Bab 32

339 22 2
                                    

"Pa..pa jangan tinggalkan Tiara, tolong jangan pergi." Tiara mula mengigau ketika dia tidur.

Haider terus melangkah ke tepi katil apabila melihat Tiara mengigau. Tidak pernah lagi dia melihat Tiara bercakap ketika tidur.

"Bangun Tiara." Haider menepuk perlahan muka Tiara supaya dia sedar dari tidurnya.

"Papa!" Tiara bangun dari tidurnya dengan mengejut. Dia melihat Haider berada di sebelahnya dan terus memeluk Haider.

Haider mengusap badan Tiara dengan perlahan supaya Tiara dapat menenangkan dirinya.

"Haider, aku mimpi buruk pasal papa." Tiara menangis kerana terfikir tentang mimpinya itu.

"Dah jangan fikir. Mainan syaitan je tu." Haider tidak mahu lagi menanyakan soal mimpi itu. Bukan waktu yang tepat untuk dia tanya. Tiara masih dalam keadaan mengejut.

"Aku takut benda tu terjadi. Aku masih sayangkan papa. Aku nak keluarga aku balik Haider." Tiara mula terbit rasa menyesal bila buat segala benda yang mendatangkan kesan buruk buatnya.

"Ye Tiara. Nanti abang cuba pujuk dia orang balik." Haider cuba sehabis baik untuk kembalikan Tiara kepada keluarganya. Asalkan Tiara bahagia, dia tidak sanggup melihat keadaan Tiara yang menahan seksa.

Haider membaringkan Tiara dan menepuk badan Tiara supaya tidur kembali. Dia mengucup lembut dahi Tiara.

"Jangan tinggalkan aku Haider," gumam Tiara dengan perlahan yang separuh sedar tetapi masih didengari Haider.

Haider tersenyum nipis. Dia tidak tahu mengungkap perasaannya sekarang ini apabila Tiara meminta supaya dia tidak meninggalkannya walaupun dia tahu Tiara dalam keadaan separuh sedar.

"Abang tak akan tinggalkan Tiara selagi nyawa dikandung badan." Haider mengusap lembut pipi Tiara. Dia tidak mahu kehilangan bidadari syurga nya. Dia yakin Tiara akan berubah suatu hari nanti. Entah sempat dia dapat melihat atau tidak tapi dia berharap Tiara berubah menjadi lebih baik.



Tiara turun ke bawah dalam keadaan longlai. Badannya rasa tidak larat mahu berjalan. Kepalanya rasa berat.

Tiara terus menuju ke dapur untuk minum air. Dia hampir sahaja terjatuh tapi sempat berpaut pada kerusi.

"Eh Tiara, okay tak ni?" Soal Haider. Dia segera pergi ke arah Tiara.

Tiara menepis kasar tangan Haider yang memegangnya bahunya. Dia duduk di atas kerusi seraya memicit kepalanya yang agak sakit.

"Awak demam ni Tiara." Haider merasa dahi Tiara yang agak panas dengan muka pucat Tiara.

"Aku okay je lah. Kau nak pergi kerja dah ke?" Soal Tiara.

"Ye abang dah nak pergi kerja. Awak boleh ke duduk rumah ni sorang-sorang?" Soal Haider risau.

"Boleh. Selama ni pun hidup aku keseorangan juga. Dah pergi lah cepat ke kerja," halau Tiara.

"Apa cakap macam tu? Tiara tak pernah keseorangan. Awak ada Allah ada abang ada keluarga." Haider menutup mulutnya apabila tersedar dia terlepas cakap.

"Ada keluarga? Dia orang pun dah buang aku Haider," kata Tiara.

"Ibu ada Tiara."

"Tak sekarang ni kau nak pergi kerja ke tak?" Soal Tiara kasar.

"Abang nak pergilah ni. Kalau nak makan tu abang dah masak nasi goreng untuk Tiara. Ubat ada kat atas peti ais. Apa-apa call abang," pesan Haider.

Haider terus berlalu pergi keluar dari rumah. Sempat dia menggosok kepala Tiara sampai rambut isterinya menjadi selekeh.

"Ish rosak rambut aku!" Bentak Tiara. Dia membetulkan balik rambutnya lalu mengambil nasi goreng yang sudah terhidang di atas meja makan.

