Bab 49

435 33 8
                                    

Tiara berasa berat hati untuk masuk ke dalam rumah lepas dia melihat kereta Haider berada di pekarangan rumah. Buat masa sekarang dia tidak bermaya untuk berhadapan dengan Haider.

Tiara tidak tahu ingin membuat apa. Dia terpaksa masuk sahaja dalam rumah. Untuk pergi ke rumah mamanya tapi sudah lewat malam kerana sudah pukul satu pagi. Dia berharap Haider sudah tidur.

Tiara membuka pintu rumahnya dengan perlahan. Nasib baik dia ada kunci rumah lagi satu. Dia terkejut apabila melihat Haider berada di ruang tamu.

"Baru sekarang Tiara nak balik?" Soal Haider dengan nada dingin.

Tiara memejamkan matanya dengan erat. Dengan suara dingin Haider cukup membuatkan dirinya rapuh. Pasti Haider sudah tahu tentang artikel itu.

Tiara mengendahkan sahaja soalan Haider. Dia terus melangkah naik ke atas.

"Tiara Sofea binti Taufiq." Haider bangun dari sofa. Langkah Tiara terhenti apabila Haider memanggil nama penuhnya.

"Apa dia Haider?" Soal Tiara tidak bermaya.

"Apa semua ni?" Haider menunjukkan artikel itu di telefon bimbitnya.

Tiara menggenggam erat penumbuknya. Dia rasa mahu lari sahaja dari sini.

"Benci sangat ke Tiara dekat abang sampai fitnah abang macam ni? Apa salah abang dekat Tiara?" Soal Haider dengan nada sayu.

"Bukan aku yang buat semua tu Haider," kata Tiara perlahan.

"Habis tu siapa yang buat artikel ni? Abang cuma nak Tiara jujur aje," kata Haider.

"Aku cakap bukan aku yang buat! Kenapa kau orang susah nak percaya aku?!" Tengking Tiara membuatkan Haider terkejut.

Haider tersenyum kelat apabila ditengking oleh Tiara. Dia masih menahan sabarnya.

"Abang suami dayus ke Tiara?" Soal Haider lagi.

"Kenapa kau lebih percaya artikel tu berbanding isteri sendiri?" Soal Tiara balik.

"Pernah ke abang tak percaya dekat Tiara? Abang cuba sehabis baik untuk sentiasa percaya kan Tiara. Tapi lepas abang baca aje artikel ni, abang rasa kepercayaan abang dikhianati." Haider bukan tidak mahu mempercayai Tiara, tapi cukup sahaja dia tahu betapa hancur hatinya saat ini.

Tiara menahan air matanya daripada mengalir. Dia tidak mahu menangis di hadapan Haider.

"Abang tak marah kalau Tiara hanya fitnah abang. Tapi abang marah kalau Tiara babitkan ibu. Ibu tak salah dalam hal ni Tiara." Haider boleh terima kalau dirinya difitnah dan dicaci maki oleh orang lain tapi jika melibatkan ibunya dia tidak akan duduk diam sahaja.

"Bukan aku yang buat artikel tu!" Jerit Tiara.

"Habis tu siapa Tiara?" Soal Haider dengan nada lembut walaupun Tiara sudah menaikkan suara kepadanya.

"Aku tak tahu Haider, aku tak tahu!" Tiara sudah mula tertekan. Dia mahu sahaja menjerit sepuas hati.

"Ini kali terakhir abang tanya soalan yang sama dekat Tiara. Tapi kalau Tiara tak nak jawab juga, anggap ini perbualan terakhir kita. Jangan pelik kenapa lepas ni abang layan Tiara nak tak nak," kata Haider dengan nada serius. Dia tidak main dengan kata-katanya.

Tiara sudah mula tergamam mendengar ayat yang dilontarkan oleh Haider. Dia sudah mula berdebar untuk soalan Haider.

"Kenapa Tiara benci sangat dengan abang? Apa penyebab utama kebencian Tiara dekat abang?" Soal Haider. Dia berharap agar Tiara menjawab soalannya itu.

Tiara mengetap giginya dengan kuat. Dia tidak tahu ingin menjawab soalan itu macam mana.

Tiara memandang lama ke arah Haider. Tanpa sedar air matanya mengalir perlahan. Sakit di dalam hatinya meronta-ronta untuk dilepaskan.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now