Bab 19

399 17 2
                                    

Haider terjaga dari tidurnya apabila terdengar bunyi azan di telefonnya menandakan waktu subuh telah tiba. Dia melihat Tiara yang sedang nyenyak tidur di atas katil.

"Kau tidur kat atas sofa tu," arah Tiara kepada Haider.

"Kalau saya tak nak?" Soal Haider. Sengaja dia mahu menguji kesabaran Tiara.

"Atau kau nak tidur bilik sebelah?" Tiara memandang Haider dengan tajam. Bagi betis nak peha.

"Kalau saya tak nak juga?" Haider sudah tersenyum nakal apabila melihat Tiara memandang tajam kepadanya.

"Kau sebenarnya nak apa Haider Luqman?" Tiara sudah mula menyampah dengan perangai Haider.

"Saya nak awak Tiara Sofea," kata Haider dengan romantis.

"Tapi aku tak nak kau!" Tiara mengetap giginya kerana geram dengan Haider.

"Tengok muka saya ni, ada saya kisah ke isteriku?" Haider sengaja menekankan perkataan "isteriku" agar Tiara sedar yang dia sudah menjadi isteri orang.

"Jangan buat aku semakin benci dekat kau Haider," tegas Tiara bersuara.

"Dan jangan buat saya semakin cinta dekat awak Tiara," ujar Haider sambil tersenyum nakal. Tidak kisah langsung dengan pandangan tajam Tiara.

Tiara tersentak seketika. Dia tidak percaya yang Haider cintakan dia. Cepat betul Haider jatuh cinta padanya.

"Kau pergi lah tidur sana Haider," halau Tiara. Dia sudahlah penat, lepastu nak kena layan perangai Haider yang entah apa-apa ni.

Haider buat-buat tidak dengar apabila Tiara menghalaunya. Dia mula mendekati Tiara. Saja nak mengusik.

"Don't be close to me!" Suara Tiara mula naik satu oktaf apabila Haider muka mendekatinya di atas katil.

"Apa? Salah ke saya nak dekat dengan isteri sendiri?" Soal Haider dengan dahi yang berkerut.

"Tolonglah Haider. Kau tahu aku bencikan kau, jangan sampai aku bertambah kejam dekat kau Haider!" Ujar Tiara dengan penuh amaran. Dia sedang menahan segala rasa supaya tidak terlepas kepada Haider kerana mereka berdua sedang berada di rumah orang tua Tiara.

"Okay fine! Mana bantal saya? Tahu lah benci saya tapi jangan lah sampai saya nak tidur pun takde bantal Tiara Sofea," kata Haider. Dia terpaksa mengalah dengan Tiara. Ikutkan hatinya dia nak usik Tiara lagi tetapi memandangkan Tiara sudah mula meninggikan suara terpaksa batalkan niatnya. Takut jika yang lain dengar.

Tiara mengambil bantal yang berada di sebelahnya lalu mencampak ke arah Haider.

"Amboi, tak boleh bagi elok-elok ke?" Haider terkejut apabila Tiara tiba-tiba mencampak bantal itu. Nasib baik dia sempat menyambut.

Tiara malas mahu melayan Haider. Dia menutup matanya untuk tidur dengan tenang.

Haider menggelengkan kepalanya melihat Tiara yang langsung tidak menjawab malah terus tidur.

"Tiara bangun sayang. Subuh dah ni, jom solat," Haider menggoyangkan badan Tiara dengan perlahan.

Tiara menggeliat sedikit badannya dan membuka kelopak matanya.

"Tiara," kejut Haider sekali lagi.

"Apa?" Tiara menepis tangan Haider yang berada di bahunya. Dia rasa mahu marah apabila Haider mengacau dia ketika tidur.

"Solat isteriku," ujar Haider dengan lembut.

"Kau pergi je lah solat. Jangan kacau aku," Tiara menekup mukanya dengan bantal. Dia sudah lah tengah mengantuk, boleh pulak Haider mengejutnya waktu sebegini.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now