Bab 37

293 19 1
                                    

Tiara memasuki rumah keluarganya selepas memberi salam. Dia tersenyum manis kepada Puan Nisah yang melangkah datang ke arahnya. Dia memeluk erat ibunya.

"Mana Haider?" Soal Puan Nisah apabila dia sedar menantunya tiada di sisi Tiara.

"Dia ada training drift mama. Mana papa?" Soal Tiara pula.

"Ada kat dapur tengah makan. Jom kita makan dulu," ajak Puan Nisah.

Tiara melangkah masuk ke dapur rumahnya. Dia mengecilkan matanya apabila melihat figura lelaki yang berada di sebelah Encik Taufiq.

"Fahrin?" Desis hati Tiara.

"Eh Tiara lama tak nampak," kata Fahrin apabila melihat Tiara yang sudah berada di dapur.

"Dia buat apa kat sini mama?" Soal Tiara ingin tahu.

"Pasal kerja kot. Mama pun tak tahu, tiba-tiba dia datang nak jumpa papa," jawab Puan Nisah. Dia sebenarnya tidak berapa suka dengan kehadiran Fahrin di rumahnya.

Tiara mengangguk faham. Dia memandang tajam ke arah Fahrin. Lelaki itu macam tiada rasa bersalah atas apa yang dia buat terhadap Tiara.

Tiara menyalami tangan Encik Taufiq sebelum dia duduk di meja makan. Sempat dia menjeling tajam ke arah Fahrin yang tersenyum manis kepadanya.

"Haider kirim salam," kata Tiara.

"Mana Haider?" Soal Encik Taufiq.

"Training drift," jawab Tiara. Dia meneruskan suapan makanannya itu tanpa memandang sesiapa pun. Dia menjadi rimas apabila Fahrin berada di sini.

"Training lagi penting dari jumpa mertua. Menantu jenis apa si Haider tu? Padahal drift tu lain kali boleh pergi training. Jumpa mertua sekejap pun tak boleh. Tak layak jadi menantu kalau perangai macam ni," kata Fahrin dengan nada sinis.

Tiara hanya diam kerana malas ingin melayan karenah Fahrin.

"Dia training bukan saja-saja. Lusa dia ada competition. Kalau tak tahu baik diam je jangan nak menyindir orang. Lagipun Haider tu dah cukup baik dengan keluarga kita orang," bidas Thariz yang baru sahaja tiba di dapur.

Fahrin memutarkan bebola matanya apabila Thariz tiba-tiba sahaja menyampuk. Entah dari mana datang.

"Depan rezeki jangan nak bergaduh. Thariz makan," tegas Puan Nisah bersuara. Dia tidak mahu Thariz kurang ajar dengan tetamu.

"Thariz tiada selera nak makan dengan lelaki ni," sinis Thariz.

"Kurang ajar betul kau dengan tetamu," kata Taqim seolah-olah mahu backup Fahrin.

Fahrin tersenyum sinis dan menaikkan alis keningnya apabila Taqim backup dirinya.

"Tetamu yang tak diundang buat apa nak hormat? Kalau dah tahu diri tu tetamu jangan suka hati nak mengata orang lain," sinis Thariz lagi. Biar Fahrin rasa menyesal datang ke sini.

Nafas Fahrin turun naik menahan sabar. Kalau ikutkan hati dia mahu sahaja menumbuk muka Thariz tapi disebabkan ada Encik Taufiq dan Puan Nisah terpaksa dia membatalkan sahaja niatnya itu.

"Oh ya lagi satu tadi kau kata abang ipar aku tak layak jadi menantu kan? Habis tu kau? Layak ke? Atleast abang ipar aku dah sah jadi menantu mama papa dari kau hanya tetamu yang tak diundang." Puas hati Thariz dapat sakitkan hati Fahrin. Sesuka hati cakap orang tak layak. Macamlah dia tu layak sangat.

"Thariz Saqeef!" Encik Taufiq merenung tajam ke arah anak terunanya seorang ini. Tidak suka dengan sikap Thariz yang tidak menghormati Fahrin sebagai tetamu walaupun tak dijemput olehnya.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now