Bab 30

482 27 1
                                    

Pagi-pagi lagi Haider tidak semangat langsung untuk membuat kerja. Seluruh tubuhnya berasa letih. Ni baru sikit, belum lagi hari yang akan tiba. Haider mengeluh perlahan seraya memicit kepalanya yang berdenyut sakit memikirkan tentang Tiara.

"Kau dah nak pergi kerja ke?" Soal Tiara bila melihat Haider yang sudah turun dari bilik.

Haider menoleh kebelakang dan mengangguk sambil memberikan senyuman tipis.

"Kau marahkan aku?" Soal Tiara lagi apabila Haider layan dia nak tak nak sahaja.

"Tak. Abang pergi dulu, dah lambat ni." Haider malas nak panjangkan lagi masalah ini. Lebih baik dia pergi kerja cepat.

"Heh, betul lah kau marahkan aku pasal semalam?" Soal Tiara apabila melihat Haider yang cuba jauh darinya. Lambat apanya, sekarang baru pukul tujuh setengah pagi.

"Kalau abang marah pun ada Tiara kisah? Bukan Tiara lagi suka ke?" Soal Haider balik dengan senyuman sinisnya.

"Yes memang aku suka pun. Kalau boleh aku nak tengok kau lagi sengsara. Baru kau lepaskan aku," ujar Tiara.

"Buat lah Tiara. Kalau itu kebahagiaan Tiara, teruskan. Abang tak halang." Haider dah redha jika Tiara ingin buat dia sengsara.

"Baik kalau itu yang kau nak," kata Tiara.

"Tapi tolong jangan libatkan orang luar. Dan tolong jangan sentuh lagi air tu semata-mata nak tengok abang marah. Awak tahu tak berdosa besar bila minum arak. Mana agama awak Tiara Sofea?" Tegas Haider bersuara.

"Wah sekarang ni kau nak buka sesi tazkirah pagi ni?" Panas pula hati Tiara apabila disembur macam tu je dengan Haider.

Haider memejamkan matanya menahan sabar. Kenapa pagi-pagi ni Tiara mencabar kesabarannya.

"Dah lah Tiara. Abang tak nak gaduh dengan awak sekarang ni. Tapi tolong jangan buat perkara tu lagi. Abang tak nak awak tanggung dosa dengan banyak. Berubah Tiara, masih ada lagi peluang lagi untuk awak berubah," kata Haider dengan nada lembut.

"Aku yang tanggung dosa aku bukan kau! Bila aku nak berubah tu kau tak perlu sibuk!" Tiara mencerlung tajam bebola mata Haider.

"Ikut awak lah Tiara. Abang pergi dulu. Kerja elok-elok," pesan Haider. Dia malas nak bebel terlalu banyak. Bukan Tiara dengar pun.

Tiara hanya memandang sahaja Haider yang sudah keluar dari rumah. Hatinya tiba-tiba rasa sedih dengan sikap Haider yang sudah tidak nasihatnya panjang lebar macam dulu.

"Kenapa dengan aku ni? Aku dah mula sayangkan dia ke?" Hati Tiara mula berdebar. Rosak rancangannya jika dia sudah mula sayang dekat Haider.

"Bro, tolong check jap projek pembinaan yang kita nak buat ni. Aku tak berapa nak fahamlah," kata Danial seraya meletakkan fail itu di atas meja Haider.

Haider tersedar dari lamunannya dan terus memandang Danial atas bawah.

"Kau dah kenapa pandang aku macam tu?" Soal Danial pelik.

"Kau masuk tak ketuk pintu ke?" Haider pantang sungguh apabila orang masuk ke pejabatnya tak reti ketuk pintu dulu.

"Aku dah ketuk banyak kali Haider Luqman. Tapi tiada respon langsung. Aku masuk je lah terus." Bukan main lagi Danial ketuk pintu sampai nak roboh tapi Haider langsung tak dengar.

Haider hanya mengangguk faham. Dia mengambil fail yang diberi oleh Danial. Haider mendongak kepalanya memandang Danial yang belum keluar dari pejabatnya lagi. Dia menjongketkan alis keningnya.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now