Bab 48

271 21 3
                                    

Haider turun daripada keretanya lepas sahaja dia meletakkan kenderaannya di tempat yang khas untuk ceo. Dia melangkah masuk ke bangunan gah itu. Dahinya berkerut apabila melihat orang ramai berkerumun di hadapan pintu masuk bangunan itu.

"Haider!" Sapa seseorang dari belakang

Haider terus menoleh ke belakang dan mengangkat alis keningnya apabila Danish menegurnya.

"Asal ramai kat depan tu?" Soal Danial.

Haider hanya menjongketkan bahunya. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa hari ini tiba-tiba sahaja ramai orang.

"Eh tu bukan pihak wartawan ke?" Soal Danish apabila dia perasan orang disitu sedang memegang kamera.

"Kenapa pula tiba-tiba wartawan nak datang?" Soal Haider dengan nada pelik.

"Tak akan dia orang dah tahu pasal Haira Karisma." Syak Danish dengan rasa risau.

"Ish tak akan lah dia orang dapat tahu. Dia orang tak akan tahu kalau tiada sesiapa yang bocorkan semua rahsia." Danial menjeling sekilas ke arah adiknya. Itu pun tidak boleh fikir.

"Aku teka je," kata Danish.

Haider malas mahu berdiri lama di tengah panas. Dia terus melangkah masuk ke bangunan gah itu.

Danial dan Danish hanya mengekori Haider dari belakang.

Pihak wartawan yang baru sedar kedatangan Haider, mereka terus melangkah laju ke arah Haider yang sedang berjalan.

"Asal macam lipas kudung dia orang ni?" Perli Danial apabila melihat pihak wartawan semua datang ke arah Haider.

"Adakah tuan ialah Haider Luqman bin Hafiz Arfan?" Soal wartawan itu dari pihak TV3.

Haider hanya mengangguk dengan wajah tegangnya.

"Betul ke tuan ni anak kandung kepada ceo Haffan Bitara Holding?" Soal salah seorang wartawan yang berada di situ.

Reaksi mereka bertiga begitu terkejut dengan soalan yang dilontarkan oleh wartawan itu. Haider cukup tergamam dan cepat-cepat dia sorok reaksinya daripada dilihat oleh mereka.

"Ya betul," jawab Haider dengan jujur.

Danial dan Danish membulatkan mata apabila Haider menjawab soalan itu dengan jujur. Gila ke apa si Haider ni.

"Jadi kiranya artikel dekat media sosial semuanya betul?" Soal wartawan itu lagi.

"Betul ke tuan ni adik kepada bekas coo Bintang Angkasa?" Soal wartawan itu dengan penuh rasa ingin tahu. Semua kamera berkelip-kelip mengambil gambar Haider.

"Dah kalau bapak dia Hafiz Arfan sah-sah lah bekas coo tu adik dia. Tu pun tak boleh fikir ke?" Bidas Danial dengan nada dinginnya. Dia rasa semak apabila wartawan asyik menanyakan soalan kepada Haider.

Beberapa wartawan yang berada di situ sudah terdiam dengan apa yang dikatakan oleh Danial.

Danish memberi isyarat mata kepada Haider untuk pergi dari situ. Haider mengundur langkahnya ke belakang dan tangannya ditarik oleh Danial untuk beredar dari semua wartawan itu. Mereka berdua tahu yang Haider sedang tertekan.

"Eh tuan nak pergi mana? Ada beberapa soalan lagi ni tuan!" Jerit wartawan itu.

Mereka semua mengekori langkah Haider tapi sempat ditahan oleh Danish dan security guard.

"Tolong berambus dari sini!" Suara Danish sudah mula naik satu oktaf.

"Tuan kawan kepada Tuan Haider kan? Macam mana Tuan Hafiz dan Tuan Haider boleh berpisah? Berdasarkan artikel yang disebarkan, Tuan Haider dan ibunya kena halau dengan Tuan Hafiz. Betul ke tuan?" Soal wartawan itu kepada Danish yang berada di hadapan mereka. Hanya Danish harapan untuk menjawab soalan mereka.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now