Bab 21

411 21 0
                                    

Tiara menghembuskan nafasnya dengan perlahan. Ini hari kedua dia berada di rumah mertuanya. Selepas makan malam terus dia keluar dari rumah untuk mengambil angin malam.

"Tenangnya kat sini," kata Tiara sendiri. Dia berasa tenang apabila berada di rumah Puan Aisyah berbanding di rumah keluarganya sendiri. Mungkin di sana terlalu banyak konflik antara dia dengan keluarganya.

"Tiara Sofea," sapa seseorang dari belakang Tiara.

Tiara memutarkan bebola matanya kerana dia kenal suara siapa yang menegurnya.

"Kau dengan adik kau memang suka buat hidup aku serabut ke?" Soal Tiara dengan kasar kepada Danial.

Danial mengangkat keningnya sedikit. Entah mengapa dia tiba-tiba rasa mahu menegur Tiara.

"Kau buat apa kat sini?" Tiara memandang Danial dengan dahi yang berkerut. Dia berasa pelik apabila Danial hanya diam sahaja sambil memandang langit.

"Saja," jawab Danial ringkas.

"Danial, apa nama panjang kau?" Soal Tiara.

"None of your business," kata Danial mendatar.

"Are you Adam Danial?" Tiara melihat muka Danial untuk mengingati semula jejaka ini yang dulu adalah bekas kekasih Adelyn.

Tubuh Danial mengeras dengan tiba-tiba. Dia sudah agak yang Tiara akan ingatnya semula. Tanpa buang masa, Danial mengorak langkah untuk pergi dari situ.

"Kau ex Adelyn kan?" Soal Tiara membuatkan Danial memberhentikan langkahnya. Danial memusingkan badannya dan mencerlung Tiara dengan tajam.

"Perlu ke ungkit kisah lama?" Soal Danial dengan dingin.

"Kiranya betul lah kau ex Adelyn?" Soal Tiara semula.

"Dah tahu kenapa tanya lagi?" Soal Danial dengan rasa menyampah.

"Tak sangka aku akan berjumpa dengan ex kawan sendiri," ujar Tiara dengan sinis.

"Sudahlah Tiara. Pergi masuk dalam, tak takut ke tiba-tiba ada hantu tegur kau?" Danial saja ingin menakutkan Tiara supaya Tiara tidak mengungkit kisah silamnya dengan Adelyn.

"Buat apa nak takut? Hantu je pun," jawab Tiara tanpa ragu-ragu. Padahal dirinya berasa takut apabila Danial sebut perkara itu.

"Oh aku lupa. Tuhan pun kau tak takut, apatah lagi hantu yang biasa-biasa je," sindir Danial membuatkan Tiara sentap.

"Nanti kalau ada yang tegur, cakap Danial kirim salam," sambung Danial lagi. Dia meninggalkan Tiara sorang-sorang di situ.

Tiara sudah berasa seram sejuk. Dia memaki hamun Danial yang cuba mengundang makhluk itu. Tiara membuka langkah yang laju untuk masuk ke dalam rumah.

"Heh. Tadi berlagak kata tak takut," kata Danial di belakang di tiang rumah.

Tiara terus masuk ke dalam bilik Haider. Dia terpandang satu gambar yang berada di meja Haider.

Hatinya terdetik untuk melihat gambar tersebut. Dia memandang lelaki yang berada di sebelah Haider. Tiara menggenggam penumbuknya dengan erat. Matanya sudah merah menahan tangisan. Penuh rasa dendam di dalam hatinya.

"Tengok apa tu?" Soal Haider yang telah masuk ke dalam biliknya.

Tiara tersentak dari lamunannya. Dia cepat-cepat letakkan semula gambar itu di atas meja.

Haider tersenyum nipis apabila terpandang gambar yang di letak oleh Tiara.

"Lelaki sebelah saya tu ialah arwah ayah," ujar Haider.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now