Bab 7

419 19 0
                                    

Haider sudah mula bekerja di bawah syarikat Bintang Angkasa selepas dipanggil oleh pak sedaranya. Dia terus masuk ke dalam pejabat itu. Ramai pekerja-pekerja yang memandang Haider dengan pelik.

Haider hanya memberi senyuman kepada mereka walaupun dia berasa janggal. Dia terus masuk ke dalam pejabat yang dikhaskan untuknya.

Dia terkejut apabila melihat Danial dan Danish berada dalam pejabatnya.

"Korang berdua buat apa kat sini?" Soal Haider kepada mereka berdua yang sedang bermain telefon.

"Tengah main bola," Danish sudah mula mengarut di pagi hari.

"Kau buat apa kat sini?" Soal Haider yang dituju kepada Danial. Malas dia mahu melayan Danish.

"Tengah main badminton," Danial selamba menjawab.

"Ha eloklah korang jadi kembar. Dua-dua otak senget," geram Haider dengan mereka berdua. Ingatkan Danial memberi jawapan yang munasabah tetapi tidak, sama sahaja dengan adiknya.

Mereka berdua hanya gelak melihat wajah masam Haider.

"Kita orang kerja kat sini," ujar Danial. Kesian dia melihat Haider yang terpaksa melayan karenah mereka berdua.

"Serious lah?" Soal Haider tidak percaya. Kenapa dia tidak pernah tahu pun?

"Ya," jawab mereka berdua serentak.

"Korang kerja bahagian mana?"

"PA kau."

"PA aku? Persenol assistant?" Soal Haider.

"Ye Haider Luqman," Danial menjadi PA Haider kerana dia tahu yang Haider akan berasa tidak selesa kalau perempuan yang menjadi PA dia.

"Kau kerja bahagian mana pulak kat sini?" Soal Haider kepada Danish yang sedang bermain telefon tanpa menghiraukan langsung kehadiran dia dalam bilik ni.

"Cleaner."

"Ha baguslah tu. Nanti boleh tolong bersihkan rumah aku sekali cuci tandas," Haider geram dengan jawapan yang diberi oleh Danish. Bila si Danish ni mahu serious?

Terletus tawa Danish. Dia sengaja mahu membuatkan Haider geram kepadanya.

"Kenapa tak pernah bagi tahu aku yang korang kerja kat sini?" Soal Haider.

"Saja nak buat surprise. Terkejut tak?" Soal Danish balik.

"Lebih kepada terkejut," Haider memusingkan bebola matanya. Menyampah dengan Danish. Tak pernah bagi tahu pun yang mereka bekerja disini juga.

Pintu dibuka dari luar dan terpampang wajah Encik Safwan iaitu pak ngah Haider.

"Jom Haider, pak ngah nak kenalkan kamu kepada pekerja-pekerja kat sini," Encik Safwan mengajak Haider keluar dari pejabat itu untuk berkenalan dengan pekerja-pekerja di Bintang Angkasa.

Haider mengekori Encik Safwan diikuti dengan dua beradik itu.

Semua pekerja disitu sudah berkumpul di hadapan pejabat Haider.

"Assalamualaikum semua, harini saya nak kenalkan anak sedara saya iaitu Haider Luqman yang telah menggantikan tempat Encik Fahrin yang dipecat beberapa bulan yang lalu sebagai COO baharu syarikat ini. Saya mempersilakan Haider untuk memberi sepatah dua kata," Encik Safwan mengundur beberapa langkah untuk memberi ruang kepada Haider untuk bercakap.

"Hai assalamualaikum, seperti yang korang tau saya ialah Haider Luqman sebagai COO di syarikat ini. Saya mengharapkan semua dapat memberi kerjasama dan membantu saya dan Encik Safwan untuk memajukan syarikat Bintang Angkasa. Terima kasih," Haider memberikan senyuman manis kepada mereka semua. Bergema pejabat itu dengan tepukan dan sorakan sebagai mengalu-alukan kedatangan Haider sebagai COO baru mereka.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now