Bab 13

345 15 0
                                    

Haider termenung jauh di dalam pejabatnya memikirkan siapa untuk teman dia membeli cincin. Kalau ajak kembar itu, pasti mereka memarahinya. Tetapi dia perlukan peneman juga.

"Bro, waktu kerja dah habis. Jom balik," sapa Danial. Dia masuk ke dalam pejabat Haider.

"Mana Danish?" Soal Haider. Dia mencari kelibat Danish, selalunya Danial pasti bersama Danish.

"Dia ikut pak ngah," jawab Danial.

"Danial."

"Ye?" Sahut Danial.

"Patut ke aku ajak Danial teman? Nanti confirm kena marah. Argh ajak je lah," bisik hati Haider.

"Panggil aku lepas tu diam pulak."

"Teman aku pergi mall jap," ujar Haider.

"Nak buat apa?" Soal Danial dengan nada pelik. Dah kenapa tiba-tiba Haider ajak nak pergi mall. Tak kan nak shopping kot.

"Aku nak beli barang jap. Kau busy ke?" Soal Haider semula.

"Sekarang tak busy. Malam nanti baru busy sebab ada event kereta drift kita," kata Danial.

"Ye aku tau," Haider mengemas fail-fail yang berselerak di atas mejanya. Dia mahu gerak sekarang supaya tidak terlambat ke event tu nanti.

"Jom lah. Tunggu apa lagi," Danial terlebih dahulu keluar dari pejabat Haider.


Haider melangkah masuk ke dalam kedai emas. Danial sudah naik pelik kenapa Haider masuk ke sini.

"Kau nak buat apa kat sini?" Soal Danial. Dia hanya mengekori sahaja langkah Haider.

"Jual sotong," selamba Haider menjawab.

"Boleh jual sotong ke kat sini?" Danial melayan sahaja perangai Haider yang ingin minta penampar itu. Dia tengah serious boleh pulak jawab main-main.

"Boleh. Kau baru tahu ke?" Haider mengemam bibirnya menahan tawa yang hampir terletus.

"Haider Luqman, kau boleh serious sekejap tak?" Danial naik geram dengan Haider. Sejak bila si Haider ni ikut perangai Danish?

Terletus tawa Haider melihat wajah Danial. Dia melihat cincin yang berada disitu tanpa mengendahkan soalan Danial tadi. Rambang mata pula jadinya.

"Kau nak beli cincin untuk siapa?" Danial cuba untuk tukar soalan lain supaya Haider dapat menjawab pertanyaannya.

"Kak, harga cincin ni berapa?" Soal Haider kepada pekerja disitu. Sekali lagi dia tidak menjawab soalan Danial.

"1600 dik," jawab pekerja itu.

"Eh murah pulak ye kak. Saya ingat mahal tadi. Nasib baik saya bawa duit cukup-cukup je," kata Haider membuatkan pekerja itu terdiam.

Murah dia kata? 1600 tu cukup makan untuk sebulan je dik.

Danial memandang muka pekerja itu. Mesti tak sangka yang Haider akan berkata seperti itu. Apa nak pelik sangat. Haider tu kaya, baru-baru ni dia beli kereta BMW 8 series coupe. Maklumlah pemegang saham terbesar.

"Saya nak yang ni lah," Haider setuju untuk membeli cincin yang dipegangnya.

"Untuk tunang ye?" Tembak pekerja itu.

Haider terkedu seketika. Tidak sangka pulak pekerja itu boleh tahu. Dia hanya mengangguk sahaja.

Danial memandang Haider dengan dahi yang berkerut. Untuk tunang? Siapa yang nak tunang? Banyak persoalan yang bermain di fikirannya.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now