Bab 54

357 19 1
                                    

Haider memandang sekilas ke arah Tiara yang sibuk mengambil gambar di pantai. Dia yang mengajak Tiara untuk ke pantai. Acah healing orang kata.

"Tiara..." Meleret suara Haider memanggil isterinya.

Tiara terus berlari ke arah Haider yang memanggilnya. Mukanya nampak bahagia ketika ini.

"Kenapa?" Soal Tiara dengan nada gembira. Mana tak gembira si Tiara apabila Haider tiba-tiba mengajaknya ke pantai. Mungkin tidak jadi bercerai. Hihihi.

Namun, itu semua hanyalah angan-angan sahaja.

"Abang ada benda nak cakap." Haider tidak sampai hati ingin bangkitkan perkara itu selepas melihat Tiara kelihatan bahagia.

"Penting sangat ke? Kalau tak penting, balik rumah nanti lah kau cakap." Tiara mengundur beberapa langkah sebelum dia mengambil gambar semula.

"Kita cerai esok," kata Haider mendatar dengan wajah kosongnya.

Tiara mula tergamam. Dia terus memandang ke arah Haider yang begitu serius memandangnya.

"Kau.. tak..bergurau.. kan?" Tiara menampar pipinya berkali-kali. Risau dia tersalah dengar apa yang Haider cakap.

Haider menarik tangan Tiara yang sedang menampar muka sendiri. Dia rasa mahu tergelak melihat reaksi Tiara. Namun dia tetap meneruskan lakonannya.

"Abang tak bergurau," kata Haider mendatar.

"Kenapa sekarang Haider?!" Suara Tiara mula naik satu oktaf.

"Lepastu bila? tahun depan?" Sinis Haider menyoal.

"Kau sengaja seksa perasaan aku kan?"

"Bukan ni ke yang Tiara nak dari dulu?" Soalan dibalas soalan.

Tiara mengetap bibirnya. Kedua-dua belah tangannya menggeletar hebat.

"Kau betul-betul nak buang aku dari hidup kau. Kau dah benci aku Haider. Kau dah benci aku!" Anak mata Tiara menikam anak mata Haider. Nafasnya turun naik menahan amarah di dada.

"Abang tak benci Tiara..."

"Tak benci kau kata? Kalau kau tak benci aku, kau tak akan ceraikan aku lah!"

Haider menundukkan kepalanya ke bawah. Dia tidak sanggup melihat Tiara yang sedang dalam kesedihan. Dia rasa serba salah membuat semua lakonan ini.

"Aku... benci kau..."

Haider terus mengangkat wajahnya memandang Tiara. Hatinya mula berdebar apabila Tiara mengungkapkan rasa itu. Ha sudah...

"Aku baru rasa nak bahagia dengan orang yang dah munculkan semula kekuatan dan kebahagiaan aku. Tapi kau, dah hancurkan semuanya. Aku memang tak layak nak bahagia dengan orang yang aku sayang ke Haider?" Air mata yang cuba dia tahan sedari tadi terus mengalir dengan laju. Hatinya benar kecewa saat ini. Dia terus berlari meninggalkan Haider.

Haider mula rasa gelisah melihat Tiara menangis kerananya. Terus dia berlari ke arah Tiara yang sudah meninggalnya jauh.

Haider menarik tangan Tiara dan terus memeluk badan isterinya dengan erat. Dia mengusap lembut belakang badan Tiara.

"Abang minta maaf," ucap Haider dengan lembut dan rasa serba salah di hati.

Tiara meronta-ronta untuk melepaskan diri dalam pelukan Haider. Dia tidak mahu berlembut hati dengan pujukan Haider kerana dia tahu dia akan mudah memaafkan Haider sekarang ini.

"Jangan.. jangan benci abang."

"Tapi kau dah benci aku," kata Tiara dalam tangisannya.

Haider melonggarkan pelukannya dan seraya memegang kedua-dua belah bahu Tiara. Dia menyeka air mata isterinya.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now