Bab 40

340 23 0
                                    

Thariz memasuki pejabat Haider apabila dia dipanggil oleh Haider untuk datang ke sini. Dia membuka pintu pejabat itu dan melihat Danial dan Danish yang turut berada di pejabat Haider juga.

"Bawa tak apa yang abang suruh?" Soal Haider kepada Thariz yang duduk di hadapannya.

Thariz mengangguk kepalanya dan terus mengeluarkan sesuatu di dalam begnya. Dia memberi barang itu kepada Haider.

"Thank you Thariz tolong abang. Sorry kalau menyusahkan," kata Haider dan mengambil barang itu.

"Anything for you brother," kata Thariz.

Haider membuka perakam suara itu yang sebenarnya dia letakkan di dalam pejabat Fahrin. Dia yang menyuruh Thariz meletakkan perakam suara itu secara senyap di pejabat Fahrin untuk mengintip Fahrin.

Firasatnya kuat mengatakan yang Fahrin kerja bukan keseorangan. Pasti ada dalang disebalik semua ini.

"Bila kau nak turun padang? Aku terseksa dah sekarang ni."

Dahi mereka berkerut apabila mendengarkan itu. Firasat Haider betul, ada dalang yang sebenar.

"Macam mana kau boleh terfikir ada yang menyuruh Fahrin buat semua ni?" Soal Danial ingin tahu.

Danish dan Thariz mengalihkan pandangan mereka ke arah Haider. Mereka juga pelik macam mana Haider boleh terfikir macam ni sekali.

"Aku rasa ada something yang tak kena dengan Fahrin. Semua ni bagai dirancang oleh seseorang. Satu persatu terjadi kat rumah tangga aku. Haritu video Tiara minum arak tersebar dekat media sosial, aku terfikir takkan lah Fahrin sendiri nak rakam? Sedangkan dia ada dekat sebelah Tiara," jawab Haider.

"Tapi video tu muka Fahrin ditutup," kata Danish pula.

"Ya, itulah tanggapan aku sekarang. Pasti ada yang merancang semua ni. Orang lain takkan tutup muka Fahrin tapi kenapa video ni dia tutup muka Fahrin? Pasti orang Fahrin juga yang merakam semua benda ni," jelas Haider. Dia menongkat dagunya seperti berfikir sesuatu.

"So sekarang abang nak buat apa?" Soal Thariz pula.

Haider memandang semula ke arah Thariz. Dia masih belum berfikir masak-masak untuk membuat rancangan seterusnya.

"Abang rasa nak cari siapa dalang semua ni," jawab Haider tanpa ragu-ragu walaupun dia sendiri pun tidak yakin.

"Macam mana?" Soal Danish pula.

"Thariz, tolong letak perakam suara ni dalam pejabat COO. Sekarang ni siapa agak-agak yang akan pegang jawatan tu?" Soal Haider kepada Thariz.

"Kemungkinan Taqim akan pegang jawatan tu. Tapi kenapa nak kena letak kat situ? Fahrin bukan dah kerja dekat situ lagi," kata Thariz dengan nada pelik.

"Tak apa, letak je buat masa sekarang ni." Haider seperti sudah tahu apa rancangan seterusnya untuk dia buat.

Danial hanya memerhati Haider dengan senyuman sinisnya.

"He already knows what to do next," desis hati kecil Danial.

Danial sudah lama kenal dengan Haider. Bila sahaja Haider menyuruh Thariz untuk meletakkan perakam suara di pejabat itu dia sudah dapat agak Haider pasti ada rancangan lain. A tiger is looking for its prey.

"Thariz, masuk team kita orang," ajak Haider tiba-tiba.

"Team? Team apa?" Soal Thariz tidak faham.

"You will know soon," kata mereka bertiga serentak.

Kening Thariz menaik kerana tidak faham.

"Masuk dulu baru kau akan tahu. Jangan risau kita orang bukan jual dadah pun," ujar Danial selamba.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now