Bab 6

401 21 0
                                    

"Nak pergi mana Haider?" Soal Puan Aisyah kepada Haider yang sedang memakai kasut.

"Nak jumpa orang jap ibu, untuk persetujuan bersama dengan syarikat kita," Balas Haider.

"Itu bukan kerja pembantu pak ngah ke?" Soal Puan Aisyah semula.

"Dia cuti ibu. Pak ngah arah kan Haider untuk selesaikan semua ni. Haider pergi dulu ibu," ujar Haider dan meminta diri untuk pergi. Takut terlambat pula nanti. Dia lekas salam ibunya sebelum pergi.

"Hati-hati," pesan Puan Aisyah.

Haider memberikan senyuman manis untuk Puan Aisyah. Dia terus masuk ke dalam kereta.


"Mana dia ni. Lambat betul," rungut Tiara.

Tiara memandang kiri kanan di dalam cafe itu untuk mencari kelibat client yang mahu dijumpai. Tapi sayang, tiada sorang pun yang dia jumpai.

"Minta maaf saya lambat," Haider mengambil tempat di hadapan Tiara. Dia tidak perasan perempuan yang berada di depannya adalah Tiara.

Tiara yang agak kenal dengan suara itu terus mengangkat mukanya.

"Tiara?" Haider begitu terkejut apabila perempuan yang di hadapannya adalah Tiara. Dia salah tempat duduk ke? Tetapi setahunya ini lah nombor meja yang diberitahu oleh pembantu pak sedaranya.

"Macam mana awak tahu nama saya?" Dahi Tiara berkerut pelik. Dia tidak kenal kan diri lagi, macam mana Haider mengenalinya?

Haider yang sedar atas keterlanjuran terus garu kepala yang tidak gatal.

"Ha? Err pak sedara saya yang bagitau nama awak," Haider memberi alasan supaya tidak terkantoi.

"Pak sedara?"

"Ye. Pak sedara saya adalah ceo syarikat Bintang Angkasa," jelas Haider.

Tiara hanya mengangguk tanda faham.

"Kenapa perlu jumpa mamat ni pulak? Papa sengaja nak kena kan aku ke?" Bisik Tiara dalam hati. Tiara tidak berpuas hati kerana perlu berjumpa dengan Haider sekali lagi.

"Eh jom kita mula kan perbincangan ni," Haider tahu yang Tiara tidak menyukai untuk berjumpa dengannya kerana raut wajah Tiara memang menunjukkan dia tidak suka. Lalu mereka memulakan perbincangan itu.

Setengah jam berlalu...

Mereka sudah selesai perbincangan untuk bekerjasama dengan syarikat Bintang Angkasa. Haider tidak banyak cakap, dia terus bersetuju untuk bekerjasama dengan syarikat papa Tiara.

"Dah tiada apa-apa kan? Saya gerak dulu," Tiara mahu cepat pergi dari situ. Dia malas nak duduk lama-lama dengan Haider.

"Eh sekejap. Awak duduk dulu, saya nak bagi something kat awak," Haider menahan Tiara yang baru sahaja bangun dari tempat duduk.

Tiara berkerut dahi. Dia hanya akur sahaja dan duduk semula di tempatnya.

Melihat Tiara yang duduk semula itu, Haider terus keluar dari cafe dan pergi ke keretanya untuk mengambil barang.

"Nasib baik aku terdetik nak simpan barang ni dalam kereta," Haider mengambil barang itu di seat belakang keretanya.

Haider terus masuk ke dalam cafe. Takut kalau Tiara tidak berada di dalam cafe itu.

Tiara hanya memandang Haider yang sudah kembali masuk ke dalam cafe.

"Mamat ni bawa apa pulak?" Kata Tiara yang ternampak paper bag yang dipegang oleh Haider. Mungkin itu 'something' yang dikatakan oleh Haider.

"Nah untuk awak," Haider menghulurkan paper bag itu kepada Tiara yang sedang memandangnya.

"Apa ni?" Soal Tiara yang hanya memandang paper bag itu. Tidak rasa mahu mengambil.

"Tudung," jawab Haider.

"Tudung? Untuk apa?" Soal Tiara semula.

"Haritu kan saya terlanggar awak sampai air tumpah dekat tudung. Ni saya ganti semula. Nah ambil lah," Haider cuba mengingatkan Tiara insiden yang berlaku haritu. Cepat betul lupa.

Tiara hanya mengambil paper bag itu.

"Terima kasih," ucap Tiara dengan keadaan yang terpaksa.

"Sama-sama," balas Haider dengan senyuman yang lebar kerana Tiara menerima tudung itu.

Haider mengambil telefonnya yang berdering di dalam poket seluarnya.

"Saya pergi dulu ye," ujar Haider. Dia terus keluar dari cafe itu untuk menjawab panggilan ibunya.

Tiara hanya memandang sahaja Haider yang telah hilang dari pandangannya. Dia membuka paper bag itu dan mengambil tudung di dalamnya.

"Cantik, tapi sayang aku tak kan pakai pemberian kau," gumam Tiara perlahan.

Tiara bangun dari tempat duduknya untuk keluar dari cafe itu. Nasib baik Haider telah membayar pesanan mereka.

Tiara ternampak tong sampah yang berasa di hadapan cafe itu. Hatinya terdetik mahu membuang tudung yang diberi oleh Haider.

Tiara mengorak langkah ke tong sampah itu. Dia memandang kiri kanan supaya Haider betul-betul tiada disitu. Tiara terus membuang tudung itu dalam tong sampah.

"Puas hati aku. Ingat aku nak sangat ke tudung ni?" Tiara tersenyum sinis dan terus pergi ke keretanya.

Haider yang baru sahaja keluar dari kedai sebelah cafe ternampak Tiara yang membuang tudung itu.

"Sampai hati awak buang pemberian saya Tiara," gumam Haider perlahan. Dia terkilan dengan perbuatan Tiara. Kalau tidak mahu sekali pun jangan lah buang, dia boleh berikan kepada orang lain.


"Dah bagi ke tudung tu kat Tiara?" Soal Danish. Dia dan Danial tahu kerana Haider mesej di dalam group mereka yang dia berjumpa dengan Tiara.

"Dah," ringkas Haider menjawab.

"Lepastu dia buat apa?" Soal Danial.

"Dia terkejut. Nasib baik dia ambil tudung tu," jawab Haider.

"Dia happy tak?" Soal Danial semula.

"Happy. Dia tak sangka yang aku betul-betul tebus kesalahan," tipu Haider. Dia tidak mahu mereka berdua memarahi Tiara.

"Kau okey ke tak? Muka masam je," Danish pelik dengan tingkah laku Haider. Dia tidak nampak langsung raut wajah gembira Haider.

"Aku okey je," Haider tersenyum nipis. Dia tidak mahu mereka syak apa-apa.

"Aku tahu kau tak okey bro," bisik Danial di dalam hati. Dia yakin yang Haider tidak berapa okey. Dia kenal Haider bukan semalam.

"First time aku tengok kau bagi hadiah dekat perempuan," ujar Danish.

"Itu pun sebab aku nak tebus kesalahan je," Jawab Haider.

Sebenarnya dia sungguh menyesal beri tudung itu dekat Tiara. Membazir duit sahaja kerana Tiara membuang pemberiannya. Dia masih terkilan dengan perbuatan Tiara.

Kalau dia tahu Tiara bersikap seperti itu, dia tidak akan terhegeh-hegeh mahu membeli tudung itu untuk tebus kesalahannya. Tiara ibarat kera mendapat bunga.

***

Happy reading❤️ Don't forget to vote !!

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now