Bab 23

424 20 2
                                    

Kereta Danial meluncur laju di jalan raya kerana sudah terlambat untuk pergi ke meeting gara-gara Danish yang tiba-tiba sahaja sakit perut.

"Wey, laju lah sikit. Nanti kita kena marah dengan Haider sebab lambat," desak Danish supaya Danial lajukan lagi kereta.

"Kau yang lambat! Time ni juga kau nak sakit perutnya pun," Danial menjeling sekilas ke arah Danish. Suruh orang laju boleh pulak. Bila suruh drive sendiri malas.

"Kalau aku terberak dalam kereta ni, kau nak tanggung ke?" Soal Danish kasar.

"Kereta kau bukan kereta aku," bidas Danial.

"Ba alif ba ya punya abang," maki Danish.

Danial membuat tidak tahu sahaja bila Danish maki kepadanya. Malas nak tambah dosa.

Tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja kereta Danish di hentam dari belakang sehingga Danish terhantuk di hadapan.

"Anak lembu betul, siapa yang langgar kereta aku?!" Tengking Danish tidak berpuas hati. Dia terus memusingkan badannya ke belakang.

"Kalau dia anak lembu, kau anak apa? Anak kerbau? Tak payah cakap orang macam tu lah," sinis Danial.

"Kalau aku anak kerbau, kau pun sama lah Danial," kata Danish dengan geram.

"Dah lah. Jom keluar tengok kereta kau macam mana," ujar Danial seraya itu keluar dari kereta Danish.

Danish juga turut keluar dari keretanya. Memang mampus lah orang yang langgar kereta dia.

"Adelyn?" Gumam Danial perlahan apabila melihat Adelyn berada di belakang kereta Danish.

"Eh kakak ipar tak jadi? Kau ke yang langgar kereta aku?!" Sergah Danish kepada Adelyn membuatkan Adelyn terkejut.

"D..Danish," tergagap-gagap Adelyn dibuatnya apabila melihat Danish muka macam nak makan orang.

"Kau ke yang langgar kereta aku ni?" Soal Danish semula sambil mengetap giginya.

"Kereta kau ke?" Soal Adelyn polos.

"Ada nampak macam kereta perdana menteri ke?" Danish memandang tajam ke arah Adelyn yang tanyakan soalan bodoh kepadanya.

"A..ku minta maaf," ucap Adelyn.

"Wah senang macam tu je kau minta maaf. Habis kereta aku penyet ni siapa nak ganti?" Soal Danish agak kuat.

"Danish pergi masuk kereta," sampuk Danial.

"Asal kau nak arah aku pulak. Kereta aku yang rosak sekarang ni tau, bukan ke-

"Airel Danish. Dengar cakap aku," kata Danial dingin dan penuh dengan amaran.

Danish mendengus kasar apabila Danial menyuruhnya masuk ke kereta. Dia terpaksa akur sebelum Danial mengamuk.

Danial melihat Adelyn yang sedang mencari sesuatu di dalam beg tangannya.

"Nah, saya ganti dengan duit untuk baiki semula kereta Danish," Adelyn menghulurkan duit yang agak tebal kepada Danial.

"Tak payah. Simpan je duit kau tu," tolak Danial mentah-mentah.

"Ni duit halal Danial," kata Adelyn.

"Ada aku kata ni duit haram ke?" Soal Danial dengan nada sinis.

Adelyn tersentak seketika. Dia hanya mampu tersenyum tawar kepada Danial yang memandangnya kosong tanpa reaksi.

"Aku dah lambat. Kau simpan je lah duit tu," Danial terus meninggalkan Adelyn yang terkelu di situ.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now