Bab 2

948 57 4
                                    

"Awal pulak kau datang, selalu kau lah yang paling lambat," Adelyn yang baru sahaja masuk ke dalam kelab terus menegur Tiara yang sedang bermain telefon.

Tiara meletakkan telefon di dalam beg tangan lalu memandang ke arah Adelyn yang sudah mengambil tempat di sebelahnya.

"Papa aku bebel, sakit telinga aku nak dengar lebih baik aku keluar cepat. Nanti mula lah dia ceramah kan aku macam dia tu sempurna sangat. Boleh bernanah telinga aku," Tiara melepaskan geramnya kepada Adelyn. Hanya Adelyn sahaja yang selalu menjadi tempat melampiaskan semua permasalahannya.

Adelyn hanya mampu gelak. Kalau cakap nanti ada pulak yang tak kena dengan Tiara. Kawannya yang sorang ni bukan boleh, jenis cepat melenting.

"Eh sampai dah korang berdua. Awal pulak you datang Tiara," Fahrin yang baru sahaja sampai di tempat mereka terus mengambil tempat di sebelah kekasihnya, Tiara.

Tiara hanya mampu tersenyum, dia malas nak ulang banyak kali hal yang sama. Cukup Adelyn sahaja yang tahu.

"Aku tengok kau Tiara, waktu pagi bukan main bertutup-litup sampai aku tak kenal siapa kau. Masuk je waktu malam terus keluar kau punya perangai syaitan," Adelyn memandang Tiara atas bawah disebabkan perubahannya yang begitu pelik.

Selalunya orang yang macam Tiara tiadanya mahu bertutup-litup bagai. Ini tidak, waktu pagi sahaja sampai waktu malam terus bertukar macam orang sesat tak jumpa jalan yang benar.

"Kalau bukan disebabkan papa aku yang suruh dah lama aku tak bertudung Lyn. Memang akan aku freehair je dari pagi sampai malam. Maklumlah nak jaga nama keluarga sampai suruhnya aku jadi macam ni, munafik betul," Tiara hanya mengikut sahaja arahan papanya. Kalau tak ikut makin dikongkong hidupnya nanti.

"Kenapa pagi je kena bertudung?" Soal Fahrin yang dari tadi hanya diam memerhati mereka berdua.

"Sebab malam orang tak nampak," Ujar Tiara.

Fahrin hanya mengangguk tanda faham. Malas mahu bertanya lagi.

"Kenapa tak langgar je arahan papa kau tu?" Pertanyaan Adelyn mengundang jelingan maut Tiara.

"Kau gila ke? Memang tak lah aku nak langgar. Serik aku nak buat lagi dah. Seminggu aku kena bebel, seminggu tu juga aku tak boleh keluar rumah."

"Kau pernah langgar ke?" Soal Adelyn tidak percaya.

Tiara hanya mengangkat keningnya sahaja. Mata Adelyn membulat besar kerana tidak percaya yang Tiara pernah melanggar arahan Encik Taufiq. Setahunya Encik Taufiq paling pantang kalau ada orang yang melanggar arahan bait keluarga sendiri. Gerun Adelyn merasa.

"Kau tak habis-habis nak malu kan aku Tiara Sofea! Susah sangat ke kau nak ikut arahan aku?" Suara Encik Taufiq mula meninggi apabila Tiara tidak memberi reaksi ibarat tidak melakukan kesalahan.

"Papa ingat senang ke nak pakai tudung? Panas tau tak? Dengan kena pakai baju longgar, stokin bagai. Tak suka lah!" Bentak Tiara.

"Habis kau ingat neraka tu tak panas ke?" Tengking Encik Taufiq.

Terdiam Tiara apabila Encik Taufiq mula kaitkan neraka dengan hal ini.

"Kenapa diam? Dah tak tau nak cakap apa lagi? Mulai hari ni sampai minggu depan aku tak benarkan kau keluar dari rumah langsung! Sekali kau melangkah keluar dari rumah dalam tempoh seminggu ni memang nahas aku kerjakan," Encik Taufiq terus keluar dari rumah lepas mengeluarkan amaran kepada Tiara.

