Bab 39

278 16 0
                                    

Tiara membuka matanya perlahan-lahan apabila dia sudah mula sedar dari tidurnya. Matanya terbuka luas apabila dia melihat figura lelaki yang amat dikenali di tepi katil.

"Kau buat apa kat sini?" Soal Tiara dengan suara yang serak basah.

"Nak melawat you lah," kata Fahrin dengan senyuman manisnya.

Tiara memandang tajam ke arah Fahrin. Lebih baik dia sambung je tidur dari melihat pandangan yang tidak menyenangkan hatinya.

"Mana suami aku?" Soal Tiara apabila dia melihat tiada Haider di dalam wadnya.

Fahrin memutarkan bebola matanya apabila Tiara tetap mencari Haider. Fahrin terus membuka facemask yang dipakainya untuk menunjukkan mukanya yang ditumbuk oleh Haider.

"Ke..napa den..gan muka kau?" Soal Tiara separa terkejut melihat muka Fahrin yang lebam agak teruk.

"Muka I jadi macam ni sebab suami kesayangan you!" Bentak Fahrin kasar.

Mata Tiara terbeliak luas mendengarkan itu. Apa yang Fahrin dah buat sampai Haider mengamuk macam ni sekali?

"I dah kata suami you jahat. You yang tak percaya dengan I," kata Fahrin.

"Haider takkan tumbuk kau tanpa sebab Fahrin." Tiara berdecit perlahan. Haider takkan buat sesuatu tanpa sebab.

"You masih tak percayakan I? Eh kawan dia siap cakap dekat I yang I tak kenal Haider yang sebenarnya! You kenal ke siapa Haider disebalik sopan santun dia tu? Entah-entah dia tu pembunuhan!" Tuduh Fahrin.

Hati Tiara berdebar kencang. Dia memang tak kenal siapa Haider sebenarnya walaupun sudah tiga bulan mereka berkahwin. Tapi takkanlah Haider pembunuh?

"You tahu Tiara, I kena pecat dengan bapak you disebabkan Haider! Dia jahat Tiara!" Gara-gara Haider, Fahrin dipecat dari jawatannya.

"Kena pecat?" Soal Tiara tidak percaya.

"Seif Fahrin Ukasyah!" Jerit Encik Taufiq memanggil nama itu.

Pekerja-pekerja yang berada di tingkat itu terkejut mendengar jeritan dari Encik Taufiq.

"Mana Fahrin?" Soal Encik Taufiq dengan muka bengisnya.

"A..da da..lam pejabat dia tu..an." Tergagap-gagap pekerja itu menjawab. Masing-masing tidak berani menatap wajah CEO mereka walaupun tidak membuat kesalahan. Encik Taufiq jarang berada di tingkat ini.

"Kenapa papa?" Soal Thariz yang baru keluar pejabatnya. Terkejut dia mendengar jeritan dari Encik Taufiq.

"Jantan tu dah buat perangai!" Tiada lagi bahasa lembut yang keluar dari mulut Encik Taufiq.

Thariz memandang bapanya dengan kening yang diangkat sebelah. Dia mengikuti langkah Encik Taufiq yang ingin pergi ke pejabat Fahrin.

Encik Taufiq membuka kasar pintu pejabat Fahrin. Dia memandang tajam ke arah Fahrin yang sedang melihatnya dengan wajah yang terpinga-pinga.

"Apa uncle buat kat sini?" Soal Fahrin ramah. Dia terus melangkah ke arah Encik Taufiq.

Pang

Encik Taufiq terus menampar muka Fahrin. Thariz yang melihat itu hanya tersenyum puas.

Fahrin mengetap bibirnya menahan amarahnya. Dia baru sahaja lepas ditumbuk oleh Haider, sekarang ni kena tampar dengan Encik Taufiq pula!

"Aku ingatkan kau betul-betul nak berubah Fahrin tapi aku silap. Kau sengaja nak hancurkan rumah tangga anak aku kan?" Encik Taufiq sungguh kecewa dengan Fahrin. Dia ingat Fahrin sudah tidak tergila-gilakan Tiara lagi. Rupanya sama sahaja dan sampai sanggup memporak-perandakan rumah tangga anak menantunya.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now