Bab 41

267 21 4
                                    

Tiara menuju ke arah rumah ibu bapanya. Telefon yang berbunyi berkali-kali dari Fahrin langsung dia tidak angkat. Dia nekad untuk tidak berjumpa dengan Fahrin selepas keadaannya dengan Haider semakin keruh.

Tiara takut jika dia semakin benci dengan Haider lepas sahaja dengar hal sebenar dari mulut Fahrin. Entah betul entah tidak tapi dia seorang yang mudah percaya.

"Assalamualaikum mama," panggil Tiara. Rumahnya masih cerah menandakan ibu bapanya belum tidur.

"Waalaikumussalam, eh anak mama. Buat apa kat sini?" Soal Puan Nisah separa terkejut apabila melihat Tiara berada dirumahnya.

"Mana papa?" Soal Tiara apabila dia melihat Encik Taufiq tiada di ruang tamu.

"Papa baru je tidur. Kenapa datang sini?" Soal Puan Nisah lagi.

Tiara menghembuskan nafasnya perlahan. Dia melangkah ke arah Puan Nisah dan terus memeluk erat tubuh ibunya. Air matanya mengalir perlahan menyembah bumi.

"Eh kenapa ni sayang?" Soal Puan Nisah dengan nada lembut. Terkejut dia melihat Tiara menangis dalam pelukannya. Puan Nisah mengusap lembut belakang badan anaknya.

"Hai..der," kata Tiara dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh Puan Nisah.

"Kenapa dengan Haider?" Soal Puan Nisah pelik.

Tiara melepaskan pelukannya itu. Dia menatap wajah Puan Nisah dengan rasa sayu.

"Tia..ra dah hancurkan hati dia. Haider kecewa dengan Tiara." Tangisan Tiara semakin kuat apabila teringatkan hal tadi.

"Kenapa ni Tiara? Apa dah jadi? Cerita dekat mama." Puan Nisah mula risau melihat Tiara yang sedang menangis itu.

Tiara mengepal genggaman tangannya untuk mengumpul kekuatan.

"Tiara dah terlepas cakap mama." Tiara menundukkan kepalanya seraya mengetap bibirnya.

Puan Nisah semakin tidak faham apa yang Tiara ingin cuba sampaikan.

"Tiara dah terlepas cakap tentang ayah kandung Haider," kata Tiara membuatkan mata Puan Nisah terbeliak luas.

"Ya Allah macam mana semua ni boleh terjadi? Lepastu Haider macam mana?" Soal Puan Nisah separa terkejut.

"Haider kecewa mama. Jelas nampak dekat wajah dia yang dia betul-betul terluka dan Tiara kata kat dia..."

Tiara tidak mampu menghabiskan ayatnya kerana dia tahu Puan Nisah akan memarahinya.

"Kata apa Tiara?" Soal Puan Nisah.

"Tiara kata kat dia yang dia pembawa malang dekat semua orang." Air mata Tiara mengalir sekali lagi. Benar dia rasa serba salah apabila melontarkan kata-kata itu kepada Haider.

Puan Nisah memejamkan matanya dengan erat. Kenapalah anaknya seorang ini suka sangat cakap main lepas.

"Kenapa Tiara cakap macam tu dekat Haider? Tiara tahu kan itu dosa. Dia suami Tiara." Puan Nisah berasa sedikit kecewa dengan anaknya.

"Tiara tak sedar apa yang Tiara cakap. Tiara tak sengaja mama." Dia tidak mahu menceritakan semuanya kepada Puan Nisah. Pasti Puan Nisah akan marahnya dengan teruk kalau ibunya tahu hal yang sebenar.

Puan Nisah menggelengkan kepalanya perlahan. Tidak tahu macam mana lagi untuk bercakap dengan Tiara.

"Lepastu Haider macam mana? Dia tahu tak Tiara keluar rumah ni?" Soal Puan Nisah.

Tiara menganggukkan kepalanya. Haider tahu yang dia keluar dari rumah tapi Haider tidak tahu yang dia pergi ke rumah keluarganya.

"Tiara pergi naik atas, bersihkan badan lepastu tidur. Esok mama nak Tiara pergi minta maaf dekat Haider," arah Puan Nisah. Pening kepalanya melayan perangai anak-anaknya.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now