Bab 56

140 15 1
                                    

Suasana di perkarangan rumah Puan Nisah hening. Orang ramai mula duduk mengelilingi Encik Taufiq sebaik sahaja jenazah tiba. Mereka semua membaca Yasin yang diketuai oleh Haider.

Tiara mengangkat wajahnya untuk melihat Haider yang berada di hadapannya. Air matanya tidak berhenti mengalir sejak semalam.

Haider yang menyedari dirinya diperhatikan oleh seseorang segera mengangkat wajahnya. Hatinya terasa sesak apabila melihat Tiara menangis sambil memandangnya. Dia ingin memeluk wanita itu untuk memberi sedikit kekuatan yang ada. Haider mengukir senyuman nipis kepada Tiara.

Dia terpaku dengan kecantikan Tiara yang sedang bertudung itu. Dia teringat saat pertama kali dia bertemu dengan Tiara yang begitu manis bertudung.

Tiara bergerak perlahan ke arah jenazah Encik Taufiq. Dia mencium lama dahi ayahnya buat kali terakhir. Dengan sedaya upaya, dia menahan air matanya daripada terus mengalir.

"Tenangnya mama," bisik hati Tiara apabila melihat Puan Nisah yang kini mengambil tempat di sebelah jenazah Encik Taufiq. Kali terakhir dia melihat Puan Nisah menangis ketika di hospital.

Jenazah Encik Taufiq diangkat beramai-ramai untuk bawa ke masjid. Dia melihat Haider yang banyak bantu uruskan semuanya.

"Tiara." Tegur seseorang dari belakang.

"Ibu..." Tiara mengemam bibirnya melihat Puan Aisyah yang berada di hadapannya sekarang ini.

Puan Aisyah terus memeluk menantunya dengan erat. Tidak semena-mena air Tiara menyembah bumi sekali lagi. Dia benar-benar letih untuk menangis tapi entah kenapa dia berasa sakit untuk hadapi sekarang walhal Puan Nisah kelihatan tenang sahaja.

"Tiara kuatkan?" Kata Puan Aisyah dengan perlahan sambil mengusap lembut belakang badan Tiara.

Tiara menggeleng kepalanya perlahan. Dia tidak kuat. Rasa sakit ini kembali lagi.

Puan Aisyah mengelap air mata menantunya itu dengan penuh kasih sayang. Dia faham apa yang Tiara rasa sekarang ini. Dia juga pernah rasa kehilangan.

"Tiara, kena redha tau. Papa dah kembali ke pangkuan Allah. Dia dah pergi tempat yang indah." Pujuk Puan Aisyah.

Tiara menutup matanya rapat-rapat, cuba untuk menahan air matanya daripada terus mengalir. Namun, rasa kehilangan itu terlalu sakit untuk ditanggung. Perlahan-lahan, dia bersuara dengan suara yang serak.

"Tapi, ibu... rasa ni terlalu sakit. Tiara tak tahu macam mana nak hadapi semuanya. Tiara hilang orang yang Tiara sayang sekali lagi."

Puan Aisyah menghela nafas panjang. Dia menarik Tiara lebih dekat, memberikan sokongan yang hanya seorang ibu mampu berikan.

"Tiara, rasa sakit ni memang takkan hilang sekelip mata. Tapi, percayalah... masa akan mengubati. Papa mungkin sudah tiada, tapi kenangan dengan dia akan sentiasa hidup dalam hati Tiara." Puan Aisyah tersenyum kecil, penuh kasih sayang.

Tiara memandang Puan Aisyah, mencari kekuatan dalam kata-kata itu. Walaupun hatinya masih terasa kosong, dia tahu apa yang dikatakan oleh ibu mertuanya itu benar.

"Terima kasih, ibu. Tiara akan cuba kuatkan diri," kata Tiara dengan nada sayu.

Puan Aisyah mengangguk, mengusap lembut kepala menantunya.

"Jom kita pergi dekat mama. Mama pun perlukan kekuatan dari Tiara." Puan Aisyah menarik tangan Tiara untuk mendekati Puan Nisah yang sedang berdiri di hadapan pintu, memandang ke arah luar dengan wajah yang penuh tenang namun dalam hati hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Tiara mengikuti langkah ibu mertuanya dengan hati yang berat. Langkah kakinya terasa seolah-olah dibebani oleh kesedihan yang mendalam. Saat mereka tiba di hadapan Puan Nisah, Tiara melihat ibu mertuanya itu seakan terdiam dalam dunianya sendiri.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now