Bab 25

465 17 3
                                    

"Asal kau ajak Tiara datang sini?" Danish menyoal dengan nada yang dingin.

"Salah ke aku nak ajak isteri sendiri datang sini?" Soal Haider kembali. Lainlah kalau dia bawa isteri jiran.

"Nak pula dia datang sini," Danish tidak berapa suka bila Tiara berada di sini.

"Kau tak terima kenyataan lagi ke Danish?" Danial memandang tajam ke arah Danish.

"Kenyataan apa?" Soal Danish dengan kening yang terjongket.

"Haider dengan Tiara," jawab Danial mendatar.

Danish menjongketkan bahunya. Dia pun tidak tahu yang dia sudah terima atau belum.

"Aku tak minta kau terima kenyataan ni dengan ikhlas tapi aku minta kau hormat keputusan yang aku buat," Haider senyum nipis kepada Danish seraya dia meninggalkan dua beradik itu.

"Aku tak faham kenapa kau susah sangat nak terima benda ni. Yang kahwin Haider bukannya kau," sampuk Danial pula.

Danish mengeluh perlahan. Bukan dia tidak mahu menerima kenyataan ni. Danish mahu Haider bahagia sahaja.

"Tiara Sofea?" Sapa seseorang dari belakang.

Tiara menoleh kepalanya sedikit, dahi Tiara berkerut melihat perempuan sedikit berumur yang menegurnya tadi.

"Tak ingat auntie ke?" Soal Puan Elya.

"Auntie Elya? Mama Fahrin kan?" Soal Tiara ingin kepastian.

Puan Elya menganggukkan kepalanya sedikit. Sudah lama dia tidak bertemu dengan Tiara.

"Bila auntie sampai sini?" Tiara menyalam Puan Elya dengan sopan.

"Baru semalam Tiara," jawab Puan Elya yang selama ini dia menetap di Dubai bersama suaminya.

"Auntie buat apa kat sini?" Soal Tiara lagi.

"Teman uncle drift lah. Ni Tiara buat apa kat sini pula? Teman siapa?" Soal Puan Elya semula.

"Ha? Err teman kawan je," ragu-ragu Tiara menjawab. Takut jika Haider tiba-tiba muncul.

"Kawan yang mana satu? Tak keluar dengan Fahrin ke?" Puan Elya sudah mengetahui hubungan Tiara dan Fahrin. Entah bilanya dia orang berdua mahu berkahwin.

"Fahrin dia-

"Tiara. Jom balik," tegur Haider yang sedang melangkah ke arah Tiara.

Tiara memejamkan matanya seraya menggenggam tangannya dengan erat. Waktu ini juga Haider mahu datang.

"Ni ke kawan Tiara?" Puan Elya melihat Haider atas bawah. Dia macam familiar dengan wajah Haider ini.

"Kawan?" Soal Haider tidak berapa faham.

"Ye auntie. Ni kawan Tiara," Terpaksa Tiara kenalkan Haider kepada Puan Elya.

Haider senyum manis kepada Puan Elya seraya menundukkan sedikit kepalanya.

"Tiara balik dulu auntie," kata Tiara dan memeluk erat Puan Elya sebelum dia mengorak langkah.


"Siapa tadi tu?" Soal Haider yang sudah memasuki kereta.

"Mak Fahrin," Tiara mula menguap besar. Dia sangat mengantuk kerana tidak cukup tidur semalam.

"Mengantuk?" Haider melihat Tiara seraya tertawa kecil.

"Ye lah. Tunggu kau lama sangat," Tiara menjeling sekilas kepada Haider. Lebih baik dia tak payah ikut tadi.

"Thank you sayang," ucap Haider lembut.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now