Bab 35

303 19 1
                                    

Danial mengambil angin luar di halaman rumahnya untuk ketenangan diri. Dia masih teringatkan tentang Adelyn.

"Aku masih cintakan kau."

"Kenapa baru sekarang Adelyn?" Hati Danial sakit apabila Adelyn memberitahu yang dia masih cintakan Danial.

""Aku tiada niat nak curang dengan kau."

"Kalau kau tiada niat, kenapa kau buat Adelyn? Hati aku sakit bila kau curang depan mata aku sendiri!" Air mata Danial mengalir di wajahnya. Dia berpura-pura ego di depan Adelyn padahal dalam hatinya masih terluka.

"Adelyn?" Hati Danial berdegup laju apabila melihat Adelyn bersama lelaki lain di hadapannya.

"Da..nial." Adelyn terkejut apabila Danial berada di hadapannya. Kenapa waktu ni juga dia nak terserempak dengan Danial.

"Siapa lelaki ni dan sejak bila awak panggil saya Danial?" Soal Danial dingin dengan pandangan yang tajam kepada lelaki itu.

"Sa..ya boleh explain." Adelyn melangkah ke hadapan untuk dekati Danial tetapi Danial laju berundur ke belakang.

"Saya tak suruh awak explain. Saya nak tahu siapa lelaki ni sahaja." Danial berharap lelaki ini hanyalah ahli keluarga Adelyn sendiri. Dia tak mahu Adelyn menduakan dirinya.

Adelyn berasa takut melihat wajah Danial yang tegang itu.

"She's my girlfriend and who are you?" Soal lelaki itu yang sedari tadi hanya diam.

Danial ketawa perlahan sambil menepuk tangannya berkali-kali. Tidak sangka dia dengan pengakuan itu.

"Girlfriend? Wow so amazing! Can I talk to your girlfriend?" Danial menekankan perkataan girlfriend supaya Adelyn tahu yang hati dia sedang panas.

Lelaki itu hanya menganggukkan kepala sahaja.

"Ikut aku," kata Danial dan terus beredar dari tempat itu.

Adelyn mengekori langkah Danial dengan laju. Gila cepat mamat ni berjalan.

"Girlfriend? Wah sejak bila Adelyn Keisha ada lelaki lain di belakang Adam Danial?" Soal Danial sarkastik.

"Saya boleh explain." Adelyn ingin memegang tangan Danial tapi sempat ditepis olehnya.

"Don't touch me! Aku tak nak dengar penjelasan kau sebab dah terang-terang kau curang dengan aku. Persoalannya sekarang ni bila kau jalinkan hubungan dengan lelaki tu?" Soal Danial lagi. Panggilannya terhadap Adelyn sudah ditukar. Tidak mahu berlembut lagi dengan perempuan ini.

Adelyn tidak mampu menjawab soalan Danial. Dia takut Danial terguris hati.

"Aku tak suruh kau pandang lantai. Aku nak kau jawab soalan aku itu pun susah ke?" Danial cuba untuk mengawal suaranya supaya tiada siapa yang mendengar.

Adelyn memejamkan matanya untuk mengumpulkan kekuatan.

"Dua tahun lepas," jawab Adelyn.

Danial ketawa besar mendengarkan hal itu.

"Wah! Dua tahun lepas ya? Bodohnya aku cintakan kau selama empat tahun. Tahu-tahu dua tahun kau sorok benda ni belakang aku! Siapa do kau sebenarnya? Hebat!" Danial menggenggam penumbuknya dengan erat. Dia takut jika dia hilang kawalan.

"I'm sorry Adam." Adelyn sudah mengalirkan air matanya melihat wajah Danial yang kecewa dengannya.

"Sorry? Eh Adelyn kau tahu aku tengah kumpul duit untuk jadikan kau isteri aku. Tapi kenapa kau ada lelaki lain belakang aku?!" Hatinya kecewa seratus peratus apabila Adelyn sesenang macam tu sahaja meminta maaf. Dia tidak tahu betapa penatnya Danial mencari duit demi halalkannya.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now