Bab 8

378 18 0
                                    

Tiara menghempas kuat pintu kereta Fahrin setelah dia masuk ke dalam kereta.

"You gila ke?" Jerit Fahrin. Kalau rosak pintu kereta dia bukannya Tiara yang nak bayar.

"You tu yang gila! Yang pergi siram air kat lelaki tu kenapa?" Tiara mula naikkan suaranya kepada Fahrin.

"You nak backup dia kenapa?" Fahrin geram dengan Tiara yang cuba mencari kesalahannya sahaja.

"Ada I kata I backup dia ke? I tak nak you kena pergi balai. Ada yang rakam tadi!" Tiara sudah mula hilang sabar dengan Fahrin. Dia nak backup Haider? Lambat lagi.

"I pernah cakap dekat you, kalau I jumpa lelaki tu memang I akan balas balik kesalahan dia terhadap you," ujar Fahrin.

"Tapi janganlah dekat tempat yang ramai orang," Tiara mengeluh perlahan. Dia tak dapat bayangkan kalau ada orang yang sebarkan video itu dekat media sosial.

"You tak habis-habis nak cari salah I," Fahrin mendengus kasar dengan sikap Tiara.

"I tak cari salah you. Tapi betul kan apa yang I cakap?" Soal Tiara.

"Ye lah. You je yang betul, I yang salah," Fahrin mengalah dengan Tiara. Kalau dua-dua nak menang, takut mereka bergaduh pulak.

"By the way, apa maksud lelaki tadi tu? You buang tudung yang dia bagi? Bila masa you jumpa dia?" Bertalu-talu soalan Fahrin yang baru sahaja dia teringat dengan ayat yang dilontarkan oleh Haider tadi.

"Isnin hari tu. Dia lah client yang I kena berjumpa," Tiara terpaksa menjawab. Kenapa Fahrin boleh ingat pulak.

"Dia bagi you tudung ke?"

"Ye."

"You buang?"

"Ye sayang," jawab Tiara dengan suara manja.

"Good," Fahrin tersenyum lebar lalu dia mengusap kepala Tiara.

Kereta Fahrin telah keluar dari tempat parking kfc setelah masalah ini selesai. Dia takut kalau dia pandu kereta dengan keadaan mereka bergaduh menyebabkan kemalangan.


"Bro, kau okay ke?" Soal Danial kepada Haider yang sedang duduk dalam kereta Subarunya

Haider keluar dari kereta itu, dia pergi ke kerusi yang disediakan. Tidak sopan pulak kalau dia berada didalam kereta manakala Danial dan Danish berada diluar untuk bersembang dengannya.

"Okay je," jawab Haider. Dia berasa syukur kerana Danial membawa baju lebih untuk dipakai. Kemeja birunya itu sudah basah dengan air yang disiram oleh Fahrin.

Habis semua pekerja di pejabat memandang Haider dengan pelik kerana tiba-tiba memakai baju jersey. Nasib baik waktu kerja hampir tamat.

"Jantan tu memang takde akal ke? Tiba-tiba nak serang Haider. Yang kau pun satu, diam je dah kenapa?" Danish mula memarahi Haider. Dia berasa tidak puas hati kenapa Haider langsung tak marah si Fahrin tu.

Kalau Danish berada ditempat Haider, memang haritu juga Fahrin jadi arwah.

"Diam lebih baik dari bertengkar dengan orang yang tiada akal," sinis Haider menjawab.

"Kau tak habis-habis nak perli aku," Danish mula sentap dengan ayat Haider. Dia kata aku takde akal juga ke?

"Aku tak sebut nama kau pun. Yang kau panas kenapa?" Haider pelik dengan Danish yang sudah sentap dengan ayatnya tadi.

Danish terdiam. Betul juga apa yang Haider cakap. Haider tak sebut nama dia pun.

"Tiara buang tudung yang kau belikan ke?" Danial mula bersuara lepas dia melihat drama mereka.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now