Bab 12

366 18 3
                                    

Tiara mengorak langkah ke ruang tamu. Dia melihat keluarganya sudah berkumpul untuk perbincangan mereka.

"Macam mana Tiara? Apa jawapan kamu?" soal Encik Taufiq bila Tiara sudah berada di hadapannya.

"Orang tua ni tak reti sabar ke? Aku belum duduk lagi," Tiara memandang Encik Taufiq dengan tidak puas hati.

Tiara mendengus kasar. Dia masih berfikir keputusannya betul atau tidak.

"Tiara Sofea," tegur Taqim.

"Setuju," jawab Tiara dengan ringkas tanpa berfikir panjang.

Encik Taufiq mengukir segaris senyuman dibibirnya. Dia dah dapat agak setuju tentang apa.

"Setuju apa?" Soal Puan Nisah.

Tiara menggenggam erat tangannya dengan kuat. Dia benci dengan keputusan sendiri.

"Tiara setuju kahwin dengan Haider," Tiara memejam matanya dengan erat. Dia terpaksa dengan keputusan ini!

Encik Taufiq dan Taqim tersenyum puas. Rancangan mereka sudah berjaya.

Thariz memandang Tiara tanpa perasaan. Fikirannya bercelaru memikirkan tentang Haider. Dia tahu yang Tiara memang bencikan Haider lepas dia terdengar kemarahan Tiara di dalam bilik haritu.

"Tiara yakin dengan keputusan ni?" Puan Nisah ingin kepastian dari Tiara. Dia tahu yang Tiara buat keputusan ni dengan terpaksa.

"Ye," jawab Tiara. Sedangkan di dalam hatinya berkata tidak.

"Kalau macam tu esok awak pergi jumpa Aisyah," ujar Encik Taufiq kepada Puan Nisah.

"Okay," Puan Nisah juga tidak berpuas hati dengan suaminya. Kenapa perlu seksa Tiara sampai macam ni?

"Nak ke mana Tiara?" Soal Encik Taufiq bila Tiara sudah bangun dari tempat duduknya.

"Kelab," balas Tiara dengan jujur. Buat apa nak tipu lagi kalau mereka sudah tahu perangainya macam mana.

Taufiq memandang tanpa kata. Dia ingat Tiara sudah tidak jejak ke tempat jijik itu. Malah, masih sama lagi.

****

"Beb! Lama tak nampak. Ingat kau dah tak nak datang sini lagi," tegur Adelyn bila nampak Tiara berjalan kearahnya.

"Aku busy sikit. Tak sempat nak datang sini," ujar Tiara.

"Kau okay tak? Asal nampak stress sangat ni?" Adelyn nampak dengan jelas raut wajah Tiara yang sedang dilanda masalah.

"Aku dah nak kahwin," jujur Tiara. Dia malas nak menipu Adelyn lagi.

"Ha? Serious lah?" Adelyn begitu terkejut apabila mendengar ayat itu keluar dari mulut Tiara.

Tiara hanya mengangguk. Fikiran dia terlalu serabut sekarang ini.

"Dengan siapa?"

"Haider."

"Haider yang kau cerita tu ke?" Adelyn masih tidak percaya yang Tiara mahu berkahwin.

Tiara mengangguk sekali lagi membuatkan mata Adelyn membulat besar.

"Wow! Sangat unexpented ye. Kau suka dia ke?" Sungguh perkara ini mengejutkan Adelyn.

"Tiada masa aku nak suka kat dia," Tiara memusingkan bebola matanya. Dia nak suka Haider? Lambat lagi.

"Habis kenapa kau nak kahwin dengan dia pulak?" Pelik Adelyn dibuatnya. Dah tak suka kenapa sampai nak kahwin?

"Nantilah aku cerita," Tiara tiada mood untuk bercerita hal ini sekarang.

"Fahrin kau nak letak mana?" Adelyn baru teringat tentang Fahrin. Pasti lelaki itu akan marah jika dia tahu tentang perkara ini.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now