Bab 34

311 18 1
                                    

Mata Tiara terasa berat untuk buka kerana kepalanya sedikit sakit akibat hentakan di meja pejabat Fahrin. Dia membuka matanya dengan perlahan seraya melihat ditepi katilnya ada Puan Nisah yang mengusap tangannya.

"Ma..ma?" Tiara menegur Puan Nisah yang sedang mengelamun.

Puan Nisah terus mengalihkan pandangannya kepada Tiara.

"Anak mama dah bangun?" Senyuman lebar terukir di bibir Puan Nisah. Dia bersyukur kerana Tiara sudah sedar.

"Tiara tak mimpi kan?" Air mata Tiara mengalir perlahan di wajahnya. Dia berharap ini bukan mimpi, Tiara terlalu rindu menatap wajah ini.

"Tak sayang. Ni mama, Tiara tak mimpi pun. Kenapa menangis ni?" Lembut sahaja suara Puan Nisah. Benar kata Haider, jauh di sudut hatinya memang dia merindukan Tiara.

"Tiara rindu mama." Sudah lama dia tidak mendengar suara insan yang menjaganya dari kecil.

"Mama pun rindu sangat kat Tiara." Puan Nisah terus memeluk Tiara. Dia tidak dapat menahan tangisannya.

Tiara mengusap lembut belakang badan Puan Nisah. Bebanan yang dia rasakan selama ni seakan-akan sudah hilang.

"Mama minta maaf Tiara." Puan Nisah berasa serba salah membuang Tiara sebagai anaknya. Dia tidak dapat menahan kemarahan pada waktu itu.

"Tiara yang sepatutnya minta maaf dengan mama. Tiara dah banyak buat mama dengan papa kecewa. Tiara anak derhaka," kata Tiara.

"Mama dah maafkan Tiara. Mama  bersyukur sangat Tiara kahwin dengan Haider." Tidak sia-sia Puan Nisah calonkan Haider kepada Tiara. Haider orang yang tepat buat Tiara.

"Kenapa?" Soal Tiara.

"Haider berusaha didik Tiara menjadi seorang yang baik. Mama dah nampak benda tu. Dulu Tiara keras hati tak nak minta maaf dengan mama, tapi sekarang tengok lah. Dah pandai minta maaf, dah tak keras hati macam dulu." Sejuk hati Puan Nisah sebagai ibu apabila melihat perubahan anaknya. Walaupun tidak banyak tapi dia percaya suatu hari nanti Tiara mampu berubah menjadi lebih baik.

Tiara hanya mampu tersenyum nipis. Dia setuju dengan apa yang dikatakan oleh ibunya. Haider dah banyak memberi dia nasihat dan sokongan selama ini. Sedikit demi sedikit rasa sayang itu mula hadir.

"Tiara nak tahu tak, hari tu Haider datang rumah kita," kata Puan Nisah.

"Dia buat apa?" Soal Tiara dengan pelik. Bila masa Haider pergi, langsung tak beritahu apa pun kat dia.

"Dia pujuk mama papa untuk maafkan Tiara. Waktu tu mama dengan papa memang degil tak nak maafkan Tiara. Tapi Haider tetap yakinkan kita orang yang Tiara akan berubah suatu hari nanti. Mama nampak sayang, Haider betul-betul cintakan Tiara sampai dia sanggup datang rumah semata-mata untuk kita orang maafkan Tiara," jawab Puan Nisah.

Tiara tersentak seketika. Tidak sangka Haider sanggup buat macam tu demi dia. Dia berasa terharu dengan tindakan Haider.

"Mana Haider?" Tiara baru sedar yang Haider tiada di sini.

"Dia pergi solat," jawab Puan Nisah.

"Papa memang tak melawat Tiara ke?" Tiara sedikit sedih apabila Encik Taufiq tiada di sini.

"Pagi tadi papa dah tengok Tiara sebelum dia pergi kerja. Jangan risau sayang, papa dah maafkan Tiara." Puan Nisah tahu yang Tiara takut jika suaminya masih belum memaafkan Tiara.

Tiara berasa lega apabila Encik Taufiq sudah memaafkannya.

"Berapa hari Tiara tak sedarkan diri mama?" Soal Tiara.

"Lima hari Tiara. Lima hari tu juga mama risaukan Tiara. Mama takut kalau anak mama tinggalkan mama sekali lagi. Cukuplah dengan kehilangan kakak kamu, mama tak mahu kehilangan kamu pula Tiara." Sepanjang lima hari itu tidurnya tidak tenang memikirkan tentang Tiara.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now