"Sedapnya. Lelaki aku ni semua serba boleh." Ini bukan kali pertama dia makan dari masakan Haider. Sudah berkali-kali tetapi rasanya tetap sama. Tidak pernah ada yang tak sedap.

Tiara membelek-belek Instagramnya sehingga dia terjumpa satu posting yang membuatkannya terkejut.

'Anak kepada CEO Puncak Alam kantoi meminum arak di kelab malam.'

"Shit! Siapa yang berani post benda macam ni kat media sosial." Tiara mula berasa ingin mengamuk apabila melihat posting itu dan terus membaca komen.

'Heh dia ni dari dulu suka buat masalah'

'Dengar cerita dia dah kena pecat dengan bapak dia sendiri'

'Tiara Tiara, kesian dekat laki kau dapat isteri macam syaitan'

"Kurang ajar betul dia orang semua ni. Ni semua mesti kerja Fahrin!" Tiara menggenggam penumbuknya dengan erat. Hatinya berasa panas sekarang ini. Risau terpelanting pinggannya nanti.



"Haider!" Sergah Danial mengejut.

Terangkat bahu Haider kerana terkejut. Berkerut dahinya memandang Danial dengan Danish yang tiba-tiba masuk ke biliknya.

"Kau orang berdua ni memang tak reti nak ketuk pintu dulu ke?" Soal Haider.

"Tak sempat nak ketuk pintu. Ada berita tergempar kita orang nak bagitahu kat kau ni." Selamba Danish berkata.

Haider menjeling tajam kepadanya. Tak sempat konon. Padahal malas nak ketuk pintu.

"Berita apa?" Soal Haider malas.

"Nah kau baca betul-betul." Danish memberi telefonnya kepada Haider.

Haider membaca artikel itu dengan teliti. Dia terkejut apabila video Tiara meminum arak tersebar di media sosial.

"Sampai bila kau nak stay lagi dengan dia Haider?" Soal Danial.

Haider memandang Danial dengan kosong. Dia sendiri pun tidak tahu ingin bertahan sampai bila.

"Tiara dah kena buang dari Puncak Alam," sampuk Danish.

"Macam mana kau tahu?" Soal Haider pelik.

"Tuan Safwan sendiri cakap dekat aku. Dia kata makin susah kalau Tiara kena buang dari Puncak Alam. Peluang kita untuk teruskan projek pembinaan makin tipis," jawab Danish.

"Kenapalah susah sangat Puncak Alam nak terima projek ni. Bukannya dia orang yang uruskan seratus peratus pun." Bentak Danial.

Haider melihat sahabatnya itu dengan penuh rasa kesian. Dia tahu mereka berdua penat untuk berfikir tentang projek ni. Sedangkan dia sendiri pun dah sakit otak berfikir.

"Kalau dia orang masih lagi tak nak setuju dengan projek ni, kita terpaksa pakai plan B," kata Haider.

"Kau masih nak teruskan lagi projek ni Haider?" Soal Danial.

"Ya. Kalau plan A tak jalan, aku nak kita pakai plan B tanpa pengetahuan sesiapa," jawab Haider dengan nada serius.

"Kau tak rasa bahaya ke pakai plan B ni? Kalau bocor segala rahsia macam mana?" Soal Danish pula.

"Jangan risau. Aku dah mula fikir strategi supaya tidak ada yang bocorkan segalanya. Esok aku akan dinaikkan pangkat ke jawatan CEO. Jadi makin senang untuk aku membuat keputusan tanpa dibangkang oleh sesiapa," kata Haider lagi.

"Baik kalau itu yang kau nak, kita orang follow the flow sahaja." Danial yakin dengan segala perancangan Haider kerana dia tahu apa yang Haider buat akan menjadi hasil.

Haider tersenyum nipis apabila mereka berdua setuju.

"Can't wait to meet you Haira Karisma," ujar Haider dengan perlahan tapi masih didengari oleh mereka berdua.

"Not only you but we are the same too. Only Haira Karisma can help us," sambung Danial.

"Let's do it together," kata Danish pula.

Haider melarikkan senyuman yang lebar. Dia berharap semoga plan seterusnya akan berjaya.

Haira Karisma? alamak.....

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now