Bab 18

360 21 0
                                    

Hari yang sudah tiba. Hari yang dibenci oleh Tiara iaitu hari perkahwinan dia dan Haider.

"Cantiknya kau beb!" Puji Adelyn. Tidak pernah dia melihat Tiara secantik ini. Lagi tambah menawan kerana Tiara memakai tudung. Walaupun Adelyn dah selalu tengok tetapi entah kenapa hari ni Tiara nampak lain.

"Diam Adelyn. Aku tak suka," Tiara menayangkan muka masamnya. Tidak ada rasa gembira pun di dalam hatinya.

"Nak tak nak kau kena terima juga Tiara," Adelyn faham yang Tiara terpaksa untuk menerima semua ni demi kebaikan dirinya sendiri dan keluarga.

"Kenapa perlu Haider juga?" Tiara rasa mahu menangis kerana terseksa dengan keputusan sendiri. Dia benci dengan Encik Taufiq yang suka mengugutnya supaya berkahwin dengan Haider.

"Eh kau janganlah menangis," Adelyn mula rasa gelisah apabila melihat mata Tiara yang berair. Habis makeup nanti kalau Tiara menangis.

"Aku tak suka dia Adelyn. Aku benci Haider," Tiara menggenggam erat penumbuknya. Dia berasa mahu lari sahaja dari majlis ini. Tetapi dia masih memikirkan air muka keluarganya.

"Aku tak fahamlah, kenapa kau benci sangat dengan Haider?" Adelyn memandang Tiara untuk mengetahui jawapan yang sebenar. Dia masih tidak tahu kenapa Tiara benci sangat dengan Haider.

"Disebabkan dia aku...."

Tok tok tok

Tidak sempat Tiara menghabiskan katanya, Puan Nisah muncul di hadapan pintu.

"Jom turun. Pengantin lelaki dah sampai," kata Puan Nisah. Dia melihat wajah anaknya yang bersedih itu. Dia tahu yang Tiara tidak suka dengan perkara ini. Puan Nisah terpaksa memilih jalan ini supaya Tiara dapat berubah lebih baik. Harapan dia.

Tiara memandang Adelyn, dia tidak mahu turun. Jika dia turun semuanya akan berubah sekelip mata.

"Takpe. Turun je," Adelyn menarik tangan Tiara supaya bangun dari kerusi.

"Tiara tak nak kahwin dengan Haider," ujar Tiara.

"Tiara, mama tahu kamu tak suka tetapi jangan buat macam ni. Tolong fikir maruah keluarga kita sayang. Mama yakin Haider orang baik," pujuk Puan Nisah sehabis baik.

"Semua orang tahu Haider baik ma. But Tiara tidak boleh terima dia dengan ikhlas," sayu sahaja suara Tiara.

Puan Nisah mengeluh perlahan. Dia tidak tahu sama ada Tiara dan Haider akan bahagia atau tidak.

"Mana pengantin perempuan?" Soal tok kadi kepada Encik Taufiq.

"Sekejap lagi dia turun," balas Encik Taufiq. Dia risau jika Tiara mula buat perangai. Habis maruah keluarganya akan jatuh.

Jantung Haider berdegup kencang sejak tadi apabila berada di hadapan tok kadi. Sekejap sahaja lagi, tanggungjawabnya akan mula bertambah.

Danial yang berada di sebelah Haider mengusap lengan Haider dengan perlahan. Dia tau yang Haider sekarang berasa gelisah dan takut.

"Tu pengantin perempuan dah turun," ujar Taqim.

Semua di situ memandang ke arah Tiara yang mula turun. Tiara berasa tidak selesa apabila semua memandangnya.

"Mari kita mulakan majlis," ujar tok kadi itu. Beliau memulakan majlis dengan bacaan khutbah nikah.

Selepas selesai bacaan khutbah nikah itu, maka bermulalah upacara akad nikah.

"Haider Luqman bin Hafiz Arfan."

"Ye saya,"

"Aku nikahkan akan dikau dengan anakku Tiara Sofea binti Taufiq dengan mas kahwinnya sebanyak lapan puluh ringgit tunai dan senaskhah Al-Quran."

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now