Bab 31

409 28 10
                                    

Tiara mula rasa bersalah apabila mencekik Thariz kerana memberitahu hubungannya dengan Haider kepada Fahrin. Dia terdetik hati ingin berjumpa Thariz di rumah agam keluarganya.

"Mama ada kat rumah? Bukan tengah bercuti dengan Aunty Elya ke?" Getus Tiara apabila dia melihat kereta Puan Nisah berada di garaj. Tiara terus melangkah masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum, eh mama kenapa menangis ni?" Soal Tiara terkejut apabila melihat Puan Nisah menangis.

Puan Nisah bangun dari sofa dan meluru ke arah Tiara.

Pang

"Ma..ma." Tiara cukup terkedu apabila Puan Nisah tiba-tiba menamparnya. Salah apa yang dia buat kali ni?

"Kau tak habis-habis malukan aku kan?!" Tengking Puan Nisah.

"Apa salah Tiara mama?" Sayu sahaja suara Tiara. Dia cukup terkesan kerana ibunya sendiri menampar pipinya buat kali pertama.

"Kau jangan buat-buat tak tahu lah Tiara Sofea!" Tengking Encik Taufiq pula.

"Tiara buat apa papa? Tiara datang sini sebab nak minta maaf kat Thariz. Apa pula salah Tiara kali ni?" Soal Tiara.

"Ni apa Tiara?! Kau minum air kencing syaitan kat kelab dengan jantan tak guna ni!" Encik Taufiq menunjukkan rakaman video kepada Tiara.

Terbuntang mata Tiara apabila melihat video itu. Jantungnya berdebar laju.

"Sia..pa yang bagi video ni?" Tergagap-gagap Tiara menyoal.

"Kau tak payah nak tahu siapa! Sekarang ni kau tiada otak ke nak minum air tu? Tiada air lain ke kau nak minum?!" Jerkah Encik Taufiq dan membaling telefonnya di atas lantai hingga berkecai.

Taqim dan Thariz tergamam melihat telefon Encik Taufiq berkecai di lantai. Tidak berani mereka mahu masuk campur.

"Papa, Tiara boleh explain." Tiara ingin mencapai tangan Encik Taufiq tapi ditepis.

"Heh, kau tak payah nak explain apa-apa lagi dah. Kau balik lewat dalam keadaan mabuk tanpa pengetahuan Haider! Eh kau ingat Haider tu binatang ke kat rumah? Dia tu suami kau tau Tiara Sofea! Bukan orang luar sampai kau nak abaikan dia macam tu. Kalau kau tak mampu nak jaga hati kita orang, tapi tolong jaga hati suami kau!" Kata Encik Taufiq.

"Haider Haider Haider, semua orang nak lebihkan Haider! Tiara ni anak papa dengan mama tau! Bukan Haider tak guna tu!" Tengking Tiara. Hati dia cukup terluka sekarang ini.

"Anak? Mungkin dulu kau anak aku. Tapi sekarang kau bukan lagi anak aku!" Puan Nisah memandang tajam ke arah Tiara. Dia sangat kecewa dengan Tiara.

"Apa mak..sud mama?" Soal Tiara tidak berapa faham. Tolong jangan cakap apa yang berada dalam fikirannya sekarang.

"Mulai sekarang, Tiara Sofea bukan lagi anak aku! Pergilah sejauh mana kau nak, buat lah apa yang kau suka. Tapi tolong jangan datang semula dekat keluarga ni!" Puan Nisah memejamkan matanya dengan erat menahan gelora di dalam hati.

"Istighfar mama!" Thariz tidak sangka yang Puan Nisah membuang Tiara begitu sahaja.

"Jangan masuk campur Thariz! Kau nak kena buang dari keluarga juga ke?" Sinis Encik Taufiq.

"Mama, tolong jangan macam ni. Tiara minta maaf mama." Tiara melutut di kaki Puan Nisah. Dia tidak sanggup berjauhan dengan keluarganya walaupun sering disakiti.

"Tiara Sofea, aku lucut jawatan kau sebagai coo di syarikat Puncak Alam. Kau dah tiada hak untuk datang ke syarikat tu lagi dan kau tiada hak untuk jejak kaki ke rumah ni!" Kata Encik Taufiq.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now