Bab 42

388 27 4
                                    

Tiara memandang tajam ke arah perempuan yang sedang mencuba menarik perhatian Haider di luar. Sibuk sahaja perempuan itu mahu menolong Haider berkebun di luar!

"Ni ke menantu kau Aisyah?" Soal Puan Zainab selaku jiran rumah Puan Aisyah.

Tiara mengalihkan pandangan ke arah belakang apabila mendengar suara itu.

"Ya Nab. Ni lah menantu aku. Cantik kan?" Puan Aisyah memanggil Tiara menggunakan tangannya untuk duduk di sebelahnya.

"Cantik lagi anak aku," kata Puan Zainab dengan nada sinisnya.

Terangkat kening Tiara mendengarkan itu.

"Itu Farisya dan ini Mak Cik Zainab. Dia orang berdua ni jiran ibu. Waktu Tiara kahwin dia orang tak dapat datang sebab masa tu dia orang bercuti dekat Langkawi." Jelas Puan Aisyah.

Tiara mengangguk faham. Patutlah dia tak pernah nampak sebelum ini.

"Kenapa kau pilih menantu macam ni Aisyah? Dengan rambut berkarat. Langsung bukan macam anak aku." Kutuk Puan Zainab.

Tiara tersenyum sinis memandang Puan Zainab.

"Habis tu takkan saya nak jadi sebiji macam anak mak cik pula? Nanti kata copy paste pula." Bidas Tiara. Dia tidak suka apabila ada yang membandingkannya dengan orang lain.

"Macam ni ya kau pilih jadi menantu? Tiada adab langsung!" Puan Zainab memandang Tiara atas bawah.

"Atleast saya dah sah jadi menantu daripada anak mak cik masih nak menggatal dengan suami orang!" Bukan dia tidak nampak si Farisya tu tidak habis ingin berdua-duaan dengan suaminya. Nasib baik Haider bukan sejenis yang melayan perempuan lain.

Puan Zainab mengetap bibirnya menahan geram. Anaknya yang seorang pun langsung tak jaga air mukanya.

"Farisya masuk!" Jerit Puan Zainab dari dalam. Dia tidak mahu orang lain nampak yang anaknya menggatal dengan suami orang.

Farisya hanya akur dan terus sahaja masuk ke dalam.

"Kau tengok anak aku, apa yang aku suruh cepat sahaja dia buat. Pakai pun bertutup litup bukan macam kau rambut berkarat!" Sinis Puan Zainab.

"Betul," sampuk Farhani.

Puan Aisyah membulatkan matanya apabila Farhani berkata sebegitu.

"Kau nampak adik ipar kau sendiri pun setuju dengan apa yang aku cakap." Puan Zainab menarik senyuman sinis apabila ada yang setuju dengan apa yang dia cakap.

Tiara menggenggam penumbuk dengan erat sebelum dia melangkah untuk masuk ke dalam bilik. Dia tidak mahu bertentangan mata dengan perempuan itu. Kesabarannya tidak sekuat Haider.

"Sudahlah rambut berkarat dengan adab pun entah ke mana. Anak pun tiada lagi!" Kata Puan Zainab membuatkan Tiara menghentikan langkahnya.

"Zainab dah lah tu! Yang kau mengata tu menantu aku tau!" Marah Puan Aisyah. Menyesal dia ajak Puan Zainab datang ke sini.

"Betullah apa yang aku kata. Kau kata dia orang dah kahwin lebih tiga bulan kan? Waktu-waktu macam tu biasanya dah mengandung. Ini langsung tiada tanda-tanda pun!" Sinis Puan Zainab.

"Umi dah lah tu," kata Farisya.

"Anak mak cik dah besar kan? Sepatutnya umur macam dia dah boleh kahwin. Bukan menggatal dengan suami orang!" Bidas Tiara.

"Zainab kau pergi balik sekarang," arah Puan Aisyah.

Puan Aisyah tidak mahu Haider mendengar semuanya. Dia kenal anaknya macam mana kalau ada yang cuba-cuba menyakiti orang yang anaknya sayang.

Adakah Ini Cinta?Where stories live. Discover now