Bab 44

343 26 1
                                    

Encik Hafiz sudah sampai di perkarangan rumah bekas isterinya. Dia berasa berat hati untuk berjumpa dengan bekas isterinya. Tapi hal ini berkaitan dengan Haider.

"Assalamualaikum." Encik Hafiz mengetuk perlahan pintu rumah itu. Dia kuatkan hatinya untuk berjumpa dengan bekas isterinya.

"Waalaikumussalam." Pintu rumah dibuka dari dalam. Terpampang figura Puan Aisyah di hadapan pintu.

Puan Aisyah kelihatan terkejut apabila yang datang ke rumahnya adalah bekas suaminya sendiri. Setelah bertahun-tahun mereka tidak berjumpa, tapi harini takdir menemukan mereka semula.

"Awak buat apa kat sini? Saya tiada masa nak jumpa awak." Puan Aisyah masih bernada lembut dengan Encik Hafiz walaupun dalam hatinya berdegup kencang.

"Saya nak cakap tentang Haider," kata Encik Hafiz.

Puan Aisyah tertawa kecil mendengarkan itu.

"Baru sekarang awak nak cakap pasal ni?" Soal Puan Aisyah dengan penuh sarkastik.

"Aisyah please. Benda ni penting. Tolong izinkan saya masuk ke dalam. Saya tak nak jiran nampak," pinta Encik Hafiz dengan berani sebab dia tahu Aisyah bukan keseorangan.

Puan Aisyah hanya mengangguk. Dia juga tidak mahu jiran nampak kehadiran lelaki lain yang datang ke rumahnya.

"Ini anak awak?" Soal Encik Hafiz apabila dia melihat seorang perempuan yang berada di sebelah Puan Aisyah.

"Ya." Sepatah Puan Aisyah menjawab.

"Ibu, Farhani pergi buat air jap," kata Farhani.

"Tak perlu. Tetamu yang tak diundang tak payah nak buatkan air. Duduk je sebelah ibu." Larang Puan Aisyah.

Encik Hafiz hanya tersenyum nipis.

"Tak apa Farhani, papa..." Tidak sempat Encik Hafiz ingin menghabiskan ayatnya terus dipotong oleh Farhani.

"Saya bukan anak uncle." Perkataan uncle itu ditekan dengan kuat.

"Maafkan uncle. Farhani tak payah buat air, uncle sekejap sahaja kat sini." Encik Hafiz sedar dia sudah terlanjur kata.

"Awak nak cakap pasal Haider kan? Pasal apa? Saya tak nak awak lama-lama dekat sini," kata Puan Aisyah.

Encik Hafiz menghembuskan nafasnya perlahan.

"Saya jumpa Haider," kata Encik Hafiz.

Puan Aisyah merenung tajam ke arah bekas suaminya.

"Saya nak dia balik dan duduk dengan saya buat sementara waktu untuk kami berdua selesa semula," sambung Encik Hafiz.

Puan Aisyah tertawa kecil. Berasa geli hati pula dia mendengarkan itu.

"Awak dah buang dia macam sampah lepas tu awak nak ambil dia balik? Saya takkan benarkan Haider duduk dengan awak!" Tegas Puan Aisyah.

"Saya ayah kandung dia Aisyah," kata Encik Hafiz untuk menyedarkan bekas isterinya.

"Baru sekarang awak nak mengaku dia anak awak? Kenapa bukan dari dulu awak mengaku? Untuk pengetahuan awak, Haider tu dah berkahwin! Haider takkan duduk dengan awak walaupun awak paksa dia macam mana sekalipun Hafiz." Puan Aisyah langsung tidak memberi ruang untuk Encik Hafiz duduk dengan Haider semula. Dia takut benda yang sama berlaku semula.

"Saya tahu dia dah berkahwin. Saya cuma nak duduk dengan dia tiga hari je Aisyah. Tak lama pun," pujuk Encik Hafiz lagi.

"Dalam masa tiga hari macam-macam awak boleh buat dekat Haider! Awak jangan ingat saya lupa apa yang awak buat dekat Haider! Kenapa baru sekarang awak baru nak anggap Haider tu anak awak? Bukan dulu awak benci dekat dia ke?" Soal Puan Aisyah dengan nada sinis.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now