Bab 38

314 23 2
                                    

Haider menunggu di luar wad untuk memberi ruang kepada doktor merawat isterinya. Dalam hatinya tidak berhenti doa untuk Tiara.

Haider mendongak kepalanya ke atas apabila pintu wad itu terbuka. Dia terus berdiri tegak di hadapan doktor itu.

"Doktor macam mana dengan isteri saya?" Soal Haider dengan hati yang berdebar.

"Isteri encik dalam keadaan baik cuma dia kekurangan air dalam badan. Dia terlampau penat dan stres itu menjadi satu punca isteri encik pengsan," jawab doktor lelaki itu.

"Baik terima kasih doktor." Haider menghembuskan nafas dengan lega apabila mendengarkan itu.

Haider terus masuk ke dalam wad Tiara apabila sudah dibenarkan oleh doktor. Dia memandang sayu ke arah Tiara yang terlantar di atas katil itu.

"Sampai hati sayang tinggalkan abang sekali lagi. Baru je minggu lepas sayang keluar wad, harini dah kena masuk balik. Ni memang tempat favourite sayang ke? Abang rindu sayang." Tangisan Haider bergema di dalam wad itu.

"Isteri abang mesti penat dengan semua ni kan. Kalau lah abang tiada dalam hidup Tiara, pasti awak akan bahagia macam dulu. Abang tak minta pun semua ni terjadi sayang, tapi ini takdir kita berdua." Haider mengusap lembut pergelangan tangan Tiara. Dia bangun sedikit untuk mengucup dahi Tiara.

"Rehatlah sayang, abang izinkan. Tapi tolong jangan rehat terlalu lama, nanti abang rindu sayang. Jangan pergi dari hidup abang terlalu cepat. Kita masih belum temui kebahagiaan yang sepatutnya kita berdua lalui," kata Haider seraya menyeka air matanya.

Haider meletakkan kepalanya sedikit di atas katil itu. Dia juga penat sangat. Baru sahaja lepas training drift dah ada masalah dengan Tiara. Harini langsung dia tidak dapat berehat.

"Bangun Haider." Puan Nisah mengejut Haider yang sedang tidur itu.

Haider mengesat matanya sebelum dia mendongak kepalanya ke atas.

"Eh mama, bila sampai?" Soal Haider apabila Puan Nisah berdiri di hadapannya.

"Baru je sampai. Haider pergi balik ya, biar mama pula jaga Tiara," kata Puan Nisah.

Puan Nisah memandang simpati ke arah Tiara yang masih belum sedarkan diri. Dia berasa gagal menjadi seorang ibu yang terbaik buat anak-anaknya. Dia takut jika Tiara meninggalkannya seperti mana Talita meninggalkannya dahulu.

Haider melihat jam di telefonnya memandangkan matahari sudah mula terpacak. Matanya meluas apabila sekarang sudah pukul lapan.

"Allahuakbar Haider tertinggal subuh!" Haider meraup wajahnya. Macam mana dia tidak boleh sedar bunyi jam.

"Dah Haider pergi balik settle apa yang patut baru datang sini. Mama tak boleh lama sebab nak hantar adik mama pergi airport pukul sepuluh nanti," kata Puan Nisah memandangkan tiada siapa yang ingin menghantar adiknya

"Tak apa mama. Haider petang sikit rasanya baru datang sini semula. Haider ada meeting tak boleh nak elak. Nanti Haider suruh Adelyn sahaja yang teman Tiara." Haider ingin sahaja menemani isterinya sampai sedar tetapi keadaan tidak mengizinkan.

Haider menyalami tangan Puan Nisah sebelum dia keluar dari wad itu.

Puan Nisah mengusap lembut pipi Tiara. Dia berasa serba salah akan hal semalam.

"Maafkan mama sayang. Mama tak patut buang Tiara dulu. Sepatutnya mama kena dengar penjelasan anak mama dulu, tapi mama terus buat tindakan yang menyeksakan Tiara." Air mata Puan Nisah mengalir perlahan. Bab anak memang dia akan mudah menangis.


Haider termenung jauh di dalam pejabatnya. Fikirannya bercelaru sekarang. Kerja-kerja yang menimbun itu dibiarkan sahaja.

Ketukan pintu pejabat membuatkan dia tersedar dari lamunan sebelum dia membenarkan orang di luar masuk ke dalam pejabatnya.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now