Bab 24

399 22 1
                                    

"Tiara!" Adelyn memanggil Tiara yang mahu masuk ke dalam pejabatnya.

Tiara menoleh ke belakang seraya menjongketkan alis keningnya kepada Adelyn.

"Papa kau nak jumpa," kata Adelyn senada.

"Buat apa dia nak jumpa aku?" Soal Tiara dengan dahi yang berkerut.

"Mana lah aku tau," jawab Adelyn mendatar.

Tiara mengeluh perlahan. Dia malas nak berjumpa dengan Encik Taufiq. Tiara membuka langkah untuk pergi ke pejabat Encik Taufiq.

"Ada apa papa nak jumpa Tiara?" Tiara terus membuka pintu pejabat Encik Taufiq tanpa mengetuk dahulu. Raut wajah dia mula kelihatan pelik kerana Taqim dan Thariz juga berada di sini.

"Mana adab kau?" Soal Taqim.

"Tak payah nak cakap pasal adab dengan aku lah. Kau sendiri pun tiada adab," sinis Tiara menjawab.

"Sudah jangan bergaduh. Tiara duduk sini," kata Encik Taufiq dengan pantas supaya Taqim dan Tiara tidak bergaduh.

Tiara terus mengambil tempat duduk di sebelah Thariz.

"Kenapa Tiara tak setuju untuk projek kali ni bersama dengan Bintang Angkasa dan Megah Jaya?" Soal Encik Taufiq dengan nada yang lembut.

"Projek apa?" Soal Tiara polos.

"Bina rumah dan sekolah untuk anak yatim," jawab Thariz mendatar.

Tiara memutarkan bebola matanya. Dia sudah agak pasti Encik Taufiq akan bangkitkan pasal hal ini.

"Haider ke bagi tahu yang Tiara tak setuju untuk projek ni?" Soal Tiara.

"Bukan Haider tapi ceo Megah Jaya yang beritahu," jawab Encik Taufiq.

"Asal kau nak bantah pasal projek ni? Kau tau kan P.A tak boleh nak buat keputusan sesuka hati tanpa pengetahuan papa," celah Taqim.

"Sebab aku tak nak. Tak boleh ke kita buat projek lain? Banyak lagi benda yang kita boleh buat," rungut Tiara.

"Ada sebab kenapa B.A nak buat projek ni. Lagi pun kita akan dapat keuntungan yang banyak jika setuju Tiara," ujar Encik Taufiq.

"Tiara tetap tak nak papa! Tiada manfaat untuk semua ni," bantah Tiara.

"Siapa ceo sekarang ni? Papa ke kau?" Sarkastik Taqim bertanya.

Thariz bangun dari tempat duduknya untuk keluar. Dia malas nak tengok perangai Tiara yang tidak matang.

"Lantak kamu nak setuju ataupun tidak. Papa sendiri yang akan cakap dengan Haider," kata Encik Taufiq seraya turut keluar dari pejabatnya dan diikuti dengan Taqim.

"Aku akan pastikan kau merana Haider. Kehadiran kau dalam hidup aku membuatkan aku tak tenang," ujar Tiara dengan pandangan yang tajam.


"Setakat ni macam mana hubungan kau dengan Tiara?" Soal Danish kepada Haider yang sedang makan.

"Okay," jawab Haider ringkas.

"Apa yang okay?" Soal Danish lagi.

"Okay je hubungan kita orang berdua," kata Haider seraya menyuapkan makanan di dalam mulutnya.

"Ye ke? Semalam aku tengok Tiara macam tak puas hati je bila kau asyik bidas apa yang dia bantah," celah Danial yang hanya diam dari tadi.

"Bukan macam tapi dia memang tak puas hati," ujar Danish pula.

"Biasalah tu bila benda tu dia tak suka memang dia tak puas hati," jawab Haider dan tersenyum nipis kepada mereka berdua.

"Kau memang betul cinta kan dia ke?" Soal Danial dengan nada serius.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now