Bab 16

330 19 0
                                    

Danish masuk ke dalam pejabat Haider dengan langkah yang laju tanpa mengetuk pintu. Haider yang sedang membuat kerja itu terkejut kerana pintu pejabatnya dibuka kasar dari luar.

"Ada apa masuk pejabat aku?" Haider memandang Danish dengan pelik apabila Danish tiba-tiba sahaja masuk ke pejabatnya.

Tanpa banyak bunyi Danish memberi telefon bimbitnya kepada Haider. Haider lekas menyambut telefon itu.

"Tengok lah gambar tu," kata Danish mendatar.

Haider melihat gambar yang berada di dalam telefon Danish. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat gambar Tiara dengan lelaki lain dan bukannya Fahrin.

"Belum kahwin lagi dah keluar dengan jantan lain," sinis Danish berkata.

"Siapa lelaki ni?" Soal Haider.

"Scandal dia lah tu," jawab Danish selamba.

"Mana kau dapat gambar ni?" Soal Haider lagi.

"Aku sendiri yang ambil," kata Danish membuatkan Haider tidak faham.

"Ha?"

Danish berjalan-jalan di dalam Pavilion keseorangan tanpa ditemani oleh Danial dan Haider. Saja nak acah-acah healing kat dalam mall.

Danish memberhentikan langkahnya apabila dia ternampak Tiara dengan seorang lelaki yang tak dikenali.

"Siapa pulak jantan ni?" Soal Danish sendiri.

Tiara memandang ke arah Danish apabila dia perasan ada yang sedang memerhatinya. Mereka berdua bertentangan mata membuat dahi Tiara berkerut melihat Danish, dia tidak dapat syak lelaki itu adalah Danish.

Danish cepat-cepat bermain telefonnya. Buat-buat tak nampak walaupun dia tahu yang Tiara tidak tahu yang dia berada di sini kerana dia sedang memakai mask.

"You pandang siapa?" Soal Amsyar, lelaki yang bersama dengan Tiara.

"Ha? Takde lah tak pandang siapa pun. Jom masuk Coach," Tiara menarik tangan Amsyar supaya dia tidak syak ada yang sedang memerhatikan mereka.

"Pergi mana pulak dorang ni," kata Danish. Dia mengekori mereka berdua dari belakang. Danish menutup kepalanya dengan hoddie dan memakai spek mata hitam supaya Tiara tidak dapat mengesannya.

Tiara dan Amsyar masuk ke dalam Coach diikuti dengan Danish. Mata Danish hanya tumpu kepada Tiara yang sedang membelek-belek beg tangan di situ.

"Encik nak beli beg tangan untuk girlfriend ke?" Sapa pekerja perempuan itu tanpa segan-silu.

Danish mengangguk kepalanya sahaja. Girlfriend pun tiada, celah mananya nak belikan.

"Wah, untung girlfriend encik dapat boyfriend yang belikan dia beg tangan branded!" Ujar pekerja itu dengan teruja.

Danish mengalihkan pandangannya ke arah pekerja itu. Danish sempat membaca nama pekerja itu kerana dia memakai name tag di tudung.

"Camelia," perlahan saja suara Danish menyebut nama itu.

"Apa yang untungnya?" Soal Danish.

"Untung lah sebab encik masuk sini harganya bukan seratus dua. Harga cecah beribu tau!" Kata Camelia.

Danish tersenyum sinis. Banyak celoteh perempuan ni, bisik hatinya.

Danish tersentak seketika, dia baru sedar yang Tiara sudah tidak ada di sini. Danish dengan pantas keluar dari situ.

"Eh nak pergi mana pulak dia ni. Kata nak beli," kata Camelia dengan nada yang sedikit kuat.

Danish mendengar apa yang dikatakan oleh Camelia. Tidak ada masa dia mahu melayan Camelia.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now