Bab 9

358 16 0
                                    

"Tiara, apa kamu dah buat ni?" Soal Puan Nisah kepada Tiara yang sedang melihat tv dengan abang dan adiknya.

Tiara yang pelik dengan wajah marah Puan Nisah terus mengambil telefon yang dihulurkan oleh Puan Nisah.

"Siapa yang berani uploud video ni?!" Bentak Tiara dalam hati. Begitu terkejut apabila dia melihat video itu.

"Mama please jangan bagitahu papa. Mampus Tiara kalau papa tahu," rayu Tiara. Dia sanggup melutut di hadapan mamanya kalau memberi tahu hal ini kepada Encik Taufiq.

"Kau tak habis-habis nak buat masalah kan? Sekali lagi kau buat perangai memang aku kahwinkan kau dengan mana-mana lelaki yang aku nak," ujar Taqim lepas melihat video itu. Dia sungguh kesal dengan perangai Tiara sekarang.

"Mama setuju. Makin teruk perangai kamu sekarang," Puan Nisah berasa dirinya gagal mendidik Tiara untuk jadi lebih baik.

"Bukan salah Tiara! Jantan tu yang tumpahkan air kat Tiara dulu," Tiara tetap ingin salahkan Haider dalam hal ini.

"Kenapa perlu tumpahkan air dekat lelaki ni balik?" Soal Puan Nisah.

"Bukan Tiara lah! Fahrin tu yang sengaja tumpahkan air dekat lelaki tu. Kenapa perlu salahkan Tiara pulak?" Suara Tiara mula meninggi apabila Puan Nisah asyik mahu cari kesalahannya sahaja.

"Sebab kamu yang ceritakan dekat Fahrin kan? Mama kenal sangatlah kamu ni macam mana. Fahrin tu dah lah panas baran," Puan Nisah sudah tahu yang Tiara pasti ceritakan hal itu kepada Fahrin kerana dengan Fahrin lah Tiara banyak berkongsi cerita.

"Argh! Dari kecil sampai besar semua nak salahkan Tiara. Tiara je yang buruk dekat mata korang semua. Macam korang ni sempurna sangat!" Tengking Tiara. Dia sudah kecewa dengan Puan Nisah yang tetap salahkannya juga.

"Tiara Sofea! Kau sedar tak kau tengah cakap dengan siapa? Kalau tak mampu nak hormat aku, hormat lah mama," Taqim tidak sangka yang Tiara akan tinggikan suaranya dekat Puan Nisah.

"Hormat? Eh korang ada ke hormat aku?" Sinis Tiara bertanya.

"Kau memang nak kena makan penampar dengan aku," Taqim sudah mula hilang sabar dengan Tiara.

"Taqim, sudahlah!" Puan Nisah menarik tangan Taqim yang mula menghampiri Tiara. Bila-bila masa sahaja Taqim akan lempang Tiara.

Tiara tidak mahu bertengkar dengan mereka lama-lama kerana dia tahu yang dia akan kalah juga dengan abangnya itu. Tiara naik ke atas dengan air mata yang sudah mengalir. Dari tadi dia menahan air mata itu. Tak nak dianggap lemah dihadapan mereka semua.

"Woi! kau nak pergi mana Tiara?" Jerit Taqim.

Tiara langsung tidak mengendahkan Taqim. Hatinya berasa sakit sangat apabila mereka hanya tahu cari salahnya sahaja.

"Taqim sudah! Biarkan dia tu," halang Puan Nisah. Dia tidak mahu melihat mereka berdua gaduh macam ni.

"Sampai bila mama nak manjakan dia? Kalau papa tahu teruk Tiara kena nanti," ujar Taqim.

Puan Nisah hanya pasrah sahaja. Tidak tahu nak cakap apa lagi. Dia berharap yang Encik Taufiq tidak tahu hal ini daripada sesiapa.

Puan Nisah melihat video itu semula. Matanya membulat besar apabila dia melihat lelaki yang disiram dengan air oleh Fahrin. Kenapa dia boleh tak perasan pulak?

"Haider Luqman ke ni? Ya Allah malunya aku kalau Aisyah tahu ni," bisik hati Puan Nisah.

****

Tiara membaling barang yang berada disekelilingnya.

"Kenapa semua nak salahkan aku? Disebabkan kau Haider aku kena macam ni. Kenapa kau tak mampus je ikut bapak kau tu!" Makin kuat suara Tiara menangis dengan rambutnya yang serabai itu.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now