Bab 55

476 25 4
                                    

Haider merenung tajam ke arah Fahrin yang berada di hadapannya. Dia berasa pelik apabila Haider menelefon Tiara semata-mata untuk berjumpa dengannya.

"Aku nak minta maaf dekat kau orang berdua," ucap Fahrin sebagai pembuka bicara. Dari tadi mereka bertiga hanya diam tanpa bersuara sambil menikmati makanan.

Haider berkerut dahi. Budak ni ada terlanggar mana-mana tiang ke?

"Aku... aku dah banyak buat salah dengan kau orang. Aku minta maaf," kata Fahrin dengan nada sayu.

"Munafiknya minta maaf kau tu." Tiara memutarkan bebola matanya kerana menyampah melihat Fahrin yang tiba-tiba sahaja meminta maaf. Ingat dia tak tahu ke ni semua lakonan.

Haider mengalihkan pandangannya ke arah Tiara seraya menepuk peha Tiara supaya tidak masuk campur. Dia dah suruh Tiara tak perlu ikut tapi degil tetap nak ikut juga. Bila suruh diam berbunyi pula.

Tiara mengemam bibirnya apabila melihat Haider seperti memarahinya. Dia sudah langgar syarat dari Haider untuk diam sahaja jika Fahrin berbunyi.

"Kau nak apa Fahrin? Aku tahu kau ada benda lain nak cakap," kata Haider dingin.

Fahrin menghembuskan nafasnya perlahan.

"Aku nak kau lepaskan papa," kata Fahrin.

Haider berdecit perlahan mendengarkan itu.

"Untuk apa aku nak lepaskan dia?" Soal Haider.

"Haider. Syarikat papa tengah ada masalah teruk. Kemungkinan besar syarikat tu akan bankrap," kata Fahrin. Dia harap Haider dapat menolong mereka.

"None of my business. Tu syarikat dia dan bukan syarikat aku untuk aku bantu." Haider tiada masa untuk membantu syarikat itu. Dia tahu syarikat Haffan Bitara tengah ada masalah yang teruk. Ramai pekerja yang sudah berhenti.

"Haider, tolonglah. Kali ni aje." Rayu Fahrin.

"Kau COO kat sana kan? Selesaikan lah sendiri. Kenapa aku pula. Aku tiada kena mengena langsung dengan syarikat bapak kau!" Kata Haider.

"Kau langsung tiada rasa simpati dekat bapak kau ke?" Soal Fahrin tidak berpuas hati.

"Tak," balas Haider, sepatah.

"Kau jahat Haider."

"Tak sedar diri ke? Kau lagi jahat dari suami aku." Celah Tiara.

Haider memejamkan matanya apabila Tiara bersuara. Haih makin dilarang makin dibuat.

"Lepas apa yang kau orang buat dekat aku, tak akan aku masih nak berbaik dengan kau orang? No! Aku tak nak kebaikan aku dipijak-pijak lagi," kata Haider.

"Haider, tolong lah bantu kita orang. Jangan risau, kita orang tak perangkap kau pun," kata Fahrin.

Haider berdecit perlahan. Perangkap? Heh mudah dibaca.

"Aku tak terfikir pun yang kau orang nak perangkap aku. Kenapa kau tiba-tiba cakap pasal tu? Kau nak perangkap aku ke?" Soal Haider dengan kening diangkat satu.

"Mana...ada..."

Haider tersenyum sinis. Mana ada konon. Padahal dia sudah tahu semuanya. Dia teringat akan perakam suara yang diletak di pejabat Fahrin oleh Thariz.


Thariz melangkah masuk ke dalam pejabat abang iparnya, Haider. Dia memegang sesuatu di dalam genggaman tangannya untuk diberikan kepada Haider.

"Dah dapat?" Soal Haider apabila dia melihat Thariz sudah berada di hadapannya.

Thariz menunjukkan perakam suara yang agak kecil kepada Haider dengan senyuman sinisnya sebelum dia memberi kepada Haider. Dia berjaya mendapatkan perakam suara itu dari pejabat Fahrin.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now