Bab 28

426 17 3
                                    

"Tiara, sini jap." Panggil Haider yang sedang memegang besen kecil berisi ais.

"Nak buat apa?" Soal Tiara malas.

"Sinilah." Panggil Haider lagi.

Tiara terus pergi ke arah Haider yang sedang duduk di atas sofa dengan keadaan yang sangat malas.

"Kau nak buat apa ni?" Soal Tiara bila dia melihat Haider membalut ais dengan kain kecil.

"Nak sapu kat pipi awak," kata Haider.

"Tak payahlah." Tolak Tiara kerana dia tak nak terhutang budi dengan Haider.

Haider buat-buat tidak tahu sahaja. Dia terus meletakkan kain tu ke muka Tiara.

"Sejuk lah!" Tiara menolak tangan Haider supaya kain itu jauh dari mukanya.

"Memang lah sejuk dah kain ni abang letak ais lain lah kalau abang letak ketulan api," sinis Haider.

"Aku buat sendiri." Tiara ingin mengambil kain itu di tangan Haider tapi Haider sempat menghalang Tiara.

"No! Biar abang yang buat sendiri. Tiara duduk diam je," kata Haider. Dia sambung kembali sapu kain itu ke muka Tiara.

Muka Tiara berkerut menahan sakit dan sejuk pada waktu yang sama. Tidak sangka tamparan yang diberi oleh Encik Taufiq memberi kesan sehingga pipinya rasa sakit bila disentuh dan kemerahan masih belum hilang dari semalam.

"Tahan sikit." Haider tekun menyapu kain itu di pipi merah Tiara. Kalau dia datang awal semalam, pasti Tiara tidak akan ditampar oleh Encik Taufiq

"Perlahan lah sikit," kata Tiara.

"Dah perlahan ni Tiara." Haider menyapu kain itu di muka Tiara dengan berhati-hati.

"Haider, tolong jangan baik sangat dengan aku." Tiara tidak suka bila Haider terlalu baik dengan dirinya. Dia takut rasa sayang itu akan timbul semula apabila dengan Haider.

"Kenapa? Takut jatuh cinta dengan abang ke?" Soal Haider seraya tersenyum nakal.

"Ergh, tiada makna aku nak jatuh cinta dengan kau. Lambat lagi!" Tiara menjeling sekilas dan terus memandang ke arah lain. Tidak mahu bertentangan mata dengan Haider.

Jatuh cinta? Mungkin tidak untuk Tiara tapi rasa sayang itu mungkin muncul jika Haider melayan dia seperti ini lagi. Dia kena cepat berfikir untuk Haider bencikan dirinya.

"Salah ke abang nak berbuat baik dengan isteri sendiri?" Soal Haider.

"Salah." Sepatah Tiara menjawab membuatkan kening Haider terangkat.

"Kenapa?"

"Sebab aku selalu buat jahat dekat kau. Tak pernah sehari aku layan kau dengan baik," jawab Tiara.

"Abang tak kisah sangat pasal tu. Nak kata terasa, tipu lah kalau abang kata abang tak terasa dengan perbuatan Tiara. Tapi nak buat macam mana kan? Rasa benci Tiara dekat abang terlalu tinggi sampai tiada rasa sayang sedikit pun dekat abang." Haider tersenyum kelat, tidak tahu mengapa ayatnya menusuk ke dalam hati.

"Itu sebab aku tak nak kau bersama dengan aku dah. Aku dah buat banyak orang terasa dan kecewa disebabkan perangai aku. Lepaskan aku Haider. Cari kebahagiaan yang kau impikan selama ini." Tiara mengeluh perlahan. Tidak faham kenapa Haider tetap nak bersama dengannya.

"Buat apa abang nak cari kebahagiaan? Sedangkan bahagia abang sudah berada di depan mata," jawab Haider jujur.

"Kau bahagia dengan aku?" Pelik Tiara dibuatnya. Ramai orang sedih dan kecewa bila dengan dia, tapi Haider? Boleh pula kata bahagia. Sangat tidak masuk akal.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now