Bab 29

378 23 1
                                    

"Hello sayang. How are you?" Soal Fahrin seraya mengambil tempat duduk di sebelah Tiara.

"I'm good Fahrin." Tiara menghadiahkan senyuman manis buat Fahrin dan meletakkan kepalanya di bahu Fahrin.

"Mana Adelyn?" Fahrin mencari kelibat Adelyn di sekitar kawasan kelab itu.

"Tak tahu. Sepanjang I tiada di sini, dia ada ke?" Soal Tiara semula. Dia juga telah lama tidak contact sahabatnya Adelyn.

Fahrin menggelengkan kepalanya. Sudah lama dia tidak nampak Adelyn hadir ke kelab.

"Abaikan je lah dia. Ni sekarang apa plan you?" Soal Fahrin.

Tiara mengeluh perlahan. Sejak kebelakangan ni Adelyn tak hadir ke kerja. Alasannya tidak sihat. Bila Tiara mahu melawat Adelyn melarangnya.

"Tiara, you kenapa termenung pula ni?"

"Fikir tentang Adelyn," jawab Tiara.

"Ala mana tau dia ada masalah ke? Tak payah lah fikir. I datang sini sebab nak tahu plan you tau Tiara. Bukan nak ambil tahu pasal Adelyn," kata Fahrin.

Tiara menjeling tajam ke arah Fahrin. Suka hati dialah nak fikir tentang Adelyn pun.

"I benci Haider," ujar Tiara senada.

"Why?" Soal Fahrin dengan nada yang sinis. Dia sudah agak Tiara kahwin dengan Haider sebab terpaksa sahaja.

"Because of his family," jawab Tiara senada tapi dalam hatinya sedang menahan rasa sakit yang telah lama dipendam.

"...I tak boleh nak tengok muka dia. I rasa makin benci dekat dia walaupun bukan salah dia." Tiara mengeluh perlahan. Entah sampai bila dia kena hadap segala rasa ini seorang diri.

"I tak faham." Fahrin cuba memahami apa yang ingin disampaikan oleh Tiara tapi tidak boleh. Apa kena mengena dengan keluarga Haider pula ni?

"Betul you nak tau?" Soal Tiara dan mendapat anggukan dari Fahrin.

Tiara membuka segala cerita tentang Haider yang sudah lama dia pendam. Hanya dia sahaja yang tahu apa sebab dia benci sangat kepada Haider. Sekarang ini Fahrin pula menjadi tempat untuk dia menceritakan segalanya-galanya.

Fahrin mengusap lembut bahu Tiara yang sedang menangis. Lama sangat Tiara pendam segala perasaannya ini.

"So apa rancangan you sekarang ni?" Soal Fahrin apabila melihat Tiara sudah tenang semula.

"Hancurkan hidup Haider." Tiara tersenyum sinis. Mungkin ini masanya untuk dia balas dendam terhadap apa yang telah terjadi dalam hidupnya.

"How?" Fahrin menjongketkan keningnya. Topik yang sangat menarik pada hari ini untuk Fahrin.

Tiara berbisik perlahan kepada Tiara untuk lakukan rancangannya itu supaya tiada siapa yang mendengar.

"Baby, kalau nak lagi extreme bunuh sahaja si Haider tak guna tu." Cadangan Fahrin membuat Tiara memukulnya dengan kuat.

"Sakitlah!" Fahrin mengusap bahunya yang menjadi sasaran Tiara tadi.

"Gila ke nak bunuh orang? I yang masuk penjara nanti!" Tiara menjeling tajam kepada Fahrin. Cadangannya itu sangat tidak masuk akal.

"Bila you nak start plan tu?" Soal Fahrin.

"Now," ujar Tiara.

Fahrin mula bangun dari tempat duduknya dan mengambil wine untuk diberikan kepada Tiara.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now