Bab 14

350 15 0
                                    

"Aku sakit hati dengan Haider!" Bentak Tiara dengan geram. Dia menghempas beg tangannya di atas katil Adelyn.

"Kenapa?" Soal Adelyn. Sudahlah tiba-tiba sahaja Tiara mahu duduk di rumahnya.

"Punya berlagak dia cakap kat aku yang aku ni jodoh dia," Tiara berasa menyesal kerana menegur Haider di restoran tadi.

"Dah memang betul kau jodoh dia. Kau nak cakap apa lagi?" Ujar Adelyn seakan-akan berpihak kepada Haider.

Tiara membaling beg tangannya kepada Adelyn. Hati dia tengah sakit tambah pulak si Adelyn berkata seperti itu. Bukan nak menyenangkan hati dia.

"Sakit gila!" Adelyn mengusap lengannya yang sakit akibat dibaling dengan beg tangan Tiara.

Tiara tidak mengendahkan langsung Adelyn yang mengadu kesakitan. Habis hati dia yang sakit ni macam mana pulak?

"Tiara, kau kenal tak lelaki yang dengan Haider tadi?" Soalan Adelyn membuatkan dahi Tiara berkerut.

"Yang pakai baju hitam tu ke?" Tiara memandang wajah Adelyn yang serious bertanya tentang lelaki itu.

Adelyn mengangguk perlahan. Dia cuba untuk ingat semula wajah lelaki itu. Sangat familiar baginya.

"Tak kenal," Tiara melihat semula telefonnya. Langsung tidak membantu jawapannya.

"Muka dia macam ex aku," Adelyn sudah mula ingat muka lelaki itu mirip siapa.

"Ex kau? Yang keberapa?" Tiara berkerut dahi melihat Adelyn.

"Yang kesebelas," jawab Adelyn. Jangan pelik kenapa ex dia banyak. Tiap minggu tukar-tukar masalahnya.

"Yang mana satu?" Tiara malas mahu ingat semula ex-ex Adelyn. Banyak pulak tu. Tiada masa dia nak ingat semua.

"Adam."

"Eh, haah lah aku baru perasan," Tiara baru sedar bahawa muka lelaki yang bersama dengan Haider tadi mirip ex Adelyn.

"Muka dia sebijik masalahnya," kata Adelyn. Bila teringat balik muka lelaki tadi rasa macam masa lalu diputarkan semula kerana dengan Adam dia paling lama bertahan.

"Nanti kau siasat lah," ujar Tiara. Dia pun tidak tahu mahu cakap macam mana lagi. Memang betul muka lelaki tadi copy paste muka Adam. Cumanya lelaki tadi memakai spek hitam jadi tidak nampak matanya.

"Buat apa aku nak siasat? Aku dah tiada apa-apa dengan dia dah," Adelyn tiada masa untuk siasat siapa lelaki itu. Sudah tidak penting baginya kerana Adam hanyalah masa lalu dia sahaja.

"Habis tu kenapa kau tanya pasal dia?" Soal Tiara tidak puas hati.

"Aku tanya je pun," Adelyn menjeling Tiara yang fokus melihat telefonnya.


Danish membuka pintu pejabat Haider dengan kasar. Dia terus meluru masuk ke pejabat Haider.

"Bro," tegur Haider. Dia berasa pelik melihat wajah ketat Danish yang laju datang ke arahnya.

Buk

"Danish!" Suara Danial sudah mula meninggi apabila Danish tiba-tiba sahaja menumbuk Haider. Dia terus menarik Danish supaya berjauhan dengan Haider.

Haider mengusap bibirnya yang berdarah akibat ditumbuk oleh Danish. Dia merintis kesakitan kerana tumbukan Danish sangat kuat sehingga pecah tepi bibirnya.

"Kau kenapa Danish? Aku ada buat salah ke?" Haider mengangkat wajahnya untuk melihat Danish yang meronta-ronta untuk melepaskan diri dari Danial. Dia amat terkejut apabila Danish menumbuknya. Dia dan Danial baru sahaja mahu keluar untuk lunch.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now