Bab 43

283 19 1
                                    

Haider menghirup air kopinya sambil berfikir tentang ayah kandungnya. Dalam beberapa minit sahaja meeting akan start dan meeting itu ada ayah kandungnya.

"Mana Haider?" Soal Danish kepada pekerja yang berdekatan dengan pantri.

"Dekat pantri tuan," jawab pekerja itu.

Danish terus pergi ke pantri. Dia melihat Haider sedang termenung jauh.

"Bro, meeting dah start." Tegur Danish.

Haider mengangguk. Dia pergi ke arah sinki untuk membasuh cawannya.

"Mana Danial?" Soal Haider apabila kelibat Danial tiada di sini.

"Dah ada dekat bilik meeting," jawab Danish.

Mereka berdua berjalan ke arah bilik meeting. Muka Haider hanya tegang tanpa senyum.

"Maaf lambat," kata Haider setelah mereka masuk di dalam bilik meeting.

"Tak apa," kata Encik Hafiz.

Haider menoleh ke arah Encik Hafiz, bapa kandungnya. Dia menggenggam erat penumbuknya. Hatinya tiba-tiba rasa sakit.

"Boleh kita mula sekarang?" Soal salah seorang dari mereka.

Mereka semua mengangguk. Meeting sudah bermula dengan lancar.

Haider langsung tidak fokus tentang meeting itu. Fikirannya hanya tertumpu pada Encik Hafiz.

"Jadi macam mana Haider?" Soal Encik Hafiz membuatkan Haider tersentak dari lamunannya.

"Macam mana apa?" Soal Haider balik.

"Projek tu masih nak teruskan walaupun syarikat Puncak Alam tidak beri kerjasama atau hentikan saja?" Soal Encik Hafiz seraya terangkan semuanya balik.

"Saya tetap nekad untuk teruskan projek tu. Pembinaan rumah anak yatim dah empat puluh peratus untuk siap. Saya takkan berhenti tengah jalan," jawab Haider tenang.

"Tapi kita tak ada sokongan dari Puncak Alam. Kalau pihak sana perlukan duit yang banyak, macam mana kita mahu tampung semuanya?" Soal Encik Hafiz lagi.

"I don't care papa..." Ayat Haider terhenti apabila dia terlepas cakap.

Semua yang berada di dalam bilik meeting itu memandang pelik ke arah Haider.

"Maaf. Saya teringat dekat arwah ayah saya," kata Haider senada. Dia tidak gentar apabila terlepas cakap akan hal itu.

Nampak dilihat wajah terkejut Encik Hafiz apabila Haider memanggilnya papa.

"Saya tak kisah pasal syarikat Puncak Alam tak setuju dengan projek ni. Pasal duit saya rasa dah lebih dari apa yang mereka minta. Kalau masih ada yang tak cukup saya sendiri yang bertanggungjawab. Syarikat tuan tak perlu keluar duit kalau tak mampu nak beri kepada mereka. Syarikat kami dah cukup untuk tampung semuanya," kata Haider dengan wajah tegangnya.

"Tapi..." Tidak sempat salah seorang dari mereka, Haider sudah memotong.

"No excuses! Sekali saya dah buat sesuatu saya takkan berhenti tengah jalan. Kalau rasa tuan tak mampu untuk beri kerjasama yang baik, tuan boleh undur diri dari projek kalini. Bintang Angkasa tak dapat kerugian malah keuntungan yang banyak!" Tegas Haider bersuara membuatkan tiada sesiapa ingin mahu bersuara lagi. Mereka semua hanya setuju.

Danish menyinggung tangan Danial yang berada di sebelahnya.

Danial mengalihkan pandangannya ke arah Danish. Dia mengangkat keningnya.

"Kenapa Haider harini emosi semacam?" Bisik Danish perlahan.

Danial mengangkat bahunya kerana tidak tahu. Dia pun perasan akan semua itu.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now