Bab 20

478 21 0
                                    

Haider meletakkan keretanya di garaj rumahnya. Dia sudah sampai ke rumah Puan Aisyah setelah satu jam perjalanan.

"Tiara, bangun. Dah sampai," kejut Haider perlahan.

"Kat mana ni?" Soal Tiara sambil menggosok-gosok matanya.

"Rumah ibu," jawab Haider yang tidak lekang matanya melihat Tiara.

Tiara melihat di luar tingkap kereta dan mengeluh perlahan. Terpaksa dia kena berlakon baik depan mak mertuanya.

"Jom keluar," Haider keluar dari kereta dan mengambil beg di dalam bonetnya.

"Ada barang perlu aku bawa ke?" Soal Tiara yang sudah keluar dari kereta.

"Rajin pulak awak nak bawa," terjongket kening Haider apabila Tiara sukarela ingin membawa barang mereka.

"Depan mak mertua, mestilah aku kena berlakon jadi rajin," jawab Tiara terus-terang.

Haider tersenyum nipis dan mengangguk faham. Dia tidak berapa suka kerana Tiara ingin berlakon jadi baik dan rajin. Kenapa tidak membuat dengan ikhlas saja.

"Tak payahlah. Sikit je pun barang kita," ujar Haider dan terus ke halaman rumahnya. Dia memberi salam kepada Puan Aisyah.

"Waalaikumussalam. Haider sampai dah kamu," teruja Puan Aisyah apabila Haider sudah berada di depan matanya.

Tiara menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Puan Aisyah. Dia memberikan senyuman yang manis tetapi itu hanyalah palsu.

Puan Aisyah memeluk erat tubuh Tiara. Dia mencium dahi Tiara dengan lembut. Puan Aisyah berharap agar Tiara dikurniakan hidayah oleh Allah.

"Dengan menantu bukan main ibu peluk cium. Anak sendiri ni tak nak peluk juga ke?" Soal Haider dengan wajah yang masam. Saja nak manja dengan mak sendiri.

"Ibu dah puas peluk kamu. Bosan," jawab ibu selamba.

Tiara hanya memandang dua beranak itu.Alangkah indahnya kalau Puan Nisah macam ni bila bersama dengannya. Terselit sedikit rasa cemburu dengan Haider yang mendapat kasih sayang sepenuhnya dari seorang ibu.

"Jom Tiara. Kita makan kat dapur," ajak Puan Aisyah. Tiara mengangguk kepalanya sahaja. Dia betul-betul berasa lapar kerana tidak makan dari tadi.

"Wazzup bro!" Tegur seseorang dari belakang Haider.

"Korang berdua buat apa kat sini?" Soal Haider dengan dahi yang berkerut apabila melihat Danial dan Danish berada di rumahnya.

"Saja nak makan free," jawab Danish sambil tersengih.

Haider menggelengkan kepalanya sedikit. Dia sudah agak yang Danish datang sini mahu makan sahaja.

"Mana ibu?" Soal Danial.

"Kat dapur," balas Haider.

"Kita orang pergi dapur dulu ye," kata Danish dan terus membuka langkahnya untuk ke dapur.

"Ceh. Bukannya nak tolong aku angkat barang-barang ni," Haider mendengus geram kepada mereka berdua.

"Barang siapa? Barang Haider," ujar Danial sambil ketawa kecil.

"So Haider lah yang kena bawa sendiri," sambung Danish pula. Bergema suara mereka berdua gelakkan Haider.

"Kurang asam punya member," Haider menjeling sekilas kepada Danial dan Danish. Dia terus meletakkan barangnya dan Tiara di dalam bilik.

"Ha Danial, Danish mari makan," ajak Puan Aisyah apabila nampak dua beradik itu sudah berada di dapur.

Mereka berdua terus mengambil tempat duduk di hadapan Tiara. Danish memandang tajam ke arah Tiara manakala Danial hanya memandang kosong sahaja.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now