Bab 4

498 29 0
                                    

Tiara membuka pintu dengan kasar dari luar.

"Asal kau balik awal ni?" Soal Thariz dengan dahi yang berkerut. Setahunya Tiara perlu berjumpa dengan client yang sudah ditetapkan oleh Encik Taufiq.

Tiara tidak mengendahkan langsung soalan Thariz. Dia tiada mood untuk menjawab. Dengan langkah yang pantas dia terus masuk ke dalam bilik.

"Lelaki tu memang sengaja nak kenakan aku! Tak pasal-pasal aku yang dapat malu. Dah lah ramai orang nampak. Jatuh maruah aku disebabkan jantan tu," bebel Tiara. Dia masih marah dengan hal tadi.

Tiara mengambil telefonnya yang berbunyi. Matanya membulat besar apabila melihat siapa gerangan yang menelefonnya.

Tiara terus mati kan telefonnya selepas panggilan itu berhenti.

***

Haider termenung jauh langsung tidak mengendahkan rakan-rakannya yang rancak bersembang.

"Fikir apa bro?" Soal Danish apabila dia perasan yang Haider mendiam diri selepas mereka balik dari cafe itu.

"Fikir pasal perempuan tu ke?" Soal Danial.

Haider terus memandang kedua-dua rakannya silih berganti.

"Aku serba salah dengan dia. Air tu tumpah banyak sampai terkena baju dia," sayu sahaja Haider bercakap.

"Rilek lah. Aku tengok dia tak marah kau pun," ujar Danial yang cuba menenangkan hati Haider.

"Aku rasa dia marah wey. Muka dia memang merah tahan geram kat aku. Mungkin disebabkan dalam cafe tu ramai dia tak melenting kat aku," balas Haider.

"Tapi kan, aku nampak perempuan tu macam sengaja nak kena kan Luq. Lepas Luq bangun terus dia bangun sambil perhatikan Luq," Danish mengesyaki sesuatu terhadap Tiara.

"Apa pulak macam tu. Dia tak sengaja lah tu," Haider cuba menenangkan hatinya yang gundah itu. Dia pasti yang Tiara bukan macam yang dikatakan oleh Danish.

"Asal kau backup perempuan tu pulak?" Soal Danish tidak puas hati.

"Bukan backup. But cuba kita ni fikir baik-baik je terhadap orang lain. Jangan buruk sangka dengan orang," nasihat Haider kepada Danish. Dia tahu yang Danish cuba untuk pertahankan benda yang betul. Tetapi dia masih dengan keputusan yang sama iaitu Tiara tidak sengaja.

"Ikut kau lah," Danish terus berpaling wajahnya ke depan. Sakit hati dengan Haider.

Haider meraup wajahnya. Tak kan disebabkan hal kecil boleh jadi macam ni sekali?

"Tiara Sofea!" Jerit Encik Taufiq dari bawah hingga didengari dalam bilik Tiara.

Tiara terperanjat apabila Encik Taufiq memanggilnya sebentar tadi. Dia sudah mulai takut untuk berhadapan dengan Encik Taufiq.

"Mampus aku. Nak turun ke tak nak?" Tiara sudah seperti cacing dalam kepanasan kesana-sini.

"Tiara Sofea!" Kalini lebih kuat suara Encik Taufiq.

"Ah turun je lah," Tiara terus keluar dari biliknya. Dia takut nanti Encik Taufiq bertindak kasar.

"Kenapa batalkan macam tu sahaja dengan client?" Tengking Encik Taufiq apabila Tiara sudah berada di depannya.

"Tiara ada masalah," ujar Tiara dengan lembut.

"Kalau ada masalah kenapa tak beritahu awal-awal? Boleh papa tundakan. Habis kita tak dapat bekerjasama dengan syarikat Bintang Angkasa!" Marah Encik Taufiq kerana kesal dengan perbuatan Tiara itu.

"Lain kali tolong jangan buat macam ni lagi," sambung Encik Taufiq semula, dia terus meninggalkan Tiara tanpa mendengar penjelasannya.

"Disebabkan kau aku kena marah Haider! Kau tunggu, kau tunggu. Ada masa memang aku balas semula," Tiara menggengam tangannya kerana kesabarannya hampir meletus. Balas dendam untuk Haider makin membuak-buak.

"Ibu ada nombor Tiara tak?" Soal Haider kepada Puan Aisyah yang duduk di sebelahnya.

"Tiara yang ibu tunjuk gambar haritu ke?" Soal Puan Aisyah balik.

"Ye."

"Nak buat apa? Kamu nak mengorat dia ke?"

"Ish mana ada lah."

"Habis tu nak buat apa?"

"Err pagi tadi Haider terserempak dengan dia kat cafe. Haider terlanggar dia sampai air tertumpah dekat tudung dan baju dia. Sebab masa tu Haider balas mesej ibu itu yang Haider tak perasan. Haider cadang nak ganti semula untuk tebus kesalahan Haider," membulat besar mata Puan Aisyah apabila Haider menceritakan hal yang sebenar.

"Yang kamu jalan tak tengok depan kenapa?" Puan Aisyah memukul Haider. Bertuah punya anak, boleh pulak dia jalan sambil main fon sampai terlanggar orang.

Haider mengusap bahunya yang menjadi sasaran pukulan Puan Aisyah. Berbisa sungguh pukulan ibunya.

"Ibu lah yang mesej Haider waktu tu kenapa?"

"Eh ibu pulak yang salah. Kamu boleh je balas waktu lain," Puan Aisyah pulak yang dipersalahkan oleh Haider.

Haider tersengih. Dia sengaja cakap begitu. Dia pun tidak tahu perkara itu akan terjadi.

"Nah nombor telefon dia," Puan Aisyah memberi telefonnya kepada Haider untuk mengambil nombor Tiara.

Nasib baik dia masih menyimpan nombor Tiara. Kalau tidak, makin serba salah si Haider tu.

"Terima kasih ibu," Haider memeluk Puan Aisyah dengan erat. Hanya ibunya sahaja untuk diharapkan.

Puan Aisyah membalas pelukan itu. Apa sahaja untuk anak-anaknya, dia akan cuba sehabis baik untuk bahagiakan mereka.

"Haider sudah berjaya bang, andai abang masih disini pasti abang akan bangga dengannya," bisik hati Puan Aisyah. Dia terasa sayu dan sunyi selepas kehilangan suaminya.

****

Happy reading ❤️ Don't forget to vote !!

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now