Bab 51

292 27 4
                                    

"Kakak..." Meleret suara Tiara memanggil Talita yang sedang tersandar lemah di atas kerusi. Badan kakaknya diikat dengan tali.

Hatinya sakit melihat keadaan Talita yang penuh dengan kesan lebam. Dia tidak mampu menolong kerana dirinya juga diikat.

Talita membuka matanya perlahan melihat Tiara yang menangis melihatnya. Dia melakarkan senyuman kepada Tiara.

"Tiara..." Dia mahu memeluk adiknya sekarang ini untuk menenangkan Tiara.

"Kakak. Aku takut," kata Tiara. Dia takut jika terjadi apa-apa pada mereka berdua.

"Jangan takut. Aku ada." Pujuk Talita kepada Tiara yang sedang ketakutan itu.

Tipu kalau dia kata dia tidak takut tapi disebabkan dia bersama dengan adiknya, Talita terpaksa abaikan rasa ketakutan itu supaya tidak membuat Tiara bertambah risau.

"Aku minta maaf." Sayu Talita mengatakan ucapan itu. Kalau tak disebabkan dia yang degil mengajak Tiara untuk pergi keluar tanpa pengetahuan keluarga pasti semua ini tak akan terjadi.

Mereka berdua telah diculik ketika Talita ingin membeli air di kedai runcit. Dia terkejut melihat Tiara tiada di luar. Dia ingin memandu motor keluar dari kawasan itu tetapi penculik itu telah memancitkan tayarnya.

Dalam keadaan yang gelisah, mulut Talita ditekup dari belakang dengan sehelai kain. Sebelum dia menutupkan mata, dia sempat melihat yang dirinya dibawa masuk ke dalam kereta asing bersama dengan Tiara di dalamnya.

"Tiara, kalau aku dah tiada nanti. Boleh tolong janji satu benda dengan aku?" Soal Talita dalam keperitan.

"Kau nak pergi mana?" Soal Tiara tanpa menjawab pertanyaan Talita.

"Janji dengan aku jaga diri baik-baik. Tolong jangan berdendam dengan sesiapa pun. Buang rasa benci kau dekat seseorang. Cuba menyayangi dan memaafkan dia." Talita menahan air matanya dari mengalir apabila melontarkan kata-kata itu.

"Aku tak faham." Jujur Tiara tidak faham apa yang ingin Talita sampaikan. Dia nak pergi mana sebenarnya.

Pintu rumah itu dibuka dari luar. Muncul figura lelaki yang memakai serba hitam. Dia tersenyum sinis disebalik pelitup muka itu.

"Dah sedar dua beradik ni?" Soal lelaki itu dengan penuh sarkastik.

"Siapa kau?" Soal Talita dengan suara serak basah. Dia takut melihat lelaki itu. Dia kenal siapa yang berada di hadapannya.

Lelaki itulah yang menculik mereka berdua. Dia dapat syak lelaki itu melalui mata dan kening yang berparut.

"Malaikat maut untuk cabut nyawa kau orang berdua." Lelaki itu betul-betul duduk di hadapan Talita.

"Apa kau nak sebenarnya daripada kita orang berdua?" Talita cuba mengawal suara supaya tidak menaikkan suara kepada lelaki itu. Aura yang terdapat di lelaki itu cukup membuatkan dirinya kecut perut.

"Aku dah cakap tadi. Aku malaikat maut untuk cabut nyawa kau orang. Pekak ke?" Lelaki itu mencengkam pipi Talita dengan kuat sehingga Talita berkerut kesakitan.

"Jangan sakitkan kakak aku." Sampuk Tiara.

Lelaki itu terus berpaling wajah ke arah Tiara. Dia menyengetkan kepalanya dengan kening terjongket satu.

"Kenapa? Kau nak aku sakitkan kau pula ke?" Soal lelaki itu dengan sinis.

Tiara mati kata. Dia menundukkan kepalanya ke bawah. Tidak mampu dia melihat lelaki itu. Mata itu amat menyeramkan.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now