Bab 57

167 14 2
                                    

Sudah seminggu berlalu sejak pemergian Encik Taufiq. Kini, Tiara mula redha dengan keadaan dan menjalani kehidupannya dengan lebih tenang.

Tiara telah memutuskan untuk tinggal bersama Puan Nisah dalam beberapa bulan sehingga keadaan kembali baik. Walaupun Puan Nisah melarangnya, Tiara tetap dengan pendiriannya.

Lagipun, ini adalah cadangan daripada Haider kerana mereka merasakan bahawa sesuatu yang buruk mungkin berlaku jika Haider tidak dapat menemui siapa dalang di sebalik semua ini.

Tiara mula bersiap untuk mengikuti Haider pergi ke kerja. Entah kenapa tiba-tiba dia ingin mengikuti Haider dan satu berita gembira, hubungannya dengan Haider semakin lama semakin baik. Tidak macam dulu lagi.

"Dah siap?" Soal Haider yang baru sahaja masuk ke dalam bilik.

"Dah." Tiara mengambil beg tangannya di atas katil lalu pergi ke arah Haider.

Haider tersenyum kecil. Dia menarik tangan Tiara untuk keluar dari bilik. Mereka mula turun dari bawah dan melihat Puan Nisah dan Thariz berada di meja makan.

"Dah nak pergi ke?" Soal Puan Nisah apabila dia melihat anak menantunya berjalan menghampiri mereka.

"Ya mama. Tapi Tiara nak makan dulu." Tiara mengambil tempat di sebelah Puan Nisah.

"Mana Taqim?" Soal Haider apabila dia menyedari lelaki itu tiada di meja makan.

"Awal pagi dia dah keluar," jawab Thariz lalu menyuap nasi lemak ke dalam mulutnya.

Dahi Haider berkerut seketika. Ke mana lelaki itu?

"Kenapa Tiara tiba-tiba aje nak ikut Haider pergi kerja ni?" Soal Puan Nisah.

"Saja. Nak ambil vibe kerja balik sebelum Tiara masuk kerja," kata Tiara.

"Tiara dah nak masuk kerja balik ke?" Soal Puan Nisah separa terkejut.

"Ya mama. Dah lama Tiara tinggalkan syarikat arwah papa. Rindu pula rasa," kata Tiara. Sebenarnya dia lebih rindu akan arwah papa bukanlah syarikat.

Puan Nisah tersenyum pahit mendengar kata-kata Tiara. "Mama faham. Tapi kalau Tiara belum bersedia, tak apa nak ambil masa lagi."

Tiara menggeleng sambil tersenyum kecil.

"Tak apa, mama. Tiara rasa ini masa yang sesuai untuk Tiara kembali. Lagipun arwah papa pasti nak tengok syarikat terus maju kan?" Tiara sudah nekad untuk kembali bekerja walaupun dia masih belum bersedia untuk pikul tanggungjawab itu.

Haider yang duduk di sebelah Tiara, memegang tangannya dengan lembut.

"Jangan risau, Tiara. Kalau ada apa-apa I'm here. Kita boleh lalui semua ni sama-sama," kata Haider.

"Nampaknya hubungan akak dengan abang makin mesra. Tak macam dulu yang selalu tegang." Thariz memandang mereka berdua dengan senyum lebar.

"Setiap perkara perlukan masa Thariz. Bukan semuanya sempurna dari awal." Haider tersenyum tipis tapi penuh makna.

"Mama gembira tengok kamu berdua semakin rapat. Haider, jagalah Tiara baik-baik." Puan Nisah memandang mereka berdua dengan pandangan penuh harapan.

"Insya-Allah, mama. Tiara sentiasa jadi keutamaan Haider." Haider mengangguk.

Tiara yang berada di sebelah Puan Nisah tersenyum simpul mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut Haider itu. Hatinya sedikit tersentuh.

Selepas selesai makan, Tiara dan Haider bersiap sedia untuk bergerak. Tiara mengambil beg tangannya dan berdiri.

"Mama nanti kita berbual lagi, ya?" Tiara dan Haider menyalami tangan Puan Nisah sebelum mereka keluar dari rumah.

"Hati-hati." Pesan Puan Nisah. Sempat dia mencium dahi anak menantunya itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 19 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now