Bab 11

366 18 0
                                    

"What?! No papa. Tiara tak nak kahwin dengan dia" bantah Tiara. Gila betul nak kahwin dengan Haider. Lelaki itu lah yang paling dia tidak suka.

"Kamu kenal dia?" Tembak Encik Taufiq. Tengok reaksi Tiara macam dia mengenali Haider.

Tiara mati kata. Dia tidak tahu nak jawab apa.

"Papa tanya ni. Kamu kenal dia ke?" Soal Encik Taufiq sekali lagi.

"Ke..nal," tergagap-gagap Tiara menjawab.

"Baguslah kamu kenal. Kenapa tak nak kahwin dengan dia pulak?" Dahi Encik Taufiq berkerut.

"Tiara tak suka dia!" Jawab Tiara dengan jujur. Dah tak suka nak buat macam mana lagi.

"Itu tak penting. Lepas kahwin boleh suka juga kat dia," ujar Encik Taufiq.

"I don't want to marry him papa!" Tiara tidak faham kenapa Encik Taufiq mahu paksa dia berkahwin dengan Haider. Hebat sangat ke si Haider ni?

"Papa bagi dua pilihan dekat kamu. Sama ada semua harta kamu papa ambil termasuklah pangkat coo kamu atau kahwin dengan dia?" Sinis Encik Taufiq. Dia dapat lihat wajah Tiara yang tidak berpuas hati dengan pilihan yang dia beri.

Tiara mendengus geram. Pilihan ini sangat susah baginya. Kalau dia tidak kahwin dengan Haider, habis semua harta dia Encik Taufiq ambil.

"Tiara Sofea," panggil Encik Taufiq. Boleh pulak si Tiara ni termenung.

"Bagi Tiara masa," Tiara masih buntu untuk membuat pilihan yang mana satu.

"Esok papa nak tahu keputusan kamu."

"Baik pa," ringkas Tiara menjawab. Dia berasa masa itu tidak cukup untuk dia buat pilihan yang tepat. Dia naik ke bilik untuk memikirkan hal itu.

"Betul ke keputusan awak nak kahwinkan Tiara dengan Haider?" Soal Puan Nisah apabila Tiara sudah naik ke atas.

"Saya yakin Haider akan ubah Tiara menjadi manusia yang berguna. Haider tu orang baik," jawab Encik Taufiq penuh keyakinan.

"Haider akan terima kakak ke?" Sampuk Thariz.

Semua disitu terdiam apabila Thariz menanyakan soalan itu.

"Pujuk Haider," jawab Taqim. Itu sahaja jawapan yang berada di dalam otaknya.

"Macam mana?" Soal Thariz.

Encik Taufiq dan Taqim memandang ke arah Puan Nisah.

"Kenapa pandang mama?" Puan Nisah sudah naik pelik kenapa mereka tiba-tiba memandangnya.

"Awak sahaja harapan untuk kita semua," ujar Encik Taufiq.

"Ha?" Puan Nisah tidak faham apa maksud yang dikatakan oleh suaminya.

"Mama rapat dengan ibu Haider kan?" Soal Taqim.

"Ye, kenapa?"

"Kenapa mak aku blur semacam je ni?" Bisik hati Thariz. Tiba-tiba sahaja otak Puan Nisah tidak berfungsi. Selalunya dia lah yang paling cepat kalau bab-bab ini.

"Tolong bagi tahu hal ni dekat Aisyah,"  Encik Taufiq memandang Puan Nisah dengan penuh harapan. Dia harap sangat isterinya dapat membantu untuk selesaikan hal ini.

"Haih, saya risau dia tak nak je," Puan Nisah baru faham apa yang dikatakan oleh Encik Taufiq.

"Pujuk sampai dapat. Awak juga kata haritu teringin nak jadikan Haider menantu awak. Inilah masanya. Kita kena tutup aib keluarga kita Nisah." tegas Encik Taufiq bersuara.

"Tapi tak kan dengan cara ni?" Puan Nisah sudah risau jika pihak sana tidak bersetuju. Memang lah dia nak jadikan Haider menantunya, tapi dengan cara yang baik bukan dengan cara semata-mata untuk tutup aib keluarga mereka.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now