Bab 50

374 27 6
                                    

Haider masuk ke dalam rumah mertuanya apabila pintu sudah buka dari dalam. Dia melihat Puan Nisah berada di hadapan pintu.

"Tiara ada dekat atas. Dari semalam tak keluar bilik," kata Puan Nisah dengan nada risau.

Haider mengangguk perlahan seraya tersenyum nipis. Dia bersyukur apabila Thariz memberitahu kepadanya bahawa Tiara berada di rumah mertua.

"Mama risau dengan Tiara." Ibu mana yang tidak merisaukan keadaan anaknya. Tiara langsung tidak keluar makan dari semalam.

"Tak apa mama. Biar Haider yang selesaikan semua ni. Lagi pun ni salah Haider," kata Haider sambil memandang ke arah atas.

"Dalam hal ni tiada siapa yang salah. Selesaikan baik-baik." Sampuk Encik Taufiq.

"Baik papa. Haider naik atas dulu." Haider terus melangkah naik ke atas untuk berjumpa dengan Tiara.

Haider mengetuk perlahan pintu bilik Tiara. Dia tidak boleh buka pintu ini kerana Tiara kunci dari dalam.

"Sayang, abang ni." Haider mengetuk pintu itu tanpa henti berharap Tiara akan buka.

"Balik Haider," kata Tiara dari dalam.

"Abang tak akan balik selagi Tiara tak buka pintu ni." Tegas Haider bersuara.

Dari dalam bilik, Tiara memejamkan matanya dengan erat. Setitis demi setitis air mata yang ditahan dari tadi mengalir di pipi. Dirinya sekarang mudah sangat menumpahkan air mata.

Tiara melangkah ke arah pintu bilik. Dia memegang tombol pintu itu. Dia ingin membuka pintu bilik tetapi seakan ada benda yang menghalang. Jujur, dia rindukan Haider tapi ego menguasai diri.

"Aku dah tak perlukan kau dalam hidup aku Haider." Tanpa sedar Tiara mengeluarkan kata-kata yang mampu mengguris hati Haider.

Haider tergamam mendengarkan bait kata itu. Hatinya bagai disiat-siat dengan pisau yang tajam. Tapi pisau itu dari mulut isterinya sendiri.

"Abang dah tahu semuanya pasal arwah Talita. Ibu dah cerita. Abang minta maaf Tiara." Haider tersandar lemah di hadapan pintu itu.

"Lepas tu? Kau gembira bila dapat tahu yang sebenarnya bapak kau dah bunuh kakak aku? Atau lagi tepat kau pun terlibat sekali dalam hal ni?" Sarkastik Tiara menyoal.

Haider mengetap bibirnya cuba menahan air mata yang bertakung itu. Dia teringatkan apa yang diceritakan oleh ibunya.

"Tiara, masa tu umur abang masih mentah. Abang tak tahu nak buat apa," kata Haider.

"Tapi kau boleh bagi tahu dekat polis yang bapak kau dah bunuh kakak aku! Tapi kenapa kau diam Haider?" Suara Tiara mula kuat dari dalam.

"Abang cuba Tiara untuk bagi tahu dekat polis. Tapi sayang tahu kan kehidupan abang tak sama macam orang lain? Abang dipaksa tutup mulut demi keselamatan ibu dan yang paksa abang adalah arwah nenek abang sendiri," kata Haider dengan nada perit.

Tiara meraup wajahnya dengan kasar. Dia tidak boleh salahkan Haider seratus peratus kerana masa pembunuhan kakaknya mereka berdua masih di bangku sekolah.

"Abang minta maaf dekat Tiara. Kalau Tiara masih benci dekat abang, masih berdendam dekat abang, teruskanlah. Sampai rasa benci dan dendam Tiara tu hilang. Tapi..." Haider tidak mampu untuk menghabiskan ayatnya. Dia ragu-ragu dengan keputusannya sekarang ini.

Tiara berasa berdebar apabila Haider tiba-tiba sahaja diam.

"Tapi, andai kata perpisahan menjadi takdir kita berdua. Abang redha sayang." Air mata yang ditahan dari tadi terus mengalir di wajah Haider.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now