Dia malas mahu bertengkar dengan Tiara lama-lama. Cakap dengan anaknya itu tiada guna pun ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

"Mama, tolonglah pujuk papa tu. Tak kan Tiara nak terperuk dalam rumah ni seminggu tak buat apa-apa?" Rayu Tiara kepada Puan Nisah yang hanya memerhati sahaja dari tadi.

Puan Nisah tidak berani mahu masuk campur, sekali Encik Taufiq mengamuk memang tak kan ada siapa yang berani melawan hanya Tiara sahaja yang melakukannya.

"Duduk je lah, seminggu je pun bukan setahun," celah Thariz.

Tiara menjeling tajam ke arah adiknya. Cuba dia duduk rumah seminggu tak keluar-keluar pasti akan memberontak juga.

"Betul cakap Thariz, duduk je diam-diam. Kamu nak papa tambah lagi seminggu?" Sinis Puan Nisah lalu dia beredar meninggalkan Tiara dan Thariz yang berada di ruang tamu.

"Hish benci lah!" Jerit Tiara lalu naik ke atas dengan menghentak kakinya kuat-kuat.

Thariz hanya memerhati perangai kakaknya yang mengalahkan budak-budak 6 tahun.

"Seminggu? Lama juga tu kau tak boleh keluar rumah," ujar Adelyn yang lepas mendengar cerita dari Tiara.

"Ye, itu sebab aku malas nak langgar arahan lagi," Tiara memejamkan matanya, hal itu masih tersemat dalam ingatan. Disebabkan hal itu dia tidak menyukai bapanya sendiri.

"Baby, tak payah lah fikir lagi dah pasal hal tu. Jom menari dengan I," Fahrin menghulurkan tangannya kepada Tiara.

Tiara lekas menyambut huluran tangan Fahrin dan memberi senyuman yang manis. Adelyn hanya mengekori mereka berdua dari belakang.


"Bang , bila kau nak kahwin?" Soal Farhani kepada Haider yang sedang menonton tv.

"Aku baru habis belajar dik, bagi lah aku bertenang dulu," kata Haider.

"Adik ada sorang kawan ni, cantik orangnya. Baik pulak tu, sesuai dengan kau bang," Farhani memberi cadangan untuk Haider menjadikan calon isteri.

"Siapa?" Soal Haider.

"Fatihah," jawab Farhani.

"Tak nak," ringkas sahaja jawapan Haider. Dia mengalihkan semula pandangan ke arah tv.

"Habis tu, abang nak Tihani ke?"

"Lagi aku tak nak, dia tu kepoh sangat."

Farhani terus ketawa, betul lah apa yang Haider cakap. Tihani memang kepoh macam makcik bawang.

"Kalau dua-dua Haider tak nak, ibu ada sorang perempuan ni sesuai juga untuk Haider, nak tengok gambar dia tak?" Puan Aisyah mendengar perbualan anak-anaknya sebentar tadi terus dia menyampuk seketika.

Haider tidak menjawab, dia hanya memandang Puan Aisyah yang sibuk mencari gambar perempuan yang disebut oleh ibunya.

"Tiara Sofea, cantik kan?" Soal Puan Aisyah lepas menunjukkan gambar itu kepada kedua-dua anaknya.

Haider terpegun seketika. Namanya sedap di dengar seperti tuannya. Manis sahaja muka dia, nampak kelihatan cantik apabila mengenakan tudung labuh.

"Cantik," gumam Haider perlahan tetapi didengari oleh Farhani.

"Amboi bang, dah jatuh cinta ke? Jarang nak dengar kau puji perempuan," sakat Farhani dan menolak-nolak bahu Haider.

Haider buat tak tahu sahaja. Malas mahu melayan.

"Siapa Tiara?" Soal Haider.

"Anak kawan baik ibu."

"Adik setuju kalau dia jadi kakak ipar," ujar Farhani begitu semangat. Andai abangnya berkahwin dengan Tiara, dia lah yang paling bahagia sekali.

"Apa pulak sampai ke situ, orang tak kenal lagi dia macam mana," geram Haider dengan adiknya. Belum apa lagi tiba-tiba kakak ipar pulak.

Puan Aisyah hanya tersenyum melihat reaksi Haider. Dia mendoakan supaya mereka berdua ditemukan jodoh. Sudah lama dia mahu ingin kan semua ni.

***

Happy reading❤️ Don't forget to vote !!

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now