak Haider lepaskan papa dari penjara juga!" Tegas Puan Aisyah. Dia tidak mahu bekas suaminya semakin berdendam dengan Haider.

Haider mengetap giginya. Dia berasa marah apabila Puan Aisyah langsung tidak memahaminya.

"Dia tu layak duduk kat sana ibu! Tempat dia kat dalam penjara bukan kat sini!" Haider cuba mengawal suaranya supaya tidak tertengking Puan Aisyah. Dia tidak mahu bersikap kurang ajar dengan ibunya sendiri.

"Haider Luqman! Ibu tak pernah ajar anak ibu cakap macam tu dekat ayah Haider sendiri!" Suara Puan Aisyah mula naik satu oktaf.

"Heh ayah? Dia sendiri mengaku depan Haider yang dia langsung tak anggap Haider anak dia dan larang panggil dia papa. Masih dianggap dia sebagai ayah Haider ke ibu?" Soal Haider separa kecewa.

"Dia tetap ayah kandung Haider sampai mati!" Puan Aisyah menikam biji mata anaknya itu.

"Ayah kandung yang dah pernah dera Haider macam anak patung. Ayah kandung yang pernah culik Haider. Ayah kandung yang pernah bagi Haider makan makanan basi. Ayah kandung yang dah buat hidup Haider penuh dengan trauma!" Suara Haider mula bergetar apabila dia teringatkan semua benda itu.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now