Bab 26

477 17 6
                                    

"Bro, nanti kau ada client nak jumpa tau." Danial memandang Haider dengan pelik kerana sejak tadi Haider senyum-senyum macam orang gila.

"Pukul berapa?" Soal Haider yang tak lekang dengan senyumannya itu.

"Empat."

"Alright. Aku nak pergi pantri jap," kata Haider seraya bersiul-siul dengan jari yang dipetik berkali-kali.

"Asal Haider bahagia sangat hari ni?" Danish juga perasan yang Haider dari tadi macam orang lepas masuk Hospital Tanjung Rambutan.

"Tiara buat apa kat dia?" Danial seakan-akan berfikir dengan jarinya di letak ke atas dagu.

"Kau ni fikir bukan-bukan pulak." Danish menepuk bahu Danial dengan kuat.

"Apa hal kau ni? Aku tak fikir apa-apa pun." Danial mengusap bahunya seraya memandang Danish dengan tajam.

Danish menggaru kepalanya dengan sengihan di bibirnya. Cepat-cepat dia istighfar di dalam hati, nampak sangat otaknya sudah kotor.

"Kau nak pergi mana?" Soal Danish yang melihat Danial sudah membuka langkah.

Danial malas mahu menjawab, dia terus kan langkahnya ke pantri. Danish mengekori Danial dari belakang.

"Naufal, duduk sini jap," arah Haider kepada Naufal yang sedang membuat air.

"Eh tuan. Nak air ke?" Naufal kelihatan terkejut melihat Haider di pantri. Jarang sekali melihat Haider untuk duduk di sini.

"Air kosong je," kata Haider lalu duduk di meja.

Naufal pantas memberi air kepada Haider. Dia mengambil tempat duduk di hadapan Haider.

"Kenapa tuan?" Soal Naufal. Dia menghirup sedikit air kopi yang dibuat sebentar tadi.

"Dah berapa lama kau kerja kat sini?" Haider menanyakan soalan dengan muka yang tegang.

"Nak masuk dua tahun tuan," jawab Naufal dengan sedikit takut. Tidak pernah Haider mengajak dia bersembang, selama ni hanya menegur sahaja.

"Kenapa kau nampak macam takut-takut dengan aku? Aku tak makan orang pun." Haider ketawa sedikit melihat muka Naufal yang agak takut dengannya. Mana tak takut, muka pun macam nak makan orang.

"Eh tiadalah tuan. Nervous sikit bila bercakap dengan bos besar." Naufal menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Kantoi pula bila Haider menyedari raut wajahnya yang takut.

"Bos besar tu Tuan Safwan. Aku ni COO je." Haider merendahkan dirinya apabila Naufal anggapnya sebagai bos besar di sini.

"Sama je tuan. Nanti tuan naik pangkat CEO, bos besar juga," kata Naufal.

Haider mengangguk tanda setuju dengan senyuman di bibir.

"Ada apa tuan panggil saya?" Soal Naufal. Panggil dia setakat sembang pasal ni sahajakah?

"Salah ke aku nak panggil kau?" Soal Haider semula.

"Eh bukan macam tu tuan." Serba salah Naufal dibuatnya. Haider sudah salah anggapan terhadap Naufal.

"Aku panggil kau sebab nak tanya satu soalan," jawab Haider berterus-terang.

"Soalan apa?" Soal Naufal dengan dahi berkerut.

"Siapa bekas COO dekat sini sebelum aku?" Haider terdetik hati mahu bertanya hal ini. Asalnya Haider mahu terus tanya dekat Encik Safwan, tetapi lihat dia macam busy sahaja. Terus tanya je lah dekat pekerja di sini.

"Fahrin tuan," balas Naufal mendatar.

"Fahrin? Kekasih pujaan hati Tiara?" Soal Danish kepada Danial dengan suara yang perlahan supaya Haider tidak menyedari yang mereka sorok di tepi peti ais.